Langkau ke kandungan utama

nota kuliah : PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN

dari ChangkatNingkeBTP

Pengenalan
Sistem pentadbiran negeri di Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang banyak dipengaruhi oleh sistem pentadbiran British. selepas kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 73 telah memberikan autonomi kepada negeri-negeri untuk mentadbir dan memerintah wilayah masing-masing daripada segi perundangan dan perkara-perkara tertentu.
BENTUK PENTADBIRAN NEGERI
Zaman Sebelum Kedatangan Inggeris
Sebelum kedatangan Inggeris, pentadbiran negeri-negeri Melayu berada di bawah pentadbiran beraja di mana raja/sultan sebagai sumber undang-undang dan berkuasa mutlak dalam pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh pembesar-pembesar Melayu.
Pada zaman Kesultanan Melayu, pusat pentadbiran negeri ialah di istana. Raja/sultan mempunyai kuasa penuh di dalam negeri dan kawasan jajahan takluknya.
A) Pentadbiran Kolonial (Inggeris)
Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
Negeri-Negeri Selat merangkumi Pulau Pinang, Singapura dan Melaka telah disatukan pemerintahannya pada tahun 1826.
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersatu (Federated Malay States)
Keadaan kacau-bilau di negeri-negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang turut membuka laluan kepada Inggeris untuk campur tangan. Pada tahun 1874, Inggeris campur tangan di Selangor apabila seorang Residen Inggeris dilantik.
Pembentukan persekutuan ini telah mengubah struktur pentadbiran kesultanan Melayu. Sultan terpaksa menerima arahan Residen Jeneral yang berada di Kuala Lumpur. Pada tahun 1909,Sir John Anderson telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan (Federal Council) untuk menggantikan Majlis Mesyuarat Negeri. Majlis Mesyuarat Persekutuan dipegerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi dan berpusat di Kuala Lumpur.


Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
Perjanjian antara Inggeris dengan Kerajaan Siam telah membawa kepada penyerahan negeri-negeri Kedah, Perlis Kelantan dan Terengganu yang berada di bawah naungan Siam kepada Inggeris. Negeri-negeri tersebut telah membentuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sultan juga masih mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri dan berkuasa membuat keputusan dalam pemerintahan
B) Tanah Melayu Selepas Perang
Kedatangan semula Inggeris ke Tanah Melayu setelah Tentera Jepun menyerah kalah pada bulan September 1945, dan bantahan terhadap Kesatuan Malaya (Malaysian Union) telah mengubah corak pentadbiran Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.
Mengikut perjanjian tahun 1948 antara kerajaan Inggeris dengan sultan negeri-negeri Melayu, setiap negeri telah mengadakan perlembagaan negeri masing-masing yang bertulis berasaskan perlembagaan Negeri Johor yang dibuat oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1895. Kandungan perlembagaan tersebut menetapkan bahawa kuasa pemerintahan adalah pada sultan negeri masing-masing dengan dibantu oleh dua majlis, iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri.
C) Pentadbiran Selepas Merdeka.
Corak pentadbiran negeri-negeri Melayu sekali lagi berubah melalui kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 73, setiap negeri mempunyai kewibawaan dari segi perundangan dan perkar-perkara tertentu yang termaktub dalam perlembagaan negeridan perlembagaan persekutuan. Maksudnya, setiap negeri mempunyai kuasa kerajaan masing-masing.
Pihak Berkuasa Negeri
Raja dan Yang Dipertua Negeri
Bagi negeri-negeri bekas NNS, kuasa eksekutif terletak di tangan Yang Dipertua Negeri. Kuasa eksekutif bekas NNMB dan NNMTB ialah terletak pada tangan raja atau sultan negeri-negeri berkenaan. Sultan dan Yang Dipertua Negeri akan memperkenankan perlantikan Menteri Besar (MB) atau Ketua Menteri (KM-bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan atau raja) dari kalangan mereka yang mengetuai parti yang telah memenangi majoriti dalam pilihanraya negeri.
Kedaulatan dan warisan raja/sultan telah dijamin oleh PP, dan kedudukannya sebagai ketua agama Islam telah diakui semenjak tahun 1957.
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)
Majlis Mesyuarat Kerajaan berfungsi memberi nasihat kepada Raja/Sultan atau Yang Dipertua Negeri dalam menjalankan pemerintahannya. MMK diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Sistem Pentadbiran Berjawatankuasa
Fungsi utama jawatankuasa ini ialah meningkatkan penyelarasan pentadbiran di peringkat negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh ahli MMK, manakala setiausahanya adalah di kalangan pegawai kerajaan yang biasanya dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Sistem Pentadbiran Bermenteri
Pentadbiran bermenteri diamalkan di Sabah dan Sarawak. Seorang Menteri bertanggungjawab ke atas satu kementerian.
Menteri Besar dan Ketua Menteri
Jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri diwujudkan mengikut perlembagaan negeri. MB dan KM adalah pengerusi MMK. Sekiranya MB daan KM tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar (majoriti) ahli Dewan Undangan Negeri, beliau dikehendaki meletakkan jawatan.
Dewan Undangan Negeri
Kuasa membuat undang-undang negeri terletak pada Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri terdiri daripada sebilangan mereka yang dipilih dalam pilihanraya, Raja/Sultan atau Yang Dipertua Negeri dan tiga ahli tidak rasmi.
Kuasa Pemerintahan Negeri
Setiap negeri dalam Persekutuan mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang tanpa sebarang halangan dari kerajaan Persekutuan.
Perhubungan antara kerajaan Persekutuan dengan negeri disalurkan melalui :
• Majlis Raja-raja
• Majlis Kewangan Kebangsaan
• Majlis Tanah Kebangsaan
• Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan
• Dewan Negara
Jabatan Pentadbiran Negeri

