Langkau ke kandungan utama

Hasilan Kajian Asas Persepsi Pemilih dalam Pemilihan KEADILAN 2014

dari ChangkatNingkeBTP


Hari ini 26 April 2014 menandakan bermulanya Pemilihan  2014 Parti KEADILAN. Keunikkan Pengundian secara "Satu Ahli Satu Undi" ini kali kedua buat parti tersebut setelah kali pertama dilaksanakan pada tahun 2010. Kali ini sekitar 480,000 ahli akan menunai hak mereka untuk memilih pimpinan baru bagi parti tersebut bagi sesi seterusnya. Ini merupakan era penting bagi KEADILAN kerana ia akan menentukan barisan kepimpinan pasca era awal.
Satu kajian asas telah saya jalankan bermula sejak tamat Kajian Pla Pengundian PRK Kajang. Sepuluh soalan telah ditanya secara online kepada 100 ahli KeADILAN yang sampelnya dipilih secara rawak. Kami idak menanyakan umur, jantina, latarbelakang pendidikan mahupun bangsa ataupun agama. Ini adalah untuk melihat secara indivdu pandangan mereka tanpa mengira latarbelakang. Tambahan pula KEADILAN sendiri mendakwa parti ini tidak berpaksikan agama, ras mahupun gender.

 Berikut adalah ringkasan hasilan asas kajian berkenaan:

(1) Adakah anda berpuas hati dengan proses kempen Pemilihan 2014 ini dari sudut demokratik?
  • 81.25% responden menyatakan bahawa mereka puashati dengan proses kempen 
  • 18.75% tidak berpuas hati dengan proses kempen

  (2) Keberkesanan kaedah kempen
  • Majoriti responden menyatakan bahawa kaedah kempen paling berkesan bagi mereka adalah secara bersua muka. Ini sangat efektif bagi mereka untuk menilai calon-calon yang bertanding. 
  • Kaedah kedua yang para responden merasakan memberi impak kepada mereka adalah menerusi Facebook. Ini mungkin disebabkan hampir kesemua mereka adalah pengguna Facebook dan tentunya digunakan secara meluas.
  • Cara-cara lain yang boleh diterima oleh responden adalah SMS, WhatsApp dan Twitter. Namun tiga kaedah ini tidaklah menjadi pilihan utama bakal pemilih ini.
  • Cara paling tidak berkesan dan tidak memberi impak adalah menerusi kiriman surat, poster secara pos. Ini tidak diminati oleh para responden kerana tiada unsur personal.
(3) Elemen-Elemen Dalam Memilih Calon


  • Faktor utama yang dilihat dalam memilih calon adalah calon mestilah disukai oleh rakyat. Populariti di kalangan rakyat sangat penting dalam mereka menentukan siapa yang akan mereka pilih bagi Pemilihan 2014 ini. Ini membawa maksud jawatan dalam kerajaan adalah satu kelebihan kepada calon-calon yang bertanding.
  • Faktor kedua dan ketiga adalah peribadi baik dan prestasi dalam parti. Dua elemen ini turut menjadi penentu kepada pemilihan mereka kali ini. 
  • Team yang disertai atau dipersepsi sebagai pilihan DSAI tidak menjadi faktor utama dalam mereka menentukan calon pemilihan mereka. Responden nampaknya tidak mengambil berat mengenai aspek-aspek ini.
  • Pengaruh Cabang tidak langsung memberi kesan kepada menentukan pemilihan mereka. 
(4) Siapa yang layak menjadi ikon REFORMASI selepas 2014
  • Soalan ini amat menarik kerana ia populariti 5 tokoh yang bertanding telah ditanya iaiatu Abdul Khalid Ibrahim, Rafizi Ramli, Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail. 
  • Hasilan kajian menunjukkan Rafizi Ramli mendapat peratus tertinggi (layak & sangat layak) dengan mendapat 79.9%. Ia diikuti rapat oleh Nurul Izzah yang hanya 0.1% di belakang Rafizi dengan 79.8%. 
  • Sementara itu, Saifuddin Nasution pula di tangga ketiga dengan 66.67%. 
  • paling menarik adalah dua tokoh Selangor yang bersaing rapat untuk kerusi MB. Khalid Ibrahim hanya mendapat 35.7% manakala Azmin Ali mendapat 42.8%. 
  • Khalid Ibrahim mendapat peratus tertinggi tidak layak iaitu 35.72%.
  • Dapatan ini tidaklah mengejutkan kerana tokoh-tokoh popular adalah mereka yang berusia muda kerana soalan memberi fokus kepada ikon kepimpinan selepas 2014. Faktor usia menjadi faktor dalam responden memberi respon kepada soalan ini. 
(5) Skala Tokoh-Tokoh KEADILAN
  • Lima tokoh KEADILAN yang mendapat markah tertinggi hasilan kajian ini adalah Anwar Ibrahim (8.22), Wan Azizah Wan Ismail (7.9), Azmin Ali (7.86), Rafizi Ramli (6.8) dan Abdul Khalid Ibrahim (6.25).
  • Lima Tokoh yang mendapat ranking terendah adalah Nurul Izzah Anwar (4.86), Mustaffa Kamil Ayub (4.8), Amiruddin Shari (4.67), Baru Bian (4.0) dan Shamsul Iskandar Akin (3.0)
  • Dikalangan calon Timbalan Presiden, Azmin Ali mendahului dengan diikuti Abdul Khalid Ibrahim dan Saiffuddin Nasution.
  • Calon Ketua Wanita menyaksikan ZuraidaKamaruddin dan Rodziah Ismail berada seiring dari segi ketokohan.
  •  Calon Ketua AMK menyasikan Nik Nazmi Nik Ahmad (6.2) mendahului jauh Amiruddin Shaari (4.67) dari segi ketokohan. 

