dari Changkat Ning
Pengenalan
Apabila kita membincangkan tajuk ini agak begitu mendalam untuk dihuraikan. Pertamanya, ia akan melihat betapa sifat-sifat nasionalisme itu mempunyai peranan terhadap kemerdekaan sesebuah negara di Asia Tenggara dan membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Selain itu, kesan atau impak yang dibawa oleh nasionalisme moden ini. Sekiranya difikirkan makna nasionalisme itu pastinya ia membawa pelbagai makna antara satunya ialah;
“Ia pada umumnya membawa maksud faham kebangsaan. Biasanya nasionalisme merujuk bangsa dan negara. Dalam konteks penjajahan di Asia Tenggara, nasionalisme secara khusus membawa pengertian kepada satu kesedaran yang membangkitkan semangat bertujuan untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan” .
Semangat kebangsaan atau nasionalime juga selalu ditafsirkan sebagai rasa taat dan kasih kepada negara sendiri. Maka nasionalisme ini berkaitan dengan negara dan bangsa yang boleh diertikan sebagai fahaman kebangsaan.
Secara umumnya nasionalisme bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan penjajah atau kuasa asing. Ia mewujudkan kebebasan dan mempertahankan maruah serta menentukan nasib dan masa depan sebuah bangsa dan negara .
Namun, istilah Nasionalisme sebagai semangat kebangsaan juga tidak akan hanya melibatkan batas-batas sempadan tertentu ini dapat dilihat apabila Indonesia melancarkan Konfrontasi terhadap Malaysia dan ia menganggap pembentukan Malaysia sebagai ‘neo-kolonialisme’. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa nasionalisme ini ialah satu gerakan ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi disamping menikmati sumber kekayaan negara secara sama rata di kalangan semua rakyat.
Konsep nasionalisme ini telah digunakan dalam pembentukan negara Jerman dan Itali di Eropah pada tahun 1870an. Ia kemudiannya tersebatr di negara-negara Asia pada abad ke 19 dan awal abad ke 20.Untuk membicarakan sifat nasionalisme dan kesan nasionalisme moden ini, kita kan melihat dari perspektif Asia Tenggara sebagai rujukan utama kebangkitan nasionalisme yang pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar.
Walaupun tujuan asas nasionalisme bertujuan untuk membebaskan negara-negara dari belenggu penjajahan, corak perjuangan di antara negara adalah tidak sama kerana masing-masing mempunyai bentuk nasionalisme tersendiri dari aspek perjuangan , organisasi yang ditubuhkan.
Apa yang jelas , ia adalah penentangan yang muncul bila kebebasan dan maruah terancam akibat dari kolonialisme Barat. Esei bertajuk “Kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara merupakan satu respon terhadap Kolonialisme Barat” adalah satu cubaan untuk membincangkan secara umum kemunculan nasionalisme sebagai satu tindakbalas masyarakat tempatan terhadap penjajahan di rantau ini secara keseluruhan dan tidak ditumpukan kepada setiap negara yang ada di Asia Tenggara.
Secara umumnya nasionalisma atau semangat kebangsaan bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkoingan penjajah atau kuasa asing.
Semangat kebangsaan atau nasionalisma selalu ditafsirkan sebagai satu rasa taat dan kasih kepada negara sendiri. Dalam erti kata lain, nasionalisma ini berkaitan dengan negara dan bangsa. Oleh demikian, ia boleh diertikan sebagai fahaman kebangsaan. Milon Nandy mendefinasikan nasionalisma sebagai :
“ patriotism; devotion to the interests of one own’s nation; desire for national advancement; the doctrine that national interest , security etc are more important than international considerations; excessive, narrow or jingoist patriotism; chauvinism.”
