Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Semua pihak perlu jadi ejen perubahan bantu OKU - Hamdan M Salleh

dari ChangkatNingkeBTP SHAH ALAM - We Care For OKU (Orang Kurang Upaya) menggesa semua pihak memainkan peranan masing-masing sebagai ejen perubahan dalam membantu golongan kurang bernasib baik. Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL), Dr Hamdan Mohd Salleh berkata, semua pihak perlu berhenti menuding jari sesame sendiri berhubung perkara seperti ini.

Selamat Hari Raya Eidil Fitri

dari ChangkatNingkeBTP Diucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang menyambutnya. Maaf atas segala salah & silap. Maaf Zahir & Batin

Penilaian Berterusan MPU3222 KEMAHIRAN KERJA SOSIAL Semester Mei 2014

dari ChangkatNingkeBTP Disertakan penilaian berterusan untuk subjek MPU3222 bagi Semester Mei 2014. Selamat berjaya & Moga SUKSES   NO   MATRIKS KURSUS KERJA   KULIAH UJIAN   (20%) K.KERJA   (30%) TUT/KOM   (10%) JUMLAH   (60%)   4141003261 SS401 18 25 8.0 51.0 4141003041 SS401 19 26 10.0 55.0 4141001671 SS401 19 25 8.0 52.0 4141002881 SS401 13 25 8.0 46.0 4141004021 SS401 13.5 25 8.0 46.5 4141005102 SS401 16.5 21 4.0 41.5 4143000501 SS401 9.5 25 7.0 41.5 4143003851 SS401 17 25 7.0 49.0 4143000371 SS401 15.5 25 7.0 47.5 4142001061 SS401 16.5 26 8.0 50.5 4143002991 SS401 16 25 7.0 48.0 4143003111 SS401 17 25 8.0 50.0 4141000971 SS401 14.5 21 9.0 44.5 4142000531 SS401 15 26 9.0 50.0 4141002011 SS401 17 26 7.0 50.0 4142001261 SS401 16 26 7.0 49.0 4143007821 SS401 14 25 8.0 47.0 4141003421 SS401 15 25 9.0 49.0 4141000221 SS401 16.5 21 6.0 43.5 4141001541 SS401 14.5 26 8.0 48.5 4141005092 SS401 12.5 21 7.0 40.

Hamdan@Media: Jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada OKU

dari ChangkatNingkeBTP Pandangan saya mengenai isu disebalik Adik Firdaus yang dibiar oleh ibunya tempohari. Wawancara tersiar di Free Malaysia Today pada 2 Julai 2014. (http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/07/02/jangan-terlalu-mudah-menyalahkan-ibu-bapa-kepada-oku/) Jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada OKU Mohamad Fadli  | July 2, 2014 Tidak mudah menjaga dan merawat anak-anak OKU kerana biaya perawatan yang sangat tinggi PETALING JAYA: Advokasi Cerebral Palsy (CP), Dr. Hamdan Datuk Mohd Salleh berkata rakyat Malaysia jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada Orang Kurang Upaya (OKU) apabila timbul kes-kes yang melibatkan golongan ini; terutama apabila mereka diterlantarkan. Beliau menyatakan pandangannya berikutan kes baru-baru ini di mana seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui dikurung di dalam keadaan yang amat menyedihkan. “Mengenai kes adik Firdaus ini, saya percaya ibunya juga mempunyai alasan send

Hasilan Kajian Asas Persepsi Pemilih dalam Pemilihan KEADILAN 2014

dari ChangkatNingkeBTP Hari ini 26 April 2014 menandakan bermulanya Pemilihan  2014 Parti KEADILAN. Keunikkan Pengundian secara "Satu Ahli Satu Undi" ini kali kedua buat parti tersebut setelah kali pertama dilaksanakan pada tahun 2010. Kali ini sekitar 480,000 ahli akan menunai hak mereka untuk memilih pimpinan baru bagi parti tersebut bagi sesi seterusnya. Ini merupakan era penting bagi KEADILAN kerana ia akan menentukan barisan kepimpinan pasca era awal. Satu kajian asas telah saya jalankan bermula sejak tamat Kajian Pla Pengundian PRK Kajang. Sepuluh soalan telah ditanya secara online kepada 100 ahli KeADILAN yang sampelnya dipilih secara rawak. Kami idak menanyakan umur, jantina, latarbelakang pendidikan mahupun bangsa ataupun agama. Ini adalah untuk melihat secara indivdu pandangan mereka tanpa mengira latarbelakang. Tambahan pula KEADILAN sendiri mendakwa parti ini tidak berpaksikan agama, ras mahupun gender.  Berikut adalah ringkasan hasilan asas kajian ber

Piktorial Pemilihan KEADILAN 2014 : Kempen Telah Bermula

dari ChangkatNingkeBTP Berikut antara makluman Pemilihan &  poster-poster kempen calon untuk Pemilihan KEADILAN 2014 yang saya terima menerusi pelbagai media sosial secara peribadi :

