dari ChangkatNingkeBTP Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjung Datu telah diadakan pada 18 Februari 2017 susulan kematian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari 2017. Kerusi ini disandang oleh Allahyarham sejak PRN 2006. Kawasan dun Tanjung Datu ini mempunya profil pengundi seimbang dari segi kaum dengan 51.21% Melayu/Melanau, 20.97% Cina, 13.26% Iban dan 14.56% Bidayuh. Kerusi DUN Tanjung Datu ini sememangnya merupakan kubu kuat BN/PBB sejak dari dulu. Sejak Tan Sri Adenan menjadi ADUN di kawasan berkenaan sejak 2006, majoriti beliau agak menurun terutama sebelum dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada 2001, majoriti beliau adalah 5,497 manakala pada 2006 beliau menang dengan majoriti menurun kepada 4,136. Pada PRN 2011, majoriti beliau merosot kepada 3,216. Hanya apabila beliau menjadi Ketua Menteri yang mengetuai PRN 2016, Tan Sri Adenan Satem menang besar setelah memperoleh undi 6,360 dengan majoriti sebanyak 5,892 (70.1%...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.