Dalam memperkatakan nasionalisma , saya tertarik dengan penjelasan Ensiklopedia Britannica yang secara menyeluruh telah membuat definasi apa yang dikatakan dengan semangat nasionalisma :
“Nationalism may be defined as a state of mind in which the individual feels that everyone owes his supreme secular loyalty to the nation-state. Nationalism is a modern movement. Throughout history men have been attached to their native soil, to the traditions of their parents, and to established territorial authorities; but it was not until the end of the 18th century that nationalism began to be a generally recognized sentiment molding public and private life and one of the great, if not the greatest, single determining factors of modern history. Because of its dynamic vitality and its all-pervading character, nationalism is often thought to be very old; sometimes it is mistakenly regarded as a permanent factor in political behaviour. Actually, the American and French revolutions may be regarded as its first powerful manifestations. After penetrating the new countries of Latin America it spread in the early 19th century to central Europe and from there, toward the middle of the century, to eastern and southeastern Europe. At the beginning of the 20th century nationalism flowered in the ancient lands of Asia and Africa. Thus the 19th century has been called the age of nationalism in Europe, while the 20th century has witnessed the rise and struggle of powerful national movements throughout Asia and Africa.”
Intipati nasionalisma ialah untuk mewujudkan kebebasan dan mempertahankan maruah seseorang serta menentukan nasib masa depan sebuah bangsa dan negara. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa nasionalisma ialah satu gerakan ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi disamping menikmati sumber kekayaan negara secara sama rata di kalangan semua rakyat.
Kebangkitan nasionalisma di negara-negara Asia seperti Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur ini adalah berpunca daripada penindasan yang dilakukan oleh penjajah terhadap penduduk pribumi.
Walaupun tujuan asas nasionalisma ialah membebaskan negara-negara dari belenggu penjajahan, tetapi corak perjuangan di antara negara adalah tidak sama , masing-masing mempunyai bentuk nasionalisma tersendiri dari aspek perjuangan dan organisasi yang ditubuhkan.
Namun, bolehlah dirumuskan kebangkitan nasionalisma adalah untuk :
a) membentuk identiti bangsa berbudaya tinggi.
b) menikmati sumber kekayaan negara secara sama rata.
c) Menentukan nasib dan masa depan sesebuah bangsa dan negara.
d) Mewujudkan kebebasan dan meningkatkan maruah seseorang.
Perluasan Kuasa Asing
Kedatangan kuasa Barat ke Asia pada awalnya adalah atas dasar perdagangan atau merkantalisme. Pada peringkat awal , perdagangan rempah memainkan peranan utama di kalangan saudagar – saudagar. Rempah adalah bahan yang digunakan untuk menyedapkan makanan serat mengawetkan daging yang sangat diperlukan di musim sejuk. Orang eropah mula datang ke Timur sejak abad ke 16 untuk mendapatkan rempah ini dan sekaligus memecahkan monopoli perdagnagan rempah saudagar-saudagar Islam.
Pada mulanya saudagar-saudagar Islam dari Timur Tengah datang ke Timur untuk membeli rempah dan kemudiannya menjualnya kepada pedagang-pedagang Itali yang kemudiannya menjual kepda saudagar Eropah lain dengan harga yang amat tinggi. Hubungan dagang ini terjejas akibat Perang Salib antara orang Kristian dengan orang Islam. Keadaan ini menyebabkan orang Eropah mencari jalan lauit ke Timur untuk mendapoatkan rempah. Di samping untuk mendapatkan bekalan rempah, penerokaan dan penjelajahan turut berlaku kerana didorong oleh faktor untuk mewnyebarkan agama Kristian. Portugal menjadi pelopornya apabila mereka berjaya meneroka jalan laut sehingga sampai ke India (Goa) melalui Tanjung harapan di Afrika Selatan dan kemudiannya menakluki Melaka untuk menguasai perdagangan rempah.
Orang Sepanyol turut ke Timur dalam proses meneroka kawasan baru dan mereka berjaya menguasai Filipina dan telah membuka hubungan dagang antara Manila dengan Mexico. Perdagangan ini dikenali juga sebagai perdagangan gelion dan merupakan sumber pendapatan utama Sepanyol. Sepanyol menjadikan Filipina sebagai pusat pengumpulan barang dagangan seperti kain sutera, barangan tembikar, minyak wangi dan rempah-rempah dari China, Jepun , Kemboja dan Kepulauan Melayu sdebelum dihantar ke Mexico .
