Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

N11 DUN Permatang Pasir Sepintas Lalu

dari Changkat Ning PRK DUN 11 Permatang Pasir Mohd Salleh Man (PAS) 9,618 Rohaizat Othman (BN -UMNO) 5,067 Majoriti 4,551 Peratus Mengundi 73.1 % PRK P44 Permatang Pauh Jumlah Undi di N11 Anwar Ibrahim (PKR) 11,563 Arif Shah Omar Shah (BN-UMNO) 4,381 Hanafi Mamat (AKIM) 31 Majoriti 7,151 PRU 12 DUN 11 Permatang Pasir Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) 11,004 Ahmad Shahar Shuib (BN -UMNO) 5,571 Majoriti 5,433 Peratus Mengundi 82.57 % Jika dilihat dari keputusan ketiga-tiga pilihanraya bermula dari pilihanraya umum hingga ke

Sederhana resepi terbaik untuk kelangsungan Pakatan

dari Changkat Ning Tulisan Sdr Ahmad Lutfi Othman dalam HarakahDaily ini perlu direnung dengan mendalam agar PR boleh menjadi ikatan politik yang kukuh dan kekal lama seperti yang diharapkan. Iau-isu remeh dan kecil tidak perlu diperbesarkan, isu besar perlu dimesyuaratkan sebelum diwawarkan dengan penuh emosi di media. Sudah sampai masa Malaysia mempunyai dua komponen parti politik yang kuat dan seimbang seperti di Amerika Syarikat (Republican - Democrat) dan Britain (Labour & Conservative) agar rakyat mendapat faedah secara maksimum. Kepentingan rakyatlah yang perlu didahulukan. UNTUK menafikan bahawa Pakatan Rakyat tidak menghadapi sebarang masalah tentulah tidak munasabah, namun untuk mendakwa ketiga-tiga parti komponennya sering berbalah, sehingga menggugat asas-asas persefahaman, lagilah tidak berasas. Begitulah adat dan kelaziman dalam permuafatan politik, apatah lagi membabitkan parti-parti yang berbeza ideologi, pasti ada yang mudah terguris dan terusik Di samping ada pri

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

Al-Fatihah Salam takziah untuk keluarga Allahyarham Ustaz Asri. Saya mengenali dan pernah bekerjasama dengan beliau pada tahun 2004 dalam satu program kebudayaan di Shah Alam. Malah, dua adik beliau bersekolah menengah dengan saya di SAMT Hisamuddin Kampung Jawa Klang dan SAMTTAJ Shah Alam. Bagi saya secara peribadi, Beliau seorang yang mudah mesra dan tidak berkira dalam apa jua pekerjaan. Walaupun telah menjadi terkenal. Allahyarham tetap dengan sifat peribadinya yang tidak meninggi diri. Kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah merupakan satu kehilangan besar dalam industri hiburan bercorak dakwah Islamiyah kerana Rabbani dan Raihanlah yang menjadikan nasyid satu wadah yang diterima semua. Moga roh beliau dicucuri rahmat Allah Ta'ala dan ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solihin. Amin. dari Malaysiakini Khamis Ogos 13, 2009 kemaskini 1.12pm Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tad

Kursus Industri Sarang Burung Layang-Layang

Satu lagi PRK - DUN Permatang Pasir

dari Changkat Ning Kematian ADUN Permatang Pasir, Ustaz Datuk Haji Mohd Hamdan akan menyaksikan satu lagi PRK dan bakal menjadi ujian kepada PR. Ini merupakan cabaran baru kepada PR terutama selepas apa yang berlaku di Manik Urai. Sesungguhnya kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada PAS , tetapi kepada PR dan rakyat Malaysia. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mukminin.