Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Lecture Notes & Reminder for March 2010 : LEGAL AND GOVERNMENTAL TERMINOLOGY POLITICAL THEORY

dari ChangkatNingkeBTP Dear students, 1. Please refer these terminologies as well as all articles that have been posted for the past 2 weeks. 2. The class' speaker corner will be as usual ... do get ready to voice out loud !!! 3. Remember the dateline of your assignment !!! Please be informed TQ Hamdan LEGAL AND GOVERNMENTAL TERMINOLOGY POLITICAL THEORY A ACT A bill which has passed through the various legislative steps required for it and which has become law, as in "an Act of the Commonwealth of Australia." Synonymous to statute, legislation or law. ANARCHISM Political theory that government and laws are undesirable; resistance, sometimes by terrorism, to organize government. ANARCHY Lawlessness; Complete absence of government. APARTHEID Segregation of races; The policy of strict racial and political segregation as well as economical discrimination against nonwhites as practiced in South Africa. ARISTOCRACY Government by a privileged minority or upper class, usuall

nota kuliah : PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN

dari ChangkatNingkeBTP Pengenalan Sistem pentadbiran negeri di Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang banyak dipengaruhi oleh sistem pentadbiran British. selepas kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 73 telah memberikan autonomi kepada negeri-negeri untuk mentadbir dan memerintah wilayah masing-masing daripada segi perundangan dan perkara-perkara tertentu. BENTUK PENTADBIRAN NEGERI Zaman Sebelum Kedatangan Inggeris Sebelum kedatangan Inggeris, pentadbiran negeri-negeri Melayu berada di bawah pentadbiran beraja di mana raja/sultan sebagai sumber undang-undang dan berkuasa mutlak dalam pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh pembesar-pembesar Melayu. Pada zaman Kesultanan Melayu, pusat pentadbiran negeri ialah di istana. Raja/sultan mempunyai kuasa penuh di dalam negeri dan kawasan jajahan takluknya. A) Pentadbiran Kolonial (Inggeris) Pentadbiran Negeri-Negeri Selat Negeri-Negeri Selat merangkumi Pulau Pinang, Singapura dan Melaka telah disatukan pemerint

Nota Kuliah : Badan Kehakiman

dari ChangkatNingkeBTP BADAN KEHAKIMAN PENGENALAN Undang-undang merupakan pengaruh yang paling menyerap dalam kehidupan kita, melibatkan dalam hampir semua perkara yang kita lakukan. Sistem perundangan di Malaysia telah melalui satu jangka masa yang panjang, iaitu kira-kira 600 tahun lamanya. Penjajahan Inggeris telah memperkenalkan sistem kerajaan berpelembagaan dan common law. Pada hari ini, sebahagian besar daripada undang-undang negara ini datangnya daripada sumber bertulis. Diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Perundangan Negeri. Mengenal dan mengetahui tentang sistem perundangan dan kehakiman di sesebuah negara seperti Malaysia adalah amat penting. APA ITU PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN? Perundangan (Legislation) Menurut Abdul Monir Yaacob (1989), perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjawab dari segi perlembagaan. Kuasa perundangan di Malaysia telah ditetapkan melalui Perkara 44, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Fungsi u

Nota Kuliah : FEDERALISME: KERAJAAN PUSAT & NEGERI

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti lazimnya dalam sebuah sistem persekutuan, mempunyai kuasa yang sama. Pada dasarnya, kelonggaran yang diberikan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan syarat terbentuknya Persekutuan Malaysia. Hubungan kerajaan pusat kadangkala baik dan kadangkala dingin. Federalisme Mengikut K.C.Wheare (1953), sistem federalisme merupakan satu kaedah untuk membahagikan kuasa antara 2 peringkat kerajaan. Ciri/sifat federalisme:  Terdapat pembahagian kuasa  Sebuah kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya  Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat. Pada dasarnaya, pembahagian kuasa, kebebasan dan kedaulatan sebuah kerajaan dalam sistem persekutuan adalah jelas. Latar Belakang Sistem Federalisme Sebelum Negeri-negeri Melayu Bersekutu, semua negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat, merupakan identiti