Orang Belanda datang ke Timur pada abad ke 17 atas sebab perdagangan iaitu untuk mendapatkan monopoli perdagangan rempah yang sangat digemari oleh orang eropah. Penutupan Pelabuhan Lisbon oleh Sepanyol kepada kapal-kapal Belanda menyebabkan sumber pencarian mereka sebagai pembahagi rempah terputus. Ini memaksa orang Belanda belayar ke Timur untuk mendapatkan rempah ratus. Dalam proses ini , mereka berjaya menguasai Hindia Timur seperti Pulau Ambon, Batavi dan juga Melaka yang kaya dengan rempah. Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) bertanggungjawab menguruskan perdagangan rempah.
Orang Perancis juga tidak ketinggalan dalam perluasan kuasa ini. Seperti kuasa-kuasa Eropah lain, Perancis melalui Syarikat hindia Timur Perancis yang ditubuhkan pada tahun 1664 juga berminat berdagang di rantau ini dimana Perancis telah meluaskan pengaruhnya di Indo China atas sebab perdagangan dan agama.
Kuasa akhir tetapi paling berjaya yang memasuki arena ini ialah kuasa Inggeris . Inggeris berjaya meletakkan pengaruh yang cukup besar di Asia Tenggara walaupun ia kuasa yang terakhir melibatkan diri dalam perluasan kuasa ini. Inggeris dibawah Syarikat Hindia Timur Inggeris telah meluaskan kuasa perdagangan di Burma, Borneo, tanah Melayu dan Sumatera. Bagaimanapun Inggeris menghadapai masalah dengan Belanda di Kepulauan rempah sepereti Sumatera dan Pulau Jawa. Masalah ini akhirnya berjaya diselesaikan dengan termeterinya Perjanjian London 1824 yang menandakan bermulanya zaman penjajahan Inggeris di Asia Tenggara.
Kedatangan kuasa Eropah pada peringkat awal bertujuan untuk menjalankan dasar merkantalisme dan mengembangkan agama . Namun, dalam memartabatkan imej negara serta kepentingan perdagangan telah menyebabkan kuasa-kuasa ini menjalankan penaklukan dan seterusnya menjadikan wilayah-wilayah itu sebagai koloninya. Bermulalah satu dasar kolonialisme barat di Asia Tenggara.
Sifat Nasionalisme
Terdapat beberapa sifat nasionalisme yang berlaku di Asia Tenggara. Pada peringkat awal nasionalisme adalah bersifat penentangan terhadap penjajah yang datang sama ada oleh sami Buddha di Burma, Pembesar di Tanah Melayu, Vietnam, Jawa dan Sumatera dan ketua Daerah di Filipina. penjajahan ini adalah kesan daripada keadaan politik yang kurang stabil di Asia Tenggara .
Kemudian gerakan nasionalisme di Asia Tenggara adalah lebih teratur disebabkan dengan lahirnya golongan yang berpendidikan yang menggunakan saluran yang lebih baik dengan menyebarkan pemikiran mereka dengan menggunakan akhbar ataupun dengan menggunakan majalah-majalah seperti Majalah al-Imam, Utusan Melayu, La Solidaridad dan sebagainya. Golongan ini adalah mereka yang mendapat pendidikan Barat ataupun memiliki pendidikan Arab. Mereka telah memahami budaya, ilmu pengetahuan dan nilai hidup Barat dan telah melihat perkembangan dunia luar. Mereka telah menghayati idea baru seperti Liberalisme, Sosialisme, komunisme dan Demokrasi.
Semangat peningkatan kehidupan sama ada sosial mahupun ekonomi menjadi agenda utama pada dua dekad abad ke 20. Politik juga diberi perhatian yang lebih selain telah mula membuat tuntutan politik dengan menerangkan persamaan hak untuk mendapatkan pendidikan . ia bukan saja melibatkan kaum lelaki tetapi jua kaum wanita sepertiman halnya di Indonesia yang diperjuangkan oleh Raden Adjeng kartini .
Penentangan adalah dinamik, keras dan berani menentang penjajah. kebanyakan golongan ini lebih ramai daripada golongan guru, wartawan, penulis atau pegawai kerajaan yang kurang mendapat perhatian kerajaan tetapi telah mendapat pendedahan daripada Jepun yang pernah menakluki Asia Tenggara.