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau ialah pegawai utama negeri, ketua perkhidmatan awam negeri dan penasihat pentadbir utama kepada MB atau KM.

Pejabat Kewangan Negeri

Diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri. Jabatan ini bertanggungjawab mentadbir urusan kewangan negeri.

Penasihat Undang-undang Negeri

Jabatan ini bertanggungjawab menasihati MB atau KM atau MMK tentang perundangan.

Unit Perancang Ekonomi Negeri

Di peringkat negeri, unit ini berfungsi merancang, menyelaras, dan menilai pembangunan ekonomi negeri.

Personel Awam Negeri

Tugas-tugas pentadbiran kerajaan negeri dikendalikan oleh perkhidmatan awam negeri dan juga pegawai-pegawaidari kerajaan pusat.

Pentadbiran Daerah, Mukim dan Kampung

Pentadbiran Daerah

Konsep pentadbiran daerah adalah cara yang digunakan oleh kebanyakan negara untuk mentadbirkan wilayah yang jauh dari pusat bandar. Sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan lebih bercorak disentralisasi kuasa atau pengagihan kuasa.

Tugas penting pejabat daerah ialah menguruskan soal tanah dan pembangunan daerah. Pejabat daerah diketuai oleh seorang Pegawai Daerah. Di samping tugas lain iaitu mengintegrasikan tugas agensi-agensi yang terdapat dalam daerah berkenaan.

Pentadbiran Mukim

Setiap daerah mempunyai mukim. Bilangan mukim berbeza-beza. Ketua mukim dipanggil Penghulu atau Penggawa (Kelantan). Beliau merupakan kakitangan perkhidmatan awam. Tugas utama Penghulu atau Penggawa ialah menjadi orang perantaraan antara kerajaan dengan penduduk mukim. Penghulu merupakan ahli JAPRUN dan juga menjadi penasihat kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pentadbiran Kampung

Setiap mukim mengandungi kampung-kampung. Pentadbiran peringkat kampung diuruskan oleh Ketua Kampung atau Penghulu (Kelantan) atau Tok Sidang (Melaka). Di Semenanjung khasnya, Ketua-Ketua Kampung adalah dilantik dari kalangan mereka yang menganggotai parti politik dari kumpulan yang memerintah.

