Langkau ke kandungan utama

Semua pihak perlu jadi ejen perubahan bantu OKU - Hamdan M Salleh

dari ChangkatNingkeBTP


SHAH ALAM - We Care For OKU (Orang Kurang Upaya) menggesa semua pihak memainkan peranan masing-masing sebagai ejen perubahan dalam membantu golongan kurang bernasib baik.

Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL), Dr Hamdan Mohd Salleh berkata, semua pihak perlu berhenti menuding jari sesame sendiri berhubung perkara seperti ini.


Hamdan berkata, bukan sahaja usaha sebagai penggerak itu diletakkan di bahu  kerajaan semata-semata, sebaliknya semua pihak perlu turut sama membantu.

Menurutnya, tindakan penyelesaian secara holistik perlu dikaji supaya masalah berhubung OKU dapat diselesaikan.

Katanya, kesedaran terhadap isu berkaitan OKU bukan hanya bermusim sebaliknya perlu setiap masa.

“Isu ini perlu diselesaikan secara holistik bukan sahaja membabitkan kerajaan tetapi ibu bapa serta masyarakat perlu bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam memupuk kesedaran terhadap OKU.

“Kerajaan juga perlu sedar kepentingan golongan OKU di mana ia memerlukan sokongan daripada masyarakat,” katanya selepas Wacana We Care For OKU Siri ke-3 anjuran UNISEL di Kampus Shah Alam di sini pada 1 Julai lalu.

Turut hadir pengacara yang juga merupakan pelakon, Aishah Sinclair yang dilantik sebagai ikon We Care For OKU.

Hamdan berkata, beliau tidak menolak negara ini sedang menuju ke arah tersebut dalam memastikan nasib golongan OKU terpelihara.

Menurutnya, beliau berharap perkara seperti ini bukan hanya bersifat bermusim seperti apa yang menimpa Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini.

Katanya, pendidikan juga perlu ditekankan kepada kanak-kanak OKU terutamanya mereka yang menghidap ‘cerebral palsy’ (CP).

“Buat masa ini kanak-kanak CP tidak mendapat pendidikan sewajarnya.

“Perkara ini perlu ditekankan kerajaan,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...