Juga terdapat kegiatan nasionalisme daripada golongan pendatang seperti China dan India yang memperjuangkan masyarakat mereka. kegiatan mereka adalah amat berbeza daripada kegiatan nasionalisme tempatan. Kedatangan mereka adalah untuk mencari pendapatan dan bukanlah untuk terus menetap di Asia Tenggara. Kelahiran warga tempatan daripada masyarakat China ini mengubah pendirian ini menjadikan kegiatan mereka tertumpu pada kemahuan mendapatkan kewarganegaraan di negara-negara Asia Tenggara.
Ada juga nasionalisme yang bersifat mementingkan agama seperti di Burma oleh golongan Sami Buddha dan Kaum Muda di Malaya.
Faktor Kebangkitan Semangat Nasionalisme
Kolonial pada dasarnya lebih ditumpukan pada ekonomi dan penglibatan terhadap politik adalah minima. Ini dapat dilihat apabila Belanda di Indonesia mengamalkan Dasar Kultur,dan Dasar Ekonomi Etika. Atas sebab ini Persatuan Demokratik sosial Hindia telah menggunakan faktor kapitalisme yang menguntungkan orang Eropah terutama syarikat permodalan perdagangan dan perladangan yang menindas pekerja peribumi sebagai propaganda . Sosiallisasi juga tidak diabaikan termasuklah pendidikan. Pada tahap ini pendidikan adalah tertumpu pada negara asal sesuatu bangsa.
Struktur dan teknik politik barat memberi kesan dengan menyatukan politik, pentadbiran dan geografi. beberapa dan pelbagai kumpulan yang terbahagi dari segi budaya, bahasa, bangsa, puak, agama dan kegiatan ekonomi dan politik. Sememangnya masalah integrasi pelbagai pihak tersebut iaitu masalah yang tidak wujud semasa kolonialisme akan secara tiba-tiba dihadapi oleh pemimpin-pemimpin nasionalisme selepas kolonial. Terdapat permasalah terhadap kesan nasionalisme moden ini seperti yang diterangkan di Tanah Melayu.
Pemecahan bangsa dan ekonomi masyarakat tempatan adalah satu kesan yang tidak dapat dielakkan dalam masyarakat majmuk. Cina, India, Melayu dan masyarakat lain terpaksa menerima kehadiran bangsa yang berlainan dan berinteraksi dan menerima syarat yang diletakkan oleh penjajah agar anarki tidak berlaku.
Kolonialisme memperkenalkan ekonomi majmuk, masyarakat majmuk yang mewujudkan golongan elit berpendidikan barat yang tidak puas dengan keadaan bangsa mereka mmpercepatkan perbezaan bandar dan desa dan memulakan proses perjuangan antara pro kemodenan dan unsur tradisi dan kefahaman tua. Barat tidak berminat untuk melepaskan kedudukannya sebagai penjajah oleh itu ia telah merancang orde baru sebagai agenda kolonialismenya. “At this moment our future is in danger, The new British plan is a big question that will affect us and our grandchildren.” .
Nasionalisme tempatan ada yang menyedari hakikat ini namun ada yang tidak menyedari sehinggalah ia disedarkan dengan pelbagai agenda yang ditonjolkan oleh penjajah, antaranya ialah ‘Malayan Union’ di Tanah Melayu yang mendapat tentangan hebat dari peribumi tempatan. Namun kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu menyebabkan kaum Cina dan india terlibat sama untuk kepentingan mereka bersama sehinggalah wujudnya perikatan antara UMNO-MCA-MIC. Pemimpin gerakan ini adalah mereka yang berpendidikan Barat.
