Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Malaysia

GEOPOLITIK BUKAN CERITA ORANG LAIN: DARI ‘SCROLL’ KEPADA ‘SCHOLAR’

“Anak muda mungkin tidak berminat dengan geopolitik. Tetapi geopolitik tetap berminat dengan masa depan anak muda.” Artikel ini ringkasan pandangan saya sebagai Paneli dalam Program Suara MADANI: Forum Kenegaraan yang dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama UNISEL, bertempat di Kampus Bestari Jaya pada 25 Jun 2026. Konflik Asia Barat sering dilihat sebagai isu yang terlalu jauh daripada kehidupan mahasiswa Malaysia. Ia berlaku ribuan kilometer dari kampus kita. Bunyi letupan tidak kedengaran di bilik kuliah. Asap peperangan tidak kelihatan dari kafeteria universiti. Namun, dunia hari ini terlalu saling terhubung untuk kita mengatakan bahawa sesuatu konflik itu tidak mempunyai kaitan dengan kehidupan kita. Perang berlaku jauh, tetapi harga minyak meningkat di sini. Kapal dagang diserang di laut sana, tetapi harga barang berubah di kedai kita. Kuasa besar bersaing dalam bidang teknologi, kecerdasan buatan d...

Analyst: Pakatan risks losing support due to infighting

dari ChangkatNingkeBTP Malay Mail Online Hamdan KUALA LUMPUR, May 24 — Pakatan Harapan’s bickering will cost it the Kuala Kangsar and Sungai Besar by-elections, said a political analyst citing the Sarawak election. Universiti Industri Selangor's (Unisel) academic Dr Hamdan Mohd Salleh said voters were growing “fatigued” by the continued infighting and will lose faith in the opposition pact. “The bickering must stop, then only we can talk about forming the government,” he said during a forum last night. “If this continues in the two by-elections, it will be a very clear manifestation… he signs are there,” Hamdan said.

Wawancara Sempena PRN Sarawak 2016

dari ChangkatNingkeBTP Saya berkesempatan menjadi penalis untuk KiniTV sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini. Akan dikongsikan rumusan selepas ini.

Piktorial Pemilihan KEADILAN 2014 : Kempen Telah Bermula

dari ChangkatNingkeBTP Berikut antara makluman Pemilihan &  poster-poster kempen calon untuk Pemilihan KEADILAN 2014 yang saya terima menerusi pelbagai media sosial secara peribadi :

Pemilihan KEADILAN 2014 Siri 1

Apa yang pasti KEADILAN adalah satu contoh entiti kepartian yang di dalamnya penuh dengan seni kemustahilan atau "arts of impossibilities". Saya akan memulakan komentar dan analisis mengenai pemilihan KEADILAN pada kali ini. Ia juga merupakan kesinambungan penulisan-penulisan saya menerusi Suara KEADILAN sewaktu Pemilihan parti tersebut pada 2010 yang lalu. Perlu dijelaskan di sini bahawa penulisan ini bukanlah atas dasar untuk memihak mana-mana calon yang bertanding. Ia akan dibuat seadilnya dan berlandaskan kefahaman saya sendiri menerusi bacaan dan pengalaman terutama sebagai satu-satunya ahli akademik yang membuat kajian PhD berkenaan parti KEADILAN.  Penjelasan mengenai keadilan dalam menulis berkenaan Pemilihan kali ini sangat penting kerana selepas apa yang berlaku terhadap kajian saya dan rakan-rakan sewaktu Pilihanraya Kecil Kajang yang baru sahaja selesai. Ada yang menyanggah hasilan dan dapatan kajian kami apabila dirasakan tidak selaras dengan s...