dari ChangkatNingkeBTP Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan mer
Catatan Dr Dan. Seorang introvert yang punya impian besar. Ahli akademik dan penyelidik yang membawa isu #MengupayaOKU. Sembang berkaitan akademik, OKU, bola, kisah inspirasi dan tentunya Liverpool.