Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Senarai barangan US dan Israel

dari Changkat Ning Selaras dengan kekejaman Zionis israel yang membunuh dan menyembelih rakyat islam di PALESTIN , marilah kita bersatu dan bersepakat memboikot barangan keluaran US dan Israel yang berlambak di negeri kita dimana dengan setiap pembelian barangan mereka sebenarnya kita menyumbang kepada dana israel yang membunuh umat islam di PALESTIN setiap hari Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika: Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia , Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince . Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI U

Kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara merupakan satu respon terhadap Kolonialisme Barat

dari Changkat Ning Pengenalan Apabila kita membincangkan tajuk ini agak begitu mendalam untuk dihuraikan. Pertamanya, ia akan melihat betapa sifat-sifat nasionalisme itu mempunyai peranan terhadap kemerdekaan sesebuah negara di Asia Tenggara dan membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Selain itu, kesan atau impak yang dibawa oleh nasionalisme moden ini. Sekiranya difikirkan makna nasionalisme itu pastinya ia membawa pelbagai makna antara satunya ialah; “Ia pada umumnya membawa maksud faham kebangsaan. Biasanya nasionalisme merujuk bangsa dan negara. Dalam konteks penjajahan di Asia Tenggara, nasionalisme secara khusus membawa pengertian kepada satu kesedaran yang membangkitkan semangat bertujuan untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan” . Semangat kebangsaan atau nasionalime juga selalu ditafsirkan sebagai rasa taat dan kasih kepada negara sendiri. Maka nasionalisme ini berkaitan dengan negara dan bangsa yang boleh diertikan sebagai fahaman kebangsaan. Secara umumnya nasi

HAJI AWANG MUHAMMAD YUSOF KENALI (1868-1933) SATU SEJARAH RINGKAS

dari Changkat Ning TOK KENALI Haji Awang Muhammad Yusof Kenali atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali merupakan seorang ulamak yang amat masyhur bukan sahaja bagi negeri Kelantan malah di negeri-negeri lain di Malaysia secara amnya serta wilayah-wilayah selatan Thailand [1] . Walaupun beliau bukanlah seorang penulis yang konsisten seperti Syed Syeikh al-Hady [2] , namun beliau merupakan seorang penulis yang gagah lagi jelas pemikirannya. Seandainya beliau tidak terbeban dengan pelbagai tugas dan terus menulis dengan tekun, sudah tentu Tok Kenali dapat dibariskan dengan tokoh-tokoh penulisan prolifik negara. Tok Kenali sejak dari usia yang muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas-tugas penulisan serta peranan majalah-majalah dan akhbar-akhbar sebagai mass media yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu Islam . Atas kesedaran itulah beliau tampil mempelopori usaha memimpin majalah ‘Pengasoh’ yang diterbitkan

Ulasan Buku : Kahin's Indonesia

dari Changkat Ning Tajuk Buku : Indonesia oleh George McT. Kahin dalam Kahin., George McT. (ed .), Major Governments of Asia , New York : Cornell University Press Ithaca, 1958. Halaman 471-592 (121 halaman). Pendahuluan Secara umumnya buku Major Governments of Asia yang diterbitkan pada tahun 1958 ini menggabungkan para penulis terkemuka ketika itu yang diketuai oleh George McTurnan Kahin sebagai editornya yang turut menulis satu kajian tentang Indonesia ; tajuk yang akan saya cuba ulas . Turut menyumbang dalam buku ini adalah Herald C. Hinton (China) , Nobutaka Ike (Jepun) , Norman D. Palmer (India) dan Keith Callard (Pakistan) . Jika diperhatikan, buku ini menonjol sebagai antara sumbangan awal tentang kajian politik perbandingan atau “comparative politics” di Asia. Ia menumpukan lima buah negara utama di Asia ketika itu. Perlu diingat yang pada era tahun 50an negara-negara di Asia masih lagi diperingkat bertatih atau peringkat masih cuba untu