(6)  Adakah persaingan di Selangor memberi kesan kepada pilihan anda?

  • 81.25%  responden menyatakan apa yang berlaku di Selangor akan memberi impak kepada pemilihan mereka.
(7) Isu-Isu Penting Bagi KEADILAN
  • Responden ditanya tentang apakah isu-isu yang perlu menjadi fokus kepada parti tersebut.
  • Menuju Putraja menjadi pilihan tertinggi apabila menjadi pilihan (penting & sangat penting) 87.5 daripada responden.
  • Perjuangan Reformasi menjadi pilihan kedua dengan 66.6% pilihan skala penting dan sangat penting.
  • Isu yang mendapat 50% skala kepentingan adalah Mempertahankan Selangor dan Hubungan dengan PR.
  • Amat menarik apabila rata-rata responden menyatakan isu pengganti DSAI adalah tidak penting.
(8)  Isu-Isu Perjuangan KEADILAN
  • Berdasarakan hasilan responden, didapati isu-isu perjuangan agak bercampur-campur keputusannya. Ini tidak sepatutnya berlaku andai parti ini punya cita-cita untuk menjadi kerajaan federal. Kerangka kepartian Oposisi juga agak kurang jelas jika didasarkan dengan hasilan dari soalan ini.
  • Pilihan responden adalah Keadilan sejagat, Tadbirurus negara dan Kelangsungan ekonomi. 
  • Dua Isu yang paling kurang penting bagi mereka adalah mempertabatkan Islam dan Fasilitasi OKU.
  • Hasilan ini agak mendukacitakan namun masih boleh diperbaiki. Isu-isu asas juga perlu menjadi paksi bagi sebuah pari ingin mengubah label dari sebuah parti pembangkang kepada sebuah entiti OPOSISI Politik dan kemudiannya bercita-cita menuju Putrajaya. 

Hasilan-hasilan ini hanyalah kajian asas yang melibatkan responden yang kecil bilangannya (100) dan dengan 10 soalan yang berfokus. Namun ia boleh menjadi penanda aras untuk melihat satu proses pemilihan yang sangat menarik di dalam senario politik kepartian di Malaysia.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

Jürgen Klopp and Germany: The Leader Who Makes People Believe Again

A Reflection by Dr Dan.  German football has entered a new and exciting chapter. On 24 July 2026, Jürgen Klopp was officially presented as the new head coach of the German national team. He signed a four-year contract and will officially begin his duties on 15 August 2026. His mission will take Germany towards Euro 2028 and the 2030 FIFA World Cup.  For Germany, this appointment is more than a change of coach. It is an attempt to restore confidence, identity and pride. Klopp is not only a football manager. He is a leader who understands people. He knows how to enter a difficult situation, rebuild confidence and make everyone believe that improvement is possible. As a Liverpool supporter, I have always admired Klopp not only because of the trophies he won. I admire him because of the way he made people feel. He made football meaningful again. From an Ordinary Player to an Extraordinary Leader Klopp did not begin his journey as a famous football star. He spent most of his playin...