Perkembangan secara cepat nasionalisme Asia menjelang abad 20 menandakan bermulanya politik massa (yang disertai rakyat biasa) membuktikan kesan yang lewat, nasionalisme barat dan perindustrian ke atas kawasan-kawasan bukan barat. Kemasukan British secara berperingkat-peringkat sejak hujung tahun 1944 telah berhadapan dengan nasionalisme tempatan yang kini lebih bersifat anti-Jepun dan matlamat perjuangan untuk kemerdekaan politik dan ekonomi.Burma telah capai kemerdekaan pada bulan Januari 1948 di luar Komanwel British wujudkan pemerintahan demokrasi tetapi gagal sebabnya pemimpimnya dapat undi melalui pemberian pinjaman, kontrak dan projek (rasuah), gagal meningkatkan pengeluaran negara menjadi mantap sebaliknya menimbulkan konflik antara etnik, parti dan kelas.
Kesedaran massa demikian dapat menerima dorongan dari cita-cita revolusi Perancis 1789, unsur kebebasan, kesamaan dan persaudaraan untuk mempertengahkan tuntutan bagi kemerdekaan.
Pendudukan Jepun di Asia Tenggara antara 1942-1945 memberi kesan sebagai pemangkin dengan mempercepatkan perjuangan kebangsaan dan menghapuskan peranan kolonial. Kejayaan Jepun mengalahkan China dan Rusia telah memberi ilham betapa perlunya pendidikan dan pengetahuan. Revolusi Kebudayaan China pada 1911 juag memberikan ilham juga memberi kesedaran baru terhadap nasionalisme di Asia Tenggara . Antara tahun 1948 hingga 1955 Barat telah datang semula tetapi ia telah mempunyai perancangan pembangunan politik dan mewujudkan ‘Malayan Union’.
“the political development in Malaya in between 1948 and 1955 had plainly prepared the way to self rule” .
Pendudukan jepun telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di kampuchea atau Kemboja misalnya mendapat kemerdekaan yang singkat.kesannya pemimpin nasionalis yang berumur 25 tahun seperti Saloth Sar (pol Pot) berpeluang mendengar ucapan anti- perancis atu pro-jepun., memasuki tentera, libat dalam politik seperti Lon Nol ( pemimpin lebih tua).
Asia Tenggara dan Kuasa-kuasa Besar.
Tanah besar telah mula mendapat perhatian kuasa-kuasa besar pada saat bermulanya perang dingin diantara blok demokrasi (Amerika Syarikat) dengan blok komunis (Soviet Union). Bagi beberapa buah negara di tanah besar,tempoh tahun 1945 hingga 1950an menandakan tamatnya penjajahan barat apabila negeri-negeri ini mencapai kemerdekaan contohnya di burma. Di lain kawasan seperti di Laos, Kampuchea dan Vietnam bertambah rumit apabila perancis cuba wujudkan kembali empayarnya. Telah ada langkah-langkah permulaan ke arah pemeraintahan demokrasi berparlimen contohnya di Thai tetapi gagal kerana berlaku perampasan kuaas oleh tentera 1947.1 Selepas sahaja negara-negara di Asia Tenggara telah merdeka selepas Perang Dunia keDua, negara-negara ini masih lagi melihat negara Besar sebagai pelanjut pembangunan negera masing-masing. Ketergantungan ini dapat dilihat apabila Thailand tidak dapat mempertahankan kedaulatannya tanpa bantuan Amerika sebagai latar belakang yang menyokongnya. Pada masa ini juga Amerika telah juga cuba mengembangkan pengaruhnya kepada Thailand iaitu ia memberi amaran kepada Hanoi dan Moscow agar tidak menyerang Thailand dan ia bersetuju berada di belakang Thailand .
“the western power returned to southeast Asia with confidence born of their collective of the tranformation of that had taken place during the year of war” . Ideologi juga telah diserapkan oleh Rusia dan China sebagai agenda utamanya seperti yang diterangkan oleh K.K. Nair;
“pergerakan komunis di dalam sesebuah negara di Asia Tenggara dalam satu masa yang lain adalah satu rangkaian daripada komunis Soviet atau Rusia yang akan menerapkan ‘moral’ atau menyumbangkan daripada bentuk material yang banyak kepada tentera di negara-negara seperti Burm, Thailand, Malaysia dan Filipina .”
Sumbangan Rusia ini juga dapat dilihat dalam peperangan Vietnam yang mana Rusia sanggup menyumbangkan jutaan ringgit semata-mata mahu mempengaruhi negara lain untuk menerima ideologinya.
