Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Cabaran 2018: Tingkat pembabitan Revolusi Industri 4.0 - Dr Dan

https://selangorkini.my/2017/12/cabaran-2018-tingkat-pembabitan-revolusi-industri-4-0/ Cabaran 2018: Tingkat pembabitan Revolusi Industri 4.0 NASIONAL  December 28, 2017 5:00 pm  104 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM, 28 DIS: Usaha meningkatkan penglibatan lebih banyak pemain industri dalam menjana pembangunan ekonomi berteraskan Revolusi Industri 4.0 secara efektif pada tahun hadapan antara cabaran utama negara. Dekan Pusat Pembangunan Asasi Universiti Selangor (UNISEL), Profesor Madya Dr Hamdan Dato’ Salleh berkata, selain Kerajaan Persekutuan, sebagai negeri termaju, Selangor turut berhadapan cabaran sama.

Belanjawan Selangor, belanjawan ‘goverment-in-waiting’ - Dr Dan

dari ChangkatNingkeBTP https://selangorkini.my/2017/11/belanjawan-selangor-belanjawan-goverment-in-waiting/ Belanjawan Selangor, belanjawan ‘goverment-in-waiting’ RENCANA SELANGOR  November 29, 2017 10:02 am  129 OLEH NAZLI IBRAHIM Selepas dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 3 November lalu dan kemudiannya berhari-hari dibahaskan, akhirnya Belanjawan Negeri Selangor 2018 selamat diluluskan. Kini tiba masa bagi barisan kepimpinan dan jentera Kerajaan Negeri bekerja keras untuk menterjemahkan belanjawan dibentangkan kali ini menjadi realiti kepada rakyat. Sedar tak sedar, belanjawan kali ini merupakan kali keempat dibentangkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan seperti biasa, belanjawan ini meneruskan tradisi Kerajaan Pakatan Selangor melahirkan idea-idea segar yang tidak dijangkakan rakyat bahawa sebenarnya banyak perkara boleh dilaksanakan oleh sebuah kerajaan.

Apa rakyat dapat jika MB bentang belanjawan di Putrajaya? - Dr Dan

dari ChangkatNingkeBTP Apa rakyat dapat jika MB bentang belanjawan di Putrajaya? Apa rakyat dapat jika MB bentang belanjawan di Putrajaya? SELANGOR  November 24, 2017 12:46 pm  151 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM, 24 NOV: Berbekal peruntukan perbelanjaan RM3.12 bilion dalam Belanjawan Selangor 2018, Kerajaan Negeri berjaya merangka pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, di negeri itu. Dekan Pusat Pembangunan Asasi Universiti Selangor (UNISEL), Dr Hamdan Dato’ Salleh berkata, hal itu sekali gus memberi gambar manfaat yang diperoleh rakyat seluruh negara jika Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali diberi peluang merangka bajet Persekutuan dengan peruntukan RM200 bilion.