Profil HamdanMSalleh

Profil



Dr Hamdan Dato’ Hj. Mohd. Salleh. Berkelulusan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia (Texas, 2010) dengan anugerah cemerlang universiti. Fokus tesis beliau adalah berkenaan program motivasi bertaraf dunia,  Vision Into Self Improvement (V.I.S.I.) yang mana beliau merupakan salah seorang Master Trainer. Beliau kini sedang menyiapkan tesis di Universiti Selangor bagi ijazah Kedoktoran  (PhD) keduanya yang mengfokus kepada Pengurusan Parti Politik. Selain itu, Dr Hamdan merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Asia Tenggara dari Universiti Malaya (2003) serta Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Kemanusiaan mengkhusus dalam Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1998). Terlibat dalam bidang latihan dan pembelajaran sejak 1998 dan pernah mengendali konsultasi, rundingan, latihan dan pengajaran untuk pelbagai organisasi seperti Khidmat Negara (PLKN), Mahkamah Persekutuan, Kementerian Sumber Manusia, Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai lagi. Selain itu pernah diundang sebagai panel untuk beberapa rancangan televisyen dan radio.  Dalam masa yang sama, telah diberi kepercayaan sebagai pakar rujuk bagi subjek Sains Politik dan Pengajian Malaysia untuk Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Dr. Hamdan juga telah menghasilkan 4 buah buku akademik serta lebih 25 artikel / kertas kerja yang turut dimuatkan di dalam beberapa jurnal antarabangsa seperti World Applied Science Journal. Sebagai tambahan juga sangat aktif dalam lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan termasuk antara lain sebagai Setiausaha Kehormat PAKAR, Setiausaha Eksekutif Kelab Wartawan Muda Malaysia, Pengerusi Perpustakaan Komuniti Tasik Puteri, dan ahli Persatuan Asia DiRaja Cawangan Malaysia (MBRAS) yang dinaungi oleh DYMM Sultan Selangor. 









Buku
1. Politik Patani Pasca Revolusi Thai 1932 (2010)
2. Sejarah Politik Malaysia-Thai: Satu Pandangan Sisi (2011)
3. Peranan NGO & Swasta Dalam Pemulihan Dalam Komuniti (2011)

Artikel
1) Thai 1932, A EF Resources 2010 (dalam proses ISBN)
2) Sejarah Politik Malaysia-Thai, Artikel Penulisan, A EF Resources, 2010 (dalam proses suntingan)
3) Peranan NGO & Swasta Dalam Pemulihan Dalam Komuniti, PAKAR Selangor (dalam proses suntingan), 2010
4) Islah & Politics in Malay Society of Patani – Working Paper, International Seminar on Socio-Economic Development in Riau, 2009.
5) Posr WWII & Its Impact Towards Politics in Southeast Asia – UiBL 2009
6) Perpustakaan Seliaan Komuniti Sepenuhnya: Pengalaman Perpustakaan Komuniti Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor – Kertas Kerja Seminar Perpustakaan, Univeritas Lanchang Kuning, Indonesia
7) Islamisasi di Alam Melayu, Wikipedia, 2004
8) Sheikh Tahir Jalaluddin, Ad-Deen, Bil. 11, 28 Ogos 2003
9) Fatimah AzZahra, Ad-Deen , Bil 08, Feb/Mac 2003
10) Muhammad Abdul Qadir Al-Fatani, Ad-Deen Bil 5-6, 2003
11) Haji Awang Muhammad Yusof Kenali, Ad-Deen, Bil. 3-4, 2003
12) Southeast Asia At Aglance, Manual Issues in Southeast Asia, 1998
13) 18 artikel di laman-laman sesawang
Penyelidikan
1. Pilihanraya Kecil Hulu Selangor (2010)
2. Kajian Keberkesanan Pusat Siber Rakyat (PSR) Selama Sepuluh Tahun Kewujudannya (2010)
3. Kajian Pilihanraya Kecil Bukit Gantang (2009)
4. Kajian Lapangan – Senario Politik Sarawak pasca PRU 12 (2009)
5. Kajian Parti Politik Oposisi di Malaysia (bermula 2009)
6. Perpustakaan Seliaan Komuniti Sepenuhnya: Pengalaman Perpustakaan Komuniti Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor (2008-2010)
7. Pembangunan Kurikulum Multi Sensory Room
8. Kajian Peranan Sektor Swasta Dalam Rehabilitasi OKU-CBR (2010)
9. Perang Dunia Kedua & Impaknya Terhadap Politik Asia Tenggara (2009)

10. Kajian Lapangan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh (2008)
11. Politik Gunseikan di Indonesia Era Perang Dunia Kedua 1941-1945 (2007)
12. Kajian Untuk Menyemak, Verifikasi, Mengemaskini Data Ekuiti & Perniagaan IKS Bumiputera Selangor (2004)
13. Kajian Praktikal Pilihanraya Umum 94 – DUN Rawang