Rabu, Ogos 26, 2009

N11 DUN Permatang Pasir Sepintas Lalu

dari Changkat Ning


PRK DUN 11 Permatang Pasir

Mohd Salleh Man (PAS) 9,618
Rohaizat Othman (BN -UMNO) 5,067

Majoriti 4,551
Peratus Mengundi 73.1 %


PRK P44 Permatang Pauh
Jumlah Undi di N11

Anwar Ibrahim (PKR) 11,563
Arif Shah Omar Shah (BN-UMNO) 4,381
Hanafi Mamat (AKIM) 31

Majoriti 7,151


PRU 12 DUN 11 Permatang Pasir

Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) 11,004
Ahmad Shahar Shuib (BN -UMNO) 5,571

Majoriti 5,433
Peratus Mengundi 82.57 %


Jika dilihat dari keputusan ketiga-tiga pilihanraya bermula dari pilihanraya umum hingga ke pilihanraya kecil N11 pada 25 Ogos 2009, terdapat penurunan undi sokongan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Allahyarham Datuk Hamdan memenangi mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti besar iaitu 5,433. Ia jauh lebih besar juka dibandingkan pada pilihanraya umum ke-11 dimana beliau hanya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti bawah 1,000.

Namun, pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh menyaksikan Datuk Seri Anwar mengekalkan secara konsisten apa yang diperolehi oleh Allahyarham Datuk Hamdan iaitu peningkatan 559 undi. Dalam pada yang sama, UMNO kehilangan 1,210 undi.

Pilihanraya kecil baru-baru ini menampakkan undi PAS merosot sebanyak 1,386 undi jika dibandingkan dengan apa yang diperolehi pada PRU-12. Undi yang diperolehi oleh UMNO juga menurun 1,190 jika dibandingkan pada waktu yang sama. Walau apapun, jika dibandingkan dengan apa yang diperolehi dalam PRK 44 Permatang Pauh, undi UMNO naik 170 dari apa yang diperolehi oleh Datuk Arif Shah waktu itu.

Secara keseluruhan tidak nampak perubahan ketara selera mengundi para pengundi di kawasan tersebut termasuk sekiranya diambil kira PRK Penanti beberapa bulan sebelum itu. Permatang Pauh kekal kubu kuat Pakatan Rakyat dalam keempat-empat PRU dan PRK yang berlangsung dalam tempoh setahun setengah ini.

Tiada ulasan:

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...