Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

MPW: SPR Secara Ringkas

dari ChangkatNingkeBTP Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) (Inggeris: Election Commission of Malaysia) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia.Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman telah digantikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 1 Januari 2009.

MPW: Pilihanraya di Malaysia

dari ChangkatNingkeBTP Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Pilihan Raya Umum Malaysia (sebelum kemerdekaan Malaya) wujud di dalam dua peringkat: peringkat negara dan peringkat negeri. Pilihan raya umum peringkat negara adalah mereka yang dipilih keanggotaannya di dalam Dewan Rakyat, dewan lebih rendah bagi Parlimen, manakala pilihanraya peringkat negeri adalah untuk memilih keanggotaan di dalam Dewan Undangan Negeri(Dewan Perhimpunan Legislatif Negeri). Ketua bagi cabang eksekutif, Perdana Menteri, merupakan dipilih secara tidak langsung. Proses Pilihan Raya di Malaysia

MPW: Undang-Undang Malaysia

dari ChangkatNingkeBTP Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan common law, sebagai hasil langsung penjajahan Tanah Melayu, Sarawak, dan Borneo Utara oleh Britain sejak awal 1800-an hingga 1960-an. Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia, menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia. Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan dengan seluruh negara. Terdapat juga undang-undang negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berkaitan dengan negeri berkenaan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem perundangan ini agak rumit dan pernah menimbulkan ketidaktentuan.

MPW: YDPA

dari ChangkatNingkeBTP Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Kedah, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

MPW Pasca Kuliah 28 Mei 2012: Perlembagaan

dari ChangkatNingkeBTP Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Sekilas MPW: Politik Malaysia

dari ChangkatNingkeBTP Diubahsuai Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

MPW : Peringatan Terkini

dari ChangkatNingkeBTP Pelajar-pelajar DAM/ Sains Sukan diminta mengambil maklum perkara-perkara berikut: Para pelajar diminat menunjukkan inisiatif dan sikap sebagai pelajar menara gading Nota-nota telah diletakkan di dalam Blog ini.  Perlu diingatkan bahawa 2 jam pertama (kuliah Isnin) adalah untuk mengulangkaji sebelum kuliah bermula jam 10 pagi.  para pelajar juga belum menunjukkan kesungguha sewajarnya berdasarkan respon di Forum FB yang sangat mendukacitakan. Hanya 12 kumpulan baru mendaftar untuk tugasan berkumpulan. Perlu diingatkan bahawa saya tidak akan berkompromi berkenaan penilian berterusan (60%) dimana anda akan dinilai sepanjang kuliah tersebut. Harap Maklum & Bertindak. Orang yang Berjaya adalah mereka yang punya TINDAKAN. 

ABKF2203 PUBLIC POLICY ANALYSIS - Assignment Topic

dari ChangkatNingkeBTP dateline: 9th July 2012 The INFO: Public policy is about making decisions.  These decisions are by no mean easy because values, ideologies and politics are involved.  Under these trying circumstances, public policy analysts and policy makers are required to make decisions.  For instance, policy decision has to be made on whether to terminate the Internal Security Act (ISA), to abolish the Universities & University Colleges Act (AUKU), to enact a new legislation on polluters pay for polluting the environment and to introduce the 1Malaysia health care plan.  When these decisions are made, they are being made in a socially changing and politically loaded environments. PURPOSE The purpose of this individual assignment is to gauge a student’s overall understanding on the concepts and approaches to public policy analysis and to expose students to the methods of policy analysis based on a current issue or problem REQUIREMENTS The assignment sh

Nota-Nota MPW

dari ChangkatNingkeBTP Sila klik pautan-pautan yang berkaitan untuk Nota-Nota bagi kuliah 28 Mei 2012. Pastikan juga bagi kumpulan yang belum mendaftar tajuk tugasan dan sesi perbincangan sila lakukan dengan segera. Untuk diskusi sila Like FB Page Hamdan M Salleh  untuk berkongsi pendapat dsb.  Nota: Sinopsis - klik  Sistem & Struktur Pentadbiran Negara Federalisme - klik  Kerajaan Pusat & Negeri Kehakiman - klik  Judisiari Demokrasi - klik  Parlimen

MPW Perlembagaan Persekutuan

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara. Perlembagaan wujud dengan tujuan hendak mengendalikan kerajaan yang memerinth dengan licin dan saksama. Menurut D.Robertson (1993), "perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat." Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan perlu ada bagi setiap negara kerana ia mengandungi undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara.

Notis MPW

dari ChangkatNingkeBTP Kepada semua pelajar yang mengikuti kuliah kendalian saya, sila like FB Page " Hamdan M Salleh " untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat sesama kita. Pengkuliahan adalah satu interaksi dua hala dimana input anda semua juga mat mustahak. Ini juga memudahkan maklumat disalurkan terutama dalam kuliah semester pendek. Terima kasih

First Notice ABKF 2203 Public Policy Analysis

dari ChangkatNingkeBTP Dear Learners taking Open University Malaysia's Bachelor of Political Science with Honours . Please take note that online forum have been updated. This forum is to facilitate learning & sharing processes throughout this Semester May 2012. Please explore all learning materials available in the OUM Student Portal via LMS OUM . I will also in the midst of updating alls  necessaries notes and links which will surely benefit blended-based students. Assignment has also been uploaded in the site and a certain date of submission. Wish you all dear Learners all the success in the world and beyond. " Do not follow where the path may lead.  Go instead where there is no path and leave a trail ."   ( Harold R. McAlindon ) Best regards, Hamdan M Salleh

