Selasa, Mac 16, 2010

SISTEM & STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA : SATU SINOPSIS

dari ChangkatNingkeBTP

Sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai sistem dan struktur pentadbiran negara yang tersendiri. Cth: Malaysia, Singapura, Jepun, Amerika dll.

Negara Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Bagi Malaysia sistem dan struktur bernegaranya agak unik. [Dalam ertikata] Sungguhpun Malaysia mempunyai warisan sistem beraja yang kukuh dan masih lagi dipertahankan sehingga sekarang, namun hakikatnya ialah ‘rakyat yang memerintah’. Ini bermaksud rakyat berkuasa membentuk kerajaan. Ini dilakukan menerusi proses pilihanraya dimana rakyat akan memilih wakil-wakil [Ahli Parlimen] yang seterusnya akan membentuk kabinet. Kabinet atau jemaah menteri ini adalah kerajaan yang memerintah.

Namun raja dan kerabat diraja tidak diketepikan, malah kedudukan mereka diperkukuhkan lagi menerusi institusi raja berperlembagaan dan Majlis Raja-Raja yang masing-masing mempunyai sistem dan peranan yang telus. Institusi–institusi ini sama-sama menyokong kepada corak pemerintahan demokrasi itu sendiri.

Walaupun sistem pemerintahan negara kita agak kompleks tetapi ia adalah sistematik. Sistematiknya struktur pemerintahan–pentadbiran negara kita boleh difahami dengan jelas dengan mengetahui bahawa terdapat dua peringkat pemerintahan. Pemerintahan di peringkat persekutuan diterajui oleh kerajaan pusat menerusi kabinet manakala di peringkat negeri diuruskan oleh kerajaan negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Inilah corak pemerintahan-pentadbiran kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan dimana kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidangkuasa masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. [Rujuk Jadual 9, Senarai 1(Persekutuan), Senarai 2 (Negeri) di samping Senarai-senarai Tambahan Untuk Negeri Sabah dan Sarawak (2A). Rujuk juga Bahagian 6, Perkara 73, 74 dan 75 Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan juga memaktubkan bidangkuasa bidangkuasa yang dikongsi bersama antara dua peringkat kerajaan tersebut yang seterusnya mengekalkan hubungan baik di antara dua pihak. . [Rujuk Jadual 9, Senarai 3 (Bersama) di samping Senarai 3A iaitu Tambahan Untuk Negeri Sabah dan Sarawak. Rujuk juga Bahagian 6, Perkara 73, 74 dan 75 Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi bidang kuasa inilah kerajaan-kerajaan negeri mentadbir negeri masing-masing dengan struktur yang hampir sama dengan peringkat persekutuan dari tahap negeri, daerah hingga ke tahap kampung. Setiap peringkat ada jentera pentadbiran, jabatan-jabatan negeri dan kerajaan tempatan yang melaksanakan peranan tertentu bagi menjamin kelicinan pengurusan pada peringkat bawahan.

Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan [legislative], pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang dipraktikkan baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri yang diamalkan selama ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah mengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka. Saling hormat menghormati bidangkuasa masing-masing merupakan prinsip yang tiada tolok bandingnya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan di Malaysia.

1 ulasan:

Shasha Rasyika berkata...

TERIMA KASIH SBB BUAT NOTA RINGKAS MCM NI. SY JADIKAN POST NIE SBGAI RUJUKAN ASSIGNMENT SAYA.

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...