“disclosed in early 1980 that the Soviet Union was spending between US$2-$3 million a day to support the vietnamese war effort in Kampuchea” .
Bukan itu saja, Rusia antara tahun 1950 dan 1960an, pemimpin Soviet menumpukan bagaimana hendak mengawal kepentingan mereka di Eropah, Selatan Asia dan Timur Asia . Lantaran itu bukan Amerika saja dan China saja yang berada di Asia Tenggara.
“the United State and China are not the only great powers with Southeast Asia enterests. The Soviet Union has invested heavily in the region both economically and politically. the the Vietnam communists heve been, and doubtless will remain, far more dependent on the russian on the Chenese for mlitary equiptment and the economic aid” .
Selagi mereka mempunyai kepentingan sama ada politik mahupun ekonomi mereka akan terus menyambungkan hubungan mereka disesebuah negara. Sebagaimana dengan Jepun yang pernah menjajah Asia Tenggara, berdasarkan pengalaman sejarah, pembuat keputusan di negara Asia Tenggara tidak mahu Jepun memainkan peranan penting dalam bidang politik mahupun peraturan tentera . Asia Tenggara lebih melihat negara Barat sebagai negara yang terunggul. Namun, peningkatan ekonomi Jepun yang mendadak telah memperlihatkan perubahan pemikiran agar melihat Jepun sebagai objek utama pembangunan.
Apa yang dapat kita lihat ialah bahawa terdapat beberapa sifat dan kesan nasionalisme. Dalam memahami memahami tentang sifat nasionalisme moden dan impaknya terhadap negara itu sendiri yang memperlihatkan kesinambungannya sehingga sekarang, sifat dan kesan nasionalisme perlu dibincangkan. Sekiranya dilihat dengan melihat satu persatu setiap negara punya sifat nasionalisme yang tersendiri berbanding dengan negara lain, namun kehendak mereka adalah satu iaitu mahu melihat bangsanya adalah bangsa yang telah merdeka dari kolonialisme barat. Saya tidak melihat ia sebagai satu entiti yang berbeza ini adalah keranma Asia Tenggara adalah negara yang terjajah bersama, walaupun Thailand dikatakan tidak terjajah oleh sesetengah pihak. Namun, tekanan dan tindakan Barat terhadap negera ini menunjukkan perlunya nasionalisme jua wujud di negara ini. Sempadan tidak pernah wujud pada konsep sebenarnya hanya Barat mewujudkan konsep sempadan ini untuk memudahkan mereka membahagikan negara dan pentadbiran.
Hubungan antarabangsa di antara Asia Tenggara dan negara-negara kuasa Besar adalah secara tidak langsung apabila ianya telah pernah terjajah oleh negara kuasa besar ini. Kekuasaan negara kuasa besar ini sebenarnya telah tamat apabila negara di Asia Tenggara telahpun merdeka dengan kemerdekaan Brunei iaitu pada tahun 1985. Namun, penguasaan ini masih lagi berterusan kerana negara di Asia Tenggara masih bergantung dengan barat sebagai pembangun negara ini sama ada aspek politik mahupun Ekonomi yang terus didominasi oleh negara kuasa besar.
Rumusan
Nasionalisme selalu ditakrifkan sebagai rasa taat dan kasih kepada negara sendiri. Oleh itu nasionalisme selalu ditakrifkan sebagai fahaman kebangsaan ynag bertujuan untuk mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan penjajah atau kuasa asing. Secara umu boleh dikatakan nasionalisme sebagai satu gerkan ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi disamping menikmati sumber kekayaan negara secra sama rata di kalangan semua golongan rakyat.
Terdapat banyak sebab yang membawa kepada perkembangan semangat nasionalisme. Kebangkitan nasionalisme di Asia adalah berpunca daripada penindasan yang dilakukan oleh penjajah terhadap penduduk tempatan yang mengakibatkan rasa benci terhadap kuasa imperialisme.
