Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

Unisel Dapat NC Baru?

Salam, sekadar renungan. Unisel Dapat NC Baru Posted on May 15, 2008 by Ibnu Khuzaimah Khabar angin bertiup kencang Naib Canselor Universiti Industri Selangor, Prof. Datuk Razali Agus(gambar) akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Naib Canselor UNISEL kerana kontrak perkhidmatannya tidak dilanjutkan lagi oleh Kerajaan Negeri Selangor. Unisel adalah Universiti Swasta milik Kerajaan Negeri Selangor dengan kampus utama di Berjuntai Bistari dan Shah Alam. Unisel mempunyai jumlah pelajar melebihi 10,000 orang dalam setiap sesi pengajian. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, seorang anak Selangor berkelulusan dari Universiti Harvard dan berpengalaman lama di luar negara akan memimpin Unisel ke arah yang lebih gemilang. Selain itu beberapa tokoh akademia dari beberapa universiti tempatan diberitakan akan memulakan khidmat di Unisel menjelang sesi pengajian akan datang.

Nukilan Terbuka Buat UMNO Selangor

Salam ... Beberapa hari lagi, akan genap 60 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor. Dalam keadaan politik yang masih dalam kekalutan sejak tsunami 8 mac tempoh hari, satu jalan penyelesaian perlu dicari. Cukup sudah mencari salah .... Selangor umpamanya langsung tidak mencerminkan sebuah negeri maju, yang matang berpolitik... saban hari menyaksikan BN dan PR bergilir-gilir menghiasi muka depan dada-dada akhbar terutam di Sinar Harian. Jika hari Isnin menyaksikan Tan Sri Khalid mencadangkan sesuatu, maka hari Selasa pihak BN akan memberi tindakbalas. Jika tidak mantan MB, akan muncul pula Pengerusi BN Selangor yang juga mantan MB . Saban minggu perkara ini berlaku .... belum pun mencapai 100 hari,pelbagai respon, kritikan dan cadangan ...pelbagai isu dibangkitkan ... dari isu air percuma ke khinzir @babi ... belum pun selesai isu BALKIS, muncul pula isu penurunan cukai pintu .. di peringkat lokal pula , isu JKKK dan siapa yang menguasai masjid kerap ke udara ... itu belum isu Selan