Profesionalisme Dalam Komunikasi Politik. Satu Kajian Perbandingan Poster-Poster Kempen Dalam Pilihanraya Kecil (PRK) P 44 Permatang Pauh pada 2008 dan 2015.
dari ChangkatNingkeBTP Kertas Kerja ini dibentangkan pada 10 Ogos 2015 di dalam Seminar Kerajaan & Peradaban (SOGOC2) anjuran UPM & IKIM. Dr Hamdan Mohd Salleh Institut Kajian Sosial Selangor (IKSAS) Abstrak Kajian ini memberi penekanan khusus mengenai perbandingan perang poster yang melibatkan calon-calon yang bertanding pada kedua-dua PRK berkenaan. Berdasarkan kajian literatur berkenaan profesionalisme dalam komunikasi politik, beberapa dapatan diformulasikan berkenaan perubahan dalam bentuk tekstual dan elemen visual di dalam poster-poster kedua-dua PRK berkenaan. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah observasi yang difokuskan kepada perubahan dalam penggunaan foto pimpinan politik, logo parti serta penekanan terhadap isu-isu politik, ideologi serta isu massa yang diletakkan di dalam poster-poster pilihanraya. Secara keseluruhan, analisa dilakukan tehadap poster-poster yang digunakan oleh 7 orang calon dari 6 buah parti politik. Dapatan akhir kaj