Perasaan benci penduduk yang meluap ini disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan penjajah yang telah banyak melakukan penindasan dari segi ekonomi, politik dan sosial di negara-negara Asia Tenggara. Penindasan inilah yang telah menyebabkan rakyat tempatan bertindak mengusir penjajah dari tanah tumpah darah mereka.
Tindakan kusa Barat yang selalu memandang rendah terhadap penduduk tempatan menjadikan keadaan lebih buruk. Barat seringkali menganggap diri mereka sebagai makhluk istimewa , yang lebih tinggi darjatnya dari orang yang mereka jajah. Layanan yang berdasarkan warna kulit dan kelas ini ditentang hebat oleh golongan peribumi. Hanya segelintir sahaja penduduk tempatan yang dibenarkan bergaul dengan orang Barat. Mereka terdiri daripada kerabat diraja, kaum bangsawan dan sebilangan kecil peniaga yang kaya.
Penindasan berlaku di Indonesia dimana penduduk tempatan melakukan semuajenis pekerjaan rendah seperti buruh-buruh yang bergaji rendah di landak milik Belanda. Keadaan ini berlaku di semua negara Asia tenggara yang dijajah oleh kolonial Barat. Perasaan benci rakyat tempatan turut dipengaruhi oleh diskriminasi yang dilakukan oleh penjajah dalam bidang pendidikan di mana bahasa Eropah hanya dikhaskan kepada golongan kerabat diraja dan bangsawan. Orang Indonesia sebagai contoh tidak dibenarkan belajar bahasa Belanda.
Penindasan yang dilakukan di Filipina oleh penjajah Sepanyol turut membangkitkan perasaan benci kepada penjajah. Orang sepanyol menganggap mereka bertaraf tinggi serta menjawat jawatan penting dalam pentadbiran. Hal yang sama berlaku di Vietnam di mana Perancis mengenepikan sistem pentadbiran tradisional dan melakukan diskriminasi dalam perkhidmatan awam.
Penindasan aspek ekonomi turut membawa kepada kebangkitan nasionalisme di kalangan penduduk yang dijajah. Penjajah memperkenalkan ekonomi komersil serta pengenalan matawang hingga mengakibatkan golongan petani miskin yang hidup dalam ekonomi tradisional tertindas. Dalam masa yang sama, pelaburan Barat dalam ekonomi komersil menghasilkan satu pulangan yang amat banyak.
Kemajuan tidak seimbang menjadi turut menjadi satu masalah kepada rakyat tempatan. Kawsan yang dianggap menguntungkan sahaja dimajukan seperti Pulau Jawa dan Pulau Luzon, kawasan lain yang tiada hasil sumber dibiarkan mundur.Ini menyebabkan penduduk hidup dalam penderitaan dan kemiskinan yang akhirnya menimbulkan perasaan tidak puas hati.
Perasaan anti penjajah turut lahir hasil pengaruh agama dan kebudayaan dimana kebanyakan orang Timur tidak dapat menerima budaya Barat yang dianggap bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran. Ini ditambah dengan golongan penjajah yang tidak sensitif dan membuat sesuka hati mereka hingga menimbulkan konflik.
Dapatlah disimpulkan disini yang perasaan benci pada kolonial penjajah menyebabkan semangat nasionalisme muncul di negara-negara Asia Tenggara yang inginkan hak mereka ke atas negara mereka.
Catatan Dr Dan. Seorang introvert yang punya impian besar. Ahli akademik dan penyelidik yang membawa isu #MengupayaOKU. Sembang berkaitan akademik, OKU, bola, kisah inspirasi dan tentunya Liverpool.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Advocating for People with Disabilities (PWD) in Islam
dari ChangkatNingkeBTP This article explores the Islamic perspective on advocating for people with disabilities (PWD), highlighting the ...
-
dari ChangkatNingkeBTP Sumber: http://haziqinthehouse.blogspot.com/2010/11/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-di.html Setiap keluarga memp...
-
dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti lazimnya dalam sebu...
-
dari ChangkatNingkeBTP BADAN KEHAKIMAN PENGENALAN Undang-undang merupakan pengaruh yang paling menyerap dalam kehidupan kita, melibatkan dal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan