dari ChangkatNingkeBTP Sejak kebelakangan ini sudah hangat diperkatakan calon-calon untuk mengisi barisan kepimpinan FAM diperkatakan. Maklumlah, FAM merupakan persatuan yang besar pengaruhnya walaupun tidak secemerlang mana prestasi pasukan kebangsaan jika dibandingkan dengan sukan-sukan lain di Malaysia seperti badminton, squash, hoki dan lumba basikal yang telah bertaraf dunia. Boleh dikatakan sebahagian besar calon untuk kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden merupakan ahli-ahli politik termasuk seorang calon dari ahli parlimen bebas. Ini menunjukkan bahawa terdapat juga satu tarikan politik untuk menduduki kerusi ini yang ada kalanya boleh menjadi masalah kepada perjalanan FAM. Pasukan bolasepak kebangsaan di semua peringkat masih ditahap rendah dengan kedudukan ke 145 dunia setakat ini. Walaupun begitu, terdapat sedikit peningkatan walaupun tidaklah sehebat mana. Kejayaan seperti memenangi pingat emas Sukan SEA dan yang terbaru menewaskan skuad Olimpik Korea 1-0 bukan kayu u...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.