BADAN EKSEKUTIF

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Dalam sistem demokrasi moden, kerajaan sesebuah negara lazimnya terdiri daripada tiga badan pemerintah, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Badan eksekutif, perundangan dan kehakiman saling mengimbangi antara satu sama lain. Dalam sistem berparlimen, anggota badan eksekutif dilantik dari kalangan anggota dwidewan Parlimen. Ini dilihat sebagai unsur ysng mengkompromikan kebebasan dan kedaulatan badan eksekutif dari badan perundangan. Di Malaysia, kerajaan persekutuan terdiri daripada tiga badan utama; badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Badan eksekutif yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri tetap menjadi sebuah institusi politik penting. Hal ini kerana kuasa seorang Perdana Menteri adalah nyata dan bertokok tambah sebagai ketua kerajaan(kabinet) dan ketua parti yang memegang undi majoriti di Parlimen. YANG DI-PERTUAN AGONG Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara atau Persekutuan, mempunyai beber

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara. Perlembagaan wujud dengan tujuan hendak mengendalikan kerajaan yang memerinth dengan licin dan saksama. Menurut D.Robertson (1993), perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan perlu ada bagi setiap negara kerana ia mengandungi undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara. Latar Belakang Perlembagaan Malaysia Kewujudan perlembagaan negara telah melalui liku-liku sejarah dan perjuagan yang getir. Setelah Jepun mengaku kalah dan tamatnya Perang Dunia II, penjajah British kembali semula ke Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera British (BMA). Ini diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanr

DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Bagi rakyat, Parlimen merupakan suatu badan yang amat penting dalam sesebuah negara. Rakyat sendiri terlbat secara langsung dalam meilih ahli-ahli Parlimen/Dewan Rakyat menerusi satu pilihan raya umum. Kerajaan berparlimen di Malaysia adalah berasaskan kepada prinsip demokrasi. Apa itu Parlimen dan Pilihan Raya? Menurut D. Robertson (1993), secara amnya Parlimen merupakan satu perhimpunan perundingan (consultive assembly). Kebanyakan Parlimen hari ini mempunyai ahli yang dipilih dengan tugas meneliti, mengawal dan adakalanya memilih kuasa eksekutif. Parlimen ini berfungsi membuat undang-undang/akta, dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam/kerajaan. Pilihanraya sebagai satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan /kerusi tertentu. Pilihanraya boleh dijalankan menerusi berbagai-bagai cara/kaedah. Prosedur mengundi adalah rahsia, direkod dan diterbitkan seperti dalam banyak pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia. Pilihan raya merupakan sala

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s

SISTEM & STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA : SATU SINOPSIS

dari ChangkatNingkeBTP Sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai sistem dan struktur pentadbiran negara yang tersendiri. Cth: Malaysia, Singapura, Jepun, Amerika dll. Negara Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Bagi Malaysia sistem dan struktur bernegaranya agak unik. [Dalam ertikata] Sungguhpun Malaysia mempunyai warisan sistem beraja yang kukuh dan masih lagi dipertahankan sehingga sekarang, namun hakikatnya ialah ‘rakyat yang memerintah’. Ini bermaksud rakyat berkuasa membentuk kerajaan. Ini dilakukan menerusi proses pilihanraya dimana rakyat akan memilih wakil-wakil [Ahli Parlimen] yang seterusnya akan membentuk kabinet. Kabinet atau jemaah menteri ini adalah kerajaan yang memerintah. Namun raja dan kerabat diraja tidak diketepikan, malah kedudukan mereka diperkukuhkan lagi menerusi institusi raja berperlembagaan dan Majlis Raja-Raja yang masing-masing mempunyai sistem dan peranan yang telus. Institusi–institusi ini sama-sama menyokong kepada