Jawatan Ketua Kampung sekarang ini adalah satu institusi kepimpinan tradisional yang ditaja oleh kerajaan.

Ketua Kampung bertanggungjawab, pertamanya untuk menjaga keamanan kampung, dan ketiga menjadi penghubung antara orang kampung dengan Pegawai Daerah dan pembantu kepada Penghulu dan Penggawa.

KERAJAAN TEMPATAN

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, penubuhan kerajaan tempatan bertujuan untuk memberikan autonomi kepada penduduk setempat mentadbir wilayah mereka dengan sendirinya.

Corak kerajaan tempatan di negara ini adalah berbagai-bagai dan boleh dibahagikan kepada enam bentuk seperti berikut :


Bil. Bentuk Lokasi


1. Lembaga Luar Bandar (Rural Council) Luar Bandar
2. Majlis Daerah (District Council) Daerah
3. Majlis Bandaran (Town Board ) Pekan sederhana
4. Majlis Perbandaran (Municipal Council) Bandar
5. Perbandaran (Municipality) Bandar lebih besar
6. Majlis Bandaraya (City Council) Bandar raya


Kesimpulan

Bagi melicinkan perjalanan pentadbiran dan pembangunan, pentadbiran negeri telah dipecahkan kepada daerah, mukim, kampung dan kerajaan tempatan yang ditadbirkan sendirian. Sistem pentadbiran bersendirian atau self-government ini tidak bercanggah dengan pentadbiran pusat kerana sistem pentadbiran ini adalah berlandaskan dan didasarkan kepada peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM SEMAKIN MERUNCING

dari ChangkatNingkeBTP Sumber: http://haziqinthehouse.blogspot.com/2010/11/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-di.html Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang , sikap hormat – menghormati dan bertanggungjawab.  Oleh itu institusi kekeluargaan  adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang permasalahan dan isu seperti  keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pebuangan anak luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan hidup

Kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara merupakan satu respon terhadap Kolonialisme Barat

dari Changkat Ning Pengenalan Apabila kita membincangkan tajuk ini agak begitu mendalam untuk dihuraikan. Pertamanya, ia akan melihat betapa sifat-sifat nasionalisme itu mempunyai peranan terhadap kemerdekaan sesebuah negara di Asia Tenggara dan membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Selain itu, kesan atau impak yang dibawa oleh nasionalisme moden ini. Sekiranya difikirkan makna nasionalisme itu pastinya ia membawa pelbagai makna antara satunya ialah; “Ia pada umumnya membawa maksud faham kebangsaan. Biasanya nasionalisme merujuk bangsa dan negara. Dalam konteks penjajahan di Asia Tenggara, nasionalisme secara khusus membawa pengertian kepada satu kesedaran yang membangkitkan semangat bertujuan untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan” . Semangat kebangsaan atau nasionalime juga selalu ditafsirkan sebagai rasa taat dan kasih kepada negara sendiri. Maka nasionalisme ini berkaitan dengan negara dan bangsa yang boleh diertikan sebagai fahaman kebangsaan. Secara umumnya nasi

Nota Kuliah : FEDERALISME: KERAJAAN PUSAT & NEGERI

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti lazimnya dalam sebuah sistem persekutuan, mempunyai kuasa yang sama. Pada dasarnya, kelonggaran yang diberikan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan syarat terbentuknya Persekutuan Malaysia. Hubungan kerajaan pusat kadangkala baik dan kadangkala dingin. Federalisme Mengikut K.C.Wheare (1953), sistem federalisme merupakan satu kaedah untuk membahagikan kuasa antara 2 peringkat kerajaan. Ciri/sifat federalisme:  Terdapat pembahagian kuasa  Sebuah kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya  Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat. Pada dasarnaya, pembahagian kuasa, kebebasan dan kedaulatan sebuah kerajaan dalam sistem persekutuan adalah jelas. Latar Belakang Sistem Federalisme Sebelum Negeri-negeri Melayu Bersekutu, semua negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat, merupakan identiti