Langkau ke kandungan utama

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP

PENGENALAN

* Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

* Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu

* Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada.

Latar Belakang Sejarah

* Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa.

* Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial.

* Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas.

* Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik.

* Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan struktur penduduk, terdapat tiga ciri utama yang perlu diberi perhatian iaitu:
i. ada sembilan buah negeri
ii. ada sistem beraja dimana raja/sultan
iii. ada sekurang-kurangnya tiga kaum utama yang sudah biasa dengan aktiviti politik.

* Dari tiga situasi ini, dengan begitu wajar telah diputuskan tiga alat pemerintahan dan pentadbiran. Ketiga-tiga sistem itu adalah:

1. Raja Berperlembagaan
2. Demokrasi berparlimen, dan
3. Federalisme atau Persekutuan

* Ketiga-tiga sistem ini dapat memberi perhatian dan kepuasan kepada semua pihak; kedudukan sultan dan raja,autonomi dan peranan kerajaan-kerajaan negeri dan kepentingan rakyat perbagai kaum yang masing-masing mahu menentukan untung nasib kelompok masing-masing.

* Sistem Raja Berperlembagaan ini merupakan tuggak terpenting dalam keseluruhan susunan pemerintahan dan pentadbiran negara kita ini.



Keseimbangan dalam Sistem

* Keseimbangan dalam sistem Raja Berperlembagaan merujuk kepada peraturan-peraturan kedudukan dan tanggungjawab penduduk Malaysia seperti yang jelas dituntut oleh Perlembagaan Malaysia.

* Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara mempunyai kedudukan teristimewa. Baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia dan mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi dan tidak boleh didakwa dalam mahkamah melainkan dalam mahkamah khas raja-raja.

* Pada pihak rakyat pula, setiap individu dalam Malaysia mendapat pelbagai had dari segi perlindungan undang-undang dan kedudukan sebagai warganegara yang layak mendapat banyak kemudahan.

* Ini boleh dijamin melalui pengisian tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan membantu menguatkuasakan undang-undang.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

* Jawatan Yang di-Pertuan Agong diisi secara pilihan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

i. Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih.
ii. Raja-raja sahaja yang boleh mengundi
iii. Pemilihan dibuat berdasarkan giliran.

* Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah jawatan yang memberi martabat dan kedudukan di samping
tanggungjawab yang besar, diamalkan hanya semenjak merdeka.Justeru itu, maka sangat adil ia digilir-gilirkan supaya setiap negeri mengalami keistimewaan dan juga beban jawatan itu.

* Peraturan Perlembagaan boleh mempercepatkan perubahan giliran.
i) seseorang Raja/Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
ii) seseorang Sultan/Raja yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati laya, menolak jawatan Yang di-Pertuan Agong
iii) seseorang Sultan/Raja, tatkala giliran negerinya tiba, didapti tidak layak oleh Majlis Raja-Raja.


Yang di-Pertuan Agong Ketua Tiga Badan

* Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan:
Badan Perundangan (Legislatif)
Badan Pemerintahan (Eksekutif)
Badan Kehakiman (Judisiari)

* Baginda mempunyai peranan penting dalam proses undang-undang.

* Sebagai ketua Badan Pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri lain, serta hakim, duta-duta Malaysia dan seumpamanya.

* Sebagai sumber keadilan, baginda mempunyai kuasa mengampun bagi kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah Tentera (Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata), kesalahan-kesalahan sivil yang telah dilakukan dalam wilayah persekutuan.

* Yang di-Peruan Agong mewakilkan tugasnya kepada orang atau suruhanjaya yang dilantik oleh Baginda. Jadi, pada praktisnya Yang di-Pertuan Agong hanya menjadi payung dan paksi bagi menjamin keobjektifan dan keneutralan perjalanan sistem pemerintahan.

* Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa mutlak. Prinsip 'bertindak atas nasihat' (Perdana Menteri atau Jemaah Menteri) yang jelas termaktub dalam Perlembagaan menjamin hak Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan segala maklumat yang baginda mahu.


Kuasa Budi Bicara Yang di-Pertuan Agong

Peruntukan Perlembagaan: Perkara 40-(20), menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam :
* melantik Perdana Menteri
* menangguhkan pembubaran Parlimen yang diminta oleh Perdana Menteri,
* meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja

* Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh semua sembilan Sultan/Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri.


Persidangan Majlis Raja-Raja

* Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun. Setiap persidangan berlangsung selama tiga hari.

* Persidangan Majlis dipengerusikan oleh Raja yang terkanan mengikut senioritinya.
Setiausahanya persidangan ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Persidangan Majlis sebagai Platform

* Satu daripada fungsi Majlis Raja-Raja ialah memberi kesempatan untuk menemukan wakil Kerajaan Pusat (Perdana Menteri) dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri(Ketua Menteri/Menteri Besar) di hadapan raja-raja.

