Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2008

Daulat Tuanku

Mendan amat menyokong penuh segala keputusan yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan kemelut perlantikan MB Terengganu. Moga ia menjadi duluan mengikat sekiranya berlaku lagi pada masa-masa akan datang. Ini merupakan satu harapan baru kepada Malaysia ... Raja yang arif dan bijaksana ..... DAULAT TUANKU

My Question to MB Selangor (in THE STAR)

The Star Online > Nation Thursday March 27, 2008 Khalid plans to work with Federal Government CAFE LATTE CHAT sunday@thestar.com.my More than 600 e-mails were sent to Tan Sri Khalid Ibrahim when The Star asked readers to pose questions to the newly appointed Mentri Besar. The questions were often direct to the point, with most readers wanting to know what Khalid’s priorities were, particularly in relation to the economy of Malaysia ’s most industrialised state. The environment was another major issue, reflecting Malaysians’ growing concern over the subject. The Star Group Chief Editor Datuk Wong Chun Wai, in his latest Cafe Latte Chat series, met Khalid on Monday, shortly after the new state executive councillors were sworn in. CRIME Will you push the Anti-Corruption Agency to reopen cases that remained dormant during the previous MB’s administration? – Hamdan Datuk Hj Mohd Salleh (Faculty of Social Science and Industrial Studies, Universiti Industri Selangor...
HAJI AWANG MUHAMMAD YUSOF KENALI (1868-1933) SATU SEJARAH RINGKAS Hamdan Dato’ Mohd. Salleh Haji Awang Muhammad Yusof Kenali atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali merupakan seorang ulamak yang amat masyhur bukan sahaja bagi negeri Kelantan malah di negeri-negeri lain di Malaysia secara amnya serta wilayah-wilayah selatan Thailand [1] . Walaupun beliau bukanlah seorang penulis yang konsisten seperti Syed Syeikh al-Hady [2] , namun beliau merupakan seorang penulis yang gagah lagi jelas pemikirannya. Seandainya beliau tidak terbeban dengan pelbagai tugas dan terus menulis dengan tekun, sudah tentu Tok Kenali dapat dibariskan dengan tokoh-tokoh penulisan prolifik negara. Tok Kenali sejak dari usia yang muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas-tugas penulisan serta peranan majalah-majalah dan akhbar-akhbar sebagai mass media yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu Islam . Atas kesedaran itulah bel...

Peranan Islam Dalam Pembentukan Politik Masyarakat Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua

Kedatangan Islam sekitar abad ke 14 telah merubah satu budaya berteraskan Hindu-Buddha kepada satu konsep yang baru di alam Asia Tenggara amnya dan Tanah Melayu khasnya . Berlaku perubahan-perubahan besar dalam sejarah dan ketamadunan di rantau ini yang sekaligus mengubah dan merombak pandangan masyarakat. Abad 1-13 menyaksikan unsur Hindu-Buddha begitu menguasai peradaban Asia Tenggara baik dari segi kerajaan, politik, mitos, keagamaan, budaya dan sebagainya. Datangnya Islam membawa satu sinar baru yang berteraskan al-Quran dan Sunnah , unsur aqli dan naqli. Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat Islam telah memulakan satu zaman baru di alam Melayu . Islam turut memperkenalkan unsur poliitk yang akhirnya menjadi elemen penyatu terutama di kalangan kesultanan-kesultanan Melayu dalam menghadipi ancaman dan penjajahan Barat . Hingga ke hari ini , Islam memainkan peranan yang amat penting dalam senario poltik Melayu khasnya dan Malaysia amnya . Perasaan cinta dan taat setia k...