Pemilihan KEADILAN 2014 Siri 1

Apa yang pasti KEADILAN adalah satu contoh entiti kepartian yang di dalamnya penuh dengan seni kemustahilan atau "arts of impossibilities". Saya akan memulakan komentar dan analisis mengenai pemilihan KEADILAN pada kali ini. Ia juga merupakan kesinambungan penulisan-penulisan saya menerusi Suara KEADILAN sewaktu Pemilihan parti tersebut pada 2010 yang lalu. Perlu dijelaskan di sini bahawa penulisan ini bukanlah atas dasar untuk memihak mana-mana calon yang bertanding. Ia akan dibuat seadilnya dan berlandaskan kefahaman saya sendiri menerusi bacaan dan pengalaman terutama sebagai satu-satunya ahli akademik yang membuat kajian PhD berkenaan parti KEADILAN.  Penjelasan mengenai keadilan dalam menulis berkenaan Pemilihan kali ini sangat penting kerana selepas apa yang berlaku terhadap kajian saya dan rakan-rakan sewaktu Pilihanraya Kecil Kajang yang baru sahaja selesai. Ada yang menyanggah hasilan dan dapatan kajian kami apabila dirasakan tidak selaras dengan s

Program We Care For OKU UNISEL - MyCP

dari ChangkatNingkeBTP Pada 27 April yang lalu saya telah mewakili Persatuan Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) dalam program "We Care Fort OKU". Program ini dianjurkan oleh para pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri Universiti Selangor (UNISEL) yang mengambil subjek Management Skils. Ia telah diadakan di Kampus UNISEL Bestari Jaya. Sekalung tahniah dan terima kasih atas usaha kalian. Didoakan anda semua terus menjadi agen perubahan dalam usaha mencipta satu dunia Malaysia yang menghargai Fasilitasi OKU. Berikut adalah berita berkenaan dari laman web MyCP (Foto: Pengerusi MyCP menerangkan mengenai Cerebral Palsy & Peranan MyCP ... turut serta Saudara Syahir Azhar, pelajar CP UNISEL yang berkongsi pengalaman beliau) Bersempena dengan usaha berterusan MyCP untuk memperjuangkan advokasi kesedaran terhadap Cerebral Palsy, satu program berjudul "We Care FOr OKU" telah diadakan bersama para pelajar Psikologi Industri UNISEL . Program in

The Personal Side of Ahmad Ibrahim by Mohamed Sidek Ahmad

dari ChangkatNingkeBTP A Artikel yang disertakan selapas coretan saya ini sebenarnya mengembalikan kenangan saya terhadap pensyarah saya yang sangat saya kasihi iaitu Allahyarham Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim. Saya antara pelajar sains politik tahun akhir waktu itu di IIUM pada pertengahan tahun 1998 yang perlu mengambil subjek ITL atau Introduction to Law. Paling mengejutkan kumpulan kami ini adalah pensyarah yang akan mengendalikan kami adalah beliau yang memang sangat gah namanya waktu itu dan memegang jawatan besar di IIUM. Bagi kami ini satu penghormatan besar yang tidak tersangka terutama bagi saya secara peribadi dimana Allahyarham merupakan kenalan arwah bapa sewaktu beliau di Universiti Malaya. Malah, kumpulan tersebut merupakan yang pertama dan terakhir dari kalangan pelajar sains politik yang diajar dan dibimbing oleh Allahyarham Tan Sri. Jadual kuliah juga cukup menarik iaitu pada Isnin jam 7.30 pagi (Pada waktu itu jadual kuliah biasa adalah 9.00 pagi). Menariknya,

Perihal Politik Selangor - Isu Kalimah Allah

dari ChangkatNingkeBTP Isu-isu politik terkini di Selangor sangat menarik terutama dengan beberapa peristiwa menarik yang berlaku di dalam kerajaan negeri. Antara isu yang terbesar adalah isu kalimah ALLAH yang kembali menjadi kontroversi disebalik tindakan rampasan bible berbahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini.  Sebelum itu, satu hakikat yang ingin saya tegaskan di sini adalah bahawa sememangnya ALLAH itu adalah untuk semua. Namun, penggunaan kalimah ALLAH oleh pelbagai agama perlu dilihat dari sudut hukum, amalan, adat setempat dan mengapa kalimah itu digunakan. Satu aspek lagi yang perlu dilihat di sini adalah penggunaan kalimah ALLAh di negara-negara Timur Tengah dan di Borneo (Sabah dan Sarawak) agak berbeza dengan amalan di Semenanjung Malaysia. Kalimah ALLAH juga bukanlah satu-satunya kalimah yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam kerana terdapat lebih kurang 40 kalimah yang dilarang penggunaannya. 

Pengumuman OUM

dari ChangkatNingkeBTP Mohon maklum kepada semua pelajar yang mengambil subjek kendalian saya menerusi e-tutor iaitu ABKK1103 Introuction to Political Science.m ABKK1203 Intro to Political Theory, ABKK1303 Malaysian Politics & ABKK2103 Political Economy - kuliah online & perkongsian semasa akan bermula minggu ini di forum OUM. Selamat Datang & Salam SUKSES

Ucapan Sempena Hari Cerebral Palsy Peringkat Sarawak

dari ChangkatNingkeBTP Ucapan saya sewaktu Sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Negeri Sarawak yang dianjurkan oleh MyCP Zon Sarawak. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) , Y.Bhg. Tuan Lawrence Lai. Ucapan Pengerusi MyCP Sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Negeri Sarawak  2013 Serta Pelancaran Tabung MyCP Zon Sarawak Ahad, 8 Disember 2013, Kelab Rekreasi Petroleum Lutong, Miri, Sarawak Assalamualaikum wbt. & Selamat Pagi serta Salam Inspirasi dari kami di Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP). Yang Berbahagia Tuan Lawrence Lai, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) selaku tetamu kehormat majlis pada hari ini. Yang Berbahgia En Maring Anak Kajop, wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Yang Berusaha Puan Magdaline Puyang, selaku Wakil MyCP Zon Sarawak dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Hari Cerebral Palsy MyCP Peringkat Negeri Sarawak Yang Dihormati Saudara Christopher Alvin