Sabtu, April 05, 2014

Pemilihan KEADILAN 2014 Siri 1


Apa yang pasti KEADILAN adalah satu contoh entiti kepartian yang di dalamnya penuh dengan seni kemustahilan atau "arts of impossibilities".

Saya akan memulakan komentar dan analisis mengenai pemilihan KEADILAN pada kali ini. Ia juga merupakan kesinambungan penulisan-penulisan saya menerusi Suara KEADILAN sewaktu Pemilihan parti tersebut pada 2010 yang lalu. Perlu dijelaskan di sini bahawa penulisan ini bukanlah atas dasar untuk memihak mana-mana calon yang bertanding. Ia akan dibuat seadilnya dan berlandaskan kefahaman saya sendiri menerusi bacaan dan pengalaman terutama sebagai satu-satunya ahli akademik yang membuat kajian PhD berkenaan parti KEADILAN. 


Penjelasan mengenai keadilan dalam menulis berkenaan Pemilihan kali ini sangat penting kerana selepas apa yang berlaku terhadap kajian saya dan rakan-rakan sewaktu Pilihanraya Kecil Kajang yang baru sahaja selesai. Ada yang menyanggah hasilan dan dapatan kajian kami apabila dirasakan tidak selaras dengan selera politik mereka. Walhal, terbukti kajian kami itu antara yang paling tepat. Ini buktinya:



Isu besar tentunya kerana ada yