Langkau ke kandungan utama

Perihal Politik Selangor - Isu Kalimah Allah

dari ChangkatNingkeBTP

Isu-isu politik terkini di Selangor sangat menarik terutama dengan beberapa peristiwa menarik yang berlaku di dalam kerajaan negeri. Antara isu yang terbesar adalah isu kalimah ALLAH yang kembali menjadi kontroversi disebalik tindakan rampasan bible berbahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini. 
Sebelum itu, satu hakikat yang ingin saya tegaskan di sini adalah bahawa sememangnya ALLAH itu adalah untuk semua. Namun, penggunaan kalimah ALLAH oleh pelbagai agama perlu dilihat dari sudut hukum, amalan, adat setempat dan mengapa kalimah itu digunakan. Satu aspek lagi yang perlu dilihat di sini adalah penggunaan kalimah ALLAh di negara-negara Timur Tengah dan di Borneo (Sabah dan Sarawak) agak berbeza dengan amalan di Semenanjung Malaysia. Kalimah ALLAH juga bukanlah satu-satunya kalimah yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam kerana terdapat lebih kurang 40 kalimah yang dilarang penggunaannya. 

Isu ini jika tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri akan menjadi isu besar yang memberi impak negatif kepada PR. PR pada pandangan saya cuba dan mungkin ingin menjadikan isu ini isu yang boleh mempopularkan lagi PR di kalangan bukan Islam. Usaha PR untuk membantah tindakan JAIS sebenarnya boleh dilihat dari sudut populis iaitu boleh mendapatkan populariti dari kalangan pengundi bukan Islam terutama mereka yang beragama Kristian. Namun  harus diingat beberapa perkara mengenai isu ini iaitu:

(1) Larangan ini sebenarnya melangkau perbedaan politik. Isu pengharaman kalimah ALLAH di negeri Selangor adalah menerusi titah dan arahan DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor yang acapkali menegaskan bahawa di Selangor, kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja. Dilema selepas ini pasti akan dihadapi oleh PR Selangor andai tiga ADUN dari DAP mengusulkan pindaan kepada perintah berkenaan sewaktu sidang DUN nanti. Rakyat Melayu tentunya akan melihat dan menilai respon ADUN-ADUN beragama Islam dari parti-parti PAS dan KEADILAN. Persoalan timbul apakah mereka ini akan menyebelahi usul ini atau bertindak menyokong titah Tuanku Sultan. Ini satu dilema yang besar dan jika salah langkah pasti akan memberi kesan kepada sokongan Melayu-Islam terhadap terhadap PR.
(2) Kajian mengenai isu kalimah ALLAH oleh UM menerusi Institut Kajian Demokrasi & Pilihanrayanya (UMcedel) yang diketuai oleh mantan penyelia tesis sarjana saya iaitu Prof Datuk Dr. Mohamad Redzaun Othman boleh dijadikan panduan berguna. Secara ringkas kajian mendapati :

  • 77% Melayu (terutama golongan muda) menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam. 11% orang Melayu menerima penggunaan manakala 12% tidak pasti.
  • 21% orang Cina menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam, 21% setuju dan 58% tidak pasti.
  • 63% pengundi kali pertama menentang penggunan kalimah ALLAH di kalangan orang bukan Islam manakala 58% pengundi senior turut menentang penggunaan sedemikian.
 Ini tentu menarik jika diamati. jika salah percaturan, undi Melayu akan semakin jauh dari PR terutama jika ia digunakan oleh UMNO Selangor terutamanya untuk memperlihatkan bahawa KEADILAN dan PAS seakan tidak prihatin dengan satu hakikat bahawa majoriti orang Melayu beragama Islam di Semenanjung Malaysia berpendapat bahawa kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.

(3) Respon yang bercampur dan tidak konsisten oleh para pemimpin kanan negeri Selangor agak mendukacitakan. Exco Agama, Ustaz Salehin menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan berkenaan serbuan berkenaan manakala YAB Menteri Besar Selangor mengambil pendirian berdiam diri terlebih dahulu sebelum memberikan respon. Hasilannya akhirnya JAIS perlu membetul dan mengubah SOPnya agar tindakan-tindakan selepas ini tidak memberikan gambaran negatif di mata orang bukan Islam.
Terdapat tiga pandangan umum mengenai isu ini iaitu
 (a) kalimah ALLAh jika dibenarkan penggunaannya di kalangan orang bukan Islam akan membuatkan mereka lebih rapat untuk mencari dan mengenal ALLAH.
(b) kaedah serbuan dan rampasan JAIS tersebut membuatkan orang bukan Islam takut dengan Islam lantas menjauhkan lagi mereka dengan agama Islam. 
(c) Adakah penggunaan kalimah ALLAH di Semenanjung oleh penganut Kristian akan menimbulkan kekeliruan dari kalangan orang Melayu Islam hingga timbul dakwaan adanya agenda tersembunyi. 

Tiga persoalan ini acapkali timbul. Namun, perlu kita ingat dalam negari Selangor yang bermajoriti Melayu, berpaksikan pelbagai kaum dan beragama rasmi Islam; kaedah terbaik perlu digunakan agar tidak melukakan hati kedua-dua golongan. Begitu juga hak asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan iaitu antara lain menjamin hak beragama. walaubagaimanapun ada batasnya semua itu dan kita yang inginkan Malaysia yang maju dan matang perlulah meraikan perbezaan tanpa mengorbankan prinsip dan hak. Jadi, carilah jalan terbaik yang tidak semesti solusinya berpaksikan politik kepartian dan populisme.

Wallahua'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...