Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

The Personal Side of Ahmad Ibrahim by Mohamed Sidek Ahmad

dari ChangkatNingkeBTP A Artikel yang disertakan selapas coretan saya ini sebenarnya mengembalikan kenangan saya terhadap pensyarah saya yang sangat saya kasihi iaitu Allahyarham Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim. Saya antara pelajar sains politik tahun akhir waktu itu di IIUM pada pertengahan tahun 1998 yang perlu mengambil subjek ITL atau Introduction to Law. Paling mengejutkan kumpulan kami ini adalah pensyarah yang akan mengendalikan kami adalah beliau yang memang sangat gah namanya waktu itu dan memegang jawatan besar di IIUM. Bagi kami ini satu penghormatan besar yang tidak tersangka terutama bagi saya secara peribadi dimana Allahyarham merupakan kenalan arwah bapa sewaktu beliau di Universiti Malaya. Malah, kumpulan tersebut merupakan yang pertama dan terakhir dari kalangan pelajar sains politik yang diajar dan dibimbing oleh Allahyarham Tan Sri. Jadual kuliah juga cukup menarik iaitu pada Isnin jam 7.30 pagi (Pada waktu itu jadual kuliah biasa adalah 9.00 pagi). Menariknya, ...

Perihal Politik Selangor - Isu Kalimah Allah

dari ChangkatNingkeBTP Isu-isu politik terkini di Selangor sangat menarik terutama dengan beberapa peristiwa menarik yang berlaku di dalam kerajaan negeri. Antara isu yang terbesar adalah isu kalimah ALLAH yang kembali menjadi kontroversi disebalik tindakan rampasan bible berbahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini.  Sebelum itu, satu hakikat yang ingin saya tegaskan di sini adalah bahawa sememangnya ALLAH itu adalah untuk semua. Namun, penggunaan kalimah ALLAH oleh pelbagai agama perlu dilihat dari sudut hukum, amalan, adat setempat dan mengapa kalimah itu digunakan. Satu aspek lagi yang perlu dilihat di sini adalah penggunaan kalimah ALLAh di negara-negara Timur Tengah dan di Borneo (Sabah dan Sarawak) agak berbeza dengan amalan di Semenanjung Malaysia. Kalimah ALLAH juga bukanlah satu-satunya kalimah yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam kerana terdapat lebih kurang 40 kalimah yang dilarang penggunaannya. 

Pengumuman OUM

dari ChangkatNingkeBTP Mohon maklum kepada semua pelajar yang mengambil subjek kendalian saya menerusi e-tutor iaitu ABKK1103 Introuction to Political Science.m ABKK1203 Intro to Political Theory, ABKK1303 Malaysian Politics & ABKK2103 Political Economy - kuliah online & perkongsian semasa akan bermula minggu ini di forum OUM. Selamat Datang & Salam SUKSES

Ucapan Sempena Hari Cerebral Palsy Peringkat Sarawak

dari ChangkatNingkeBTP Ucapan saya sewaktu Sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Negeri Sarawak yang dianjurkan oleh MyCP Zon Sarawak. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) , Y.Bhg. Tuan Lawrence Lai. Ucapan Pengerusi MyCP Sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Negeri Sarawak  2013 Serta Pelancaran Tabung MyCP Zon Sarawak Ahad, 8 Disember 2013, Kelab Rekreasi Petroleum Lutong, Miri, Sarawak Assalamualaikum wbt. & Selamat Pagi serta Salam Inspirasi dari kami di Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP). Yang Berbahagia Tuan Lawrence Lai, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) selaku tetamu kehormat majlis pada hari ini. Yang Berbahgia En Maring Anak Kajop, wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Yang Berusaha Puan Magdaline Puyang, selaku Wakil MyCP Zon Sarawak dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Hari Cerebral Palsy MyCP Peringkat Negeri Sarawak Yang Dihormati Saudara Christopher Al...