* Bagi Perdana Menteri, forum diraja ini memberi peluang kepada beliau untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya mendapatkan pandangan serta sokongan Majlis.

* Dengan penuh tertib tetapi mesra, pemimpin-pemimpin negeri bersama Perdana Menteri berbincang dengan raja-raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama mengenai hal ehwal rakyat dan negara.

* Majlis Raja-Raja juga, mengikut perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.

* Tugas-tugas lain Majlis Raja-Raja adalah seperti yang ternyata dalam Perkara 32 Perlembagaan

* Mengenai pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, hanya raja-raja sahaja yang boleh mengambil bahagian.


Kuasa Budi Bicara Majlis

* Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada Majlis Raja-raja berhubung dengan perkara-perkara tertentu.


Imuniti Raja

* Kekebalan sultan secara menyeluruh di bawah Perkara 181(2) Perlembagaan didapati terlalu umum dan boleh melemahkan institusi raja di samping mencemar nama baik Majlis Raja-raja.

* Justeru itu, kerajaan atas kehendak rakyat sendiri telah bersetuju supaya Perkara 181(2) dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dalam Perlembagaan Malaysia dipinda atau ditiadakan.

* Langkah pindaan Perlembagaan itu ialah untuk mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.


KESIMPULAN

* Sistem raja berperlembagaan merupakan satu daripada tunggak autoriti dalam pemerintahan Malaysia, dan telah wujud semenjak Tanah Melayu merdeka. Sistem ini terdiri daripada dua institusi, iaitu Majlis Raja-raja dan institusi Yang di-Pertuan Agong.

* Sistem raja berperlembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan tanggungjawab antara raja dan rakyat yang dinaungi,demi kemantapan dan kemakmuran masyarakat sendiri.

* Sistem raja berperlembagaan menjamin kedaulatan negara sewajarnya menerima tumpuan taat setia rakyat yang terpelihara dalam lingkungan undang-undang yang didaulatkan oleh proses sistem raja berperlembagaan itu sendiri.

Ulasan

Unknown berkata…
Really helpful..Thank you very much for the information..
Tanpa Nama berkata…
thanks....this post would be enough for me to write an essay....
Tanpa Nama berkata…
wah....rujukan yg bagoih....

Catatan popular daripada blog ini

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM SEMAKIN MERUNCING

dari ChangkatNingkeBTP Sumber: http://haziqinthehouse.blogspot.com/2010/11/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-di.html Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang , sikap hormat – menghormati dan bertanggungjawab.  Oleh itu institusi kekeluargaan  adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang permasalahan dan isu seperti  keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pebuangan anak luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan hidup

Kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara merupakan satu respon terhadap Kolonialisme Barat

dari Changkat Ning Pengenalan Apabila kita membincangkan tajuk ini agak begitu mendalam untuk dihuraikan. Pertamanya, ia akan melihat betapa sifat-sifat nasionalisme itu mempunyai peranan terhadap kemerdekaan sesebuah negara di Asia Tenggara dan membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Selain itu, kesan atau impak yang dibawa oleh nasionalisme moden ini. Sekiranya difikirkan makna nasionalisme itu pastinya ia membawa pelbagai makna antara satunya ialah; “Ia pada umumnya membawa maksud faham kebangsaan. Biasanya nasionalisme merujuk bangsa dan negara. Dalam konteks penjajahan di Asia Tenggara, nasionalisme secara khusus membawa pengertian kepada satu kesedaran yang membangkitkan semangat bertujuan untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan” . Semangat kebangsaan atau nasionalime juga selalu ditafsirkan sebagai rasa taat dan kasih kepada negara sendiri. Maka nasionalisme ini berkaitan dengan negara dan bangsa yang boleh diertikan sebagai fahaman kebangsaan. Secara umumnya nasi

Nota Kuliah : FEDERALISME: KERAJAAN PUSAT & NEGERI

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti lazimnya dalam sebuah sistem persekutuan, mempunyai kuasa yang sama. Pada dasarnya, kelonggaran yang diberikan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan syarat terbentuknya Persekutuan Malaysia. Hubungan kerajaan pusat kadangkala baik dan kadangkala dingin. Federalisme Mengikut K.C.Wheare (1953), sistem federalisme merupakan satu kaedah untuk membahagikan kuasa antara 2 peringkat kerajaan. Ciri/sifat federalisme:  Terdapat pembahagian kuasa  Sebuah kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya  Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat. Pada dasarnaya, pembahagian kuasa, kebebasan dan kedaulatan sebuah kerajaan dalam sistem persekutuan adalah jelas. Latar Belakang Sistem Federalisme Sebelum Negeri-negeri Melayu Bersekutu, semua negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat, merupakan identiti