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

MPW: Kuliah 6 Penjajahan

dari ChangkatNingkeBTP PENDAHULUAN Negara kita sememangnya menjadi idaman kuasa-kuasa asing baik dari Barat mahupun Timur. Peluang  penjajahan yang diterima oleh kuasa-kuasa asing ini ditambah dengan faktor kesilapan, kelemahan dan  masalah di negeri-negeri Melayu akhirnya menyebabkan negara terjajah selama lebih kurang 446 tahun. Tempoh penjajahan ini sebenarnya boleh dipertikaikan memandangkan tempoh penjajahan selama 446 tahun itu bukanlah berlaku secara menyeluruh (meliputi seluruh Tanah Melayu) tetapi hanya melibatkan satu wilayah khusus iaitu Melaka. Penjajahan menyeluruh hakikatnya hanya berlaku selepas 1870an.

MPW: Kuliah 5 Kerajaan Melayu Tradisional

dari ChangkatNingkeBTP Ini hanyalan ringkasan formal untuk memudahkan pemahaman. Para pelajar adalah digalak untuk membuat kajian lebih lanjut berkenaan topik ini terutama mereka yang ditugaskan untuk menyiapkan topik ini. Selain itu buku menarik penulisan Dr. Farish A. Noor, What Your Teacher Didn’t Tell You, (2009) terbitan, Matahari Books boleh dirujuk untuk melihat dengan lebih mendalam berkenaan era Malaysia waktu itu terutama dalam topik-topik seperti ‘Pity The Poor Keris’, ‘Hang Tuah the Pacifist’ dan ‘From Pigafetta to Panji’. Perbincangan : Istilah kerajaan Melayu Tradisional adalah merujuk kepada kerajaan-kerajaan Melayu terawal yang dianggap sebagai asas kepada kewujudan kerajaan Malaysia moden yang wujud pada hari ini.

MPW: Kuliah 3 Model Pembentukkan Negara Bangsa

dari ChangkatNingkeBTP APAKAH MODEL YANG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ? -  Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum. Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak berkongsi ‘satu pengalaman penderitaan & kegembiraan yg sama pd masa lampau’. -  Kesan dasar ‘pecah dan perintah’ oleh British, sistem ekonomi duaan & pengasingan pendidikan menyukarkan perpaduan kaum dicapai.

MPW: Kuliah 2 Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

dari ChangkatNingkeBTP Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah: Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan Masyarakat   -  Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat -   sebagai “satu kumpulan manusia” yang   berhubung   secara tetap dan tersusun dalam menjalankan   aktiviti secara kolektif dan   merasakan bahawa   mereka adalah hidup bersama. Terdapat   perhubungan terus menerus di kalangan mereka   yang masih hidup dan kekal selama berabad-  abad.   - Satu kumpulan / kelompok manusia yang   hidup   saling   berorganisasi, berbincang,   bekerjasama dalam    mengatur kerja     secara kolektif, mampu menyatukan buah   fikiran dan tindakan sehingga terjalin   hubungan antara satu sama lain   serta lahir   satu sistem yang dinamakan sebagai   kebudayaan. 

MPW: Kuliah 1 Hubungan Etnik di Malaysia Secara Umum

dari ChangkatNingkeBTP   Kepada para pelajar, sila baca terlebih dahulu nota ini sebelum kuliah minggu hadapan. Bagi mereka yang inginkan nota ini dalam bentuk pdf, sila email ke hamdan@unisel.edu.my Saya akan menggunakan nota-nota yang dimuatkan di blog ini bagi perbincangan di dalam kuliah mingguan.  Pengenalan - Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020). -  Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969) Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting    yg diperoleh ialah: 1.   Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap   sekiranya tidak disertai kestabilan politik. 2.  Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa   pembangunan ekonomi yg seimbang. 3.  Pembangunan ekonomi dan kestabilan   politik   perlu berjalan dgn lancar dan seimbang   agar  

MPW1133: Pasca Kuliah 14 Mei 2012 (1)

dari ChangkatNingkeBTP Makluman Subjek MPW 2133 Pengajian Malaysia (Diploma/Asas) Nilai Kredit : 3 Semester : 3/2011/2012 Kuliah : Isnin 0800-1400 (Kampus Shah Alam) Kumpulan : DAM/FoB UNISEL Hamdan Dato' Mohd Salleh (Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan & Sains Sosial)

Notis Awal Kepada Pelajar MPW

dari ChangkatNingkeBTP Kepada para pelajar saya yang mengambil MPW1133 di UNISEL Shah Alam:  Saya sedang dalam proses kemaskini blog ini untuk menempatkan segala maklumat yang diperlukan oleh anda semua. Ia selaras dengan perbicangan dalam kuliah pada 14 Mei 2012. Harap sentiasa mengakses blog ini dan blog Blog Hamdan M Salleh  untuk info terkini bermula 15 Mei 2012. Blog Dunia Mendan ini akan menempatkan nota rasmi kuliah MPW manakala Blog Hamdan M Salleh pula akan menerangkan dengan lebih lanjut  isu-isu berkaitan menerusi artikel-artikel berkaitan. Selain itu saya boleh dihubungi menerusi email  UNISEL Hamdan  atau follow Twitter HamdanMSalleh Selamat belajar dan moga menjadi insan sukses dunia dan akhirat. Hamdan Mohd Salleh