dari ChangkatNingkeBTP Imbas kembali senario berikut. Ini berlaku hampir 26 tahun lalu. Saya bersekolah menengah aliran agama di sebuah sekolah menengah agama JAIS di Shah Alam. Keputusan SPM saya sederhana sahaja. Namun, layak lah ke universiti. Harapan keluarga cukup menggunung tinggi untuk melihat bukan sahaja saya masuk universiti, tetapi ke Universiti Malaya. Dek kerana prestij dan nama universiti yang gah. Isunya adakah saya layak? Apakah ada bidang yang menjadi minat saya? Adakah ini yang saya inginkan? Budak introvert macam saya tentunya sukar meluah pandangan. Lebih banyak melihat dan mengimpi.
Catatan Dr Dan. Seorang introvert yang punya impian besar. Ahli akademik dan penyelidik yang membawa isu #MengupayaOKU. Sembang berkaitan akademik, OKU, bola, kisah inspirasi dan tentunya Liverpool.