Langkau ke kandungan utama

Pemilihan Kepimpinan FAM

dari ChangkatNingkeBTP

Sejak kebelakangan ini sudah hangat diperkatakan calon-calon untuk mengisi barisan kepimpinan FAM diperkatakan. Maklumlah, FAM merupakan persatuan yang besar pengaruhnya walaupun tidak secemerlang mana prestasi pasukan kebangsaan jika dibandingkan dengan sukan-sukan lain di Malaysia seperti badminton, squash, hoki dan lumba basikal yang telah bertaraf dunia.

Boleh dikatakan sebahagian besar calon untuk kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden merupakan ahli-ahli politik termasuk seorang calon dari ahli parlimen bebas. Ini menunjukkan bahawa terdapat juga satu tarikan politik untuk menduduki kerusi ini yang ada kalanya boleh menjadi masalah kepada perjalanan FAM.

Pasukan bolasepak kebangsaan di semua peringkat masih ditahap rendah dengan kedudukan ke 145 dunia setakat ini. Walaupun begitu, terdapat sedikit peningkatan walaupun tidaklah sehebat mana. Kejayaan seperti memenangi pingat emas Sukan SEA dan yang terbaru menewaskan skuad Olimpik Korea 1-0 bukan kayu ukur sebenar untuk menyatakan prestasi skuad kebangsaan telah meningkat dengan baik.

Jesteru itu, siapapun yang terpilih mempunyai tanggungjawab yang amat berat untuk kembali meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan seperti era gemilang satu ketika dahulu. Amat malang jika kayu pengukur hanyalah pada memenangi pingat emas sukan SEA atau separuh akhir Piala AFF. Sudah sampai masa FAM membuat transformasi dan revolusi drastik untuk mengubah dari tadbirurus sempurna dan konsisten hinggalah ke pembangunan akar umbi dalam usaha mencari bakat-bakat baru.

Bagi hemat saya, ahli gabungan FAM perlu memilih calon-calon yang benar-benar layak dan tidak sekadar memilih kerana gelaran, populariti serta kerana perkaitan politik. Pilihlah pemimpin yang benar-benar telah terbukti berjaya meningkatkan prestasi pasukan negeri masing-masing atau telah memberi sumbangan bermakna untuk pembangunan FAM dan ahli-ahli gabungan.

Terdapat calon-calon yang nampaknya telah dan sedang menunjukkan kewibawaan di peringkat negeri. FA Selangor dan FA Kelantan umpamanya adalah contoh terbaik bagi melihat bagaimana mengurus dan mentadbir sebuah pasukan bolasepak. Kedua-dua persatuan ini secara konsisten saban musim bukan sahaja menerajui liga dan semua pertandingan malah tidak kedengaran masalah gaji tertunggak, kelewatan pembayaran KWSP ataupun permasalahan luar padang yang negatif. Penjenamaan semula oleh Tan Sri Anuar Musa umpamanya amat menarik sekali dan inilah yang sepatutnya dicontohi oleh pasukan-pasukan lain dalam Liga Super dan Liga Perdana. Selangor juga menerusi barisan kepimpinannya seperti Dauk Mokhtar Ahmad dan Datuk Hamidin Mohd Amin jelas membuktikan dengan pengurusan yang cemerlang mampu menterjemahkan sebuah pasukan yang mantap di padang.

Contohilah pengurusan bolasepak negara-negara seperti Korea Selatan dan jepaun yang duhulunya setaraf dengan kita. Saksikanlah kejayaan mereka hari ini. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyorak pasukan sendiri. Oleh itu, pilihlah pemimpin yang benar-benar boleh memantapkan lagi FAM serta mampu membawa MAlaysia ke persada antarabangsa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

Jürgen Klopp and Germany: The Leader Who Makes People Believe Again

A Reflection by Dr Dan.  German football has entered a new and exciting chapter. On 24 July 2026, Jürgen Klopp was officially presented as the new head coach of the German national team. He signed a four-year contract and will officially begin his duties on 15 August 2026. His mission will take Germany towards Euro 2028 and the 2030 FIFA World Cup.  For Germany, this appointment is more than a change of coach. It is an attempt to restore confidence, identity and pride. Klopp is not only a football manager. He is a leader who understands people. He knows how to enter a difficult situation, rebuild confidence and make everyone believe that improvement is possible. As a Liverpool supporter, I have always admired Klopp not only because of the trophies he won. I admire him because of the way he made people feel. He made football meaningful again. From an Ordinary Player to an Extraordinary Leader Klopp did not begin his journey as a famous football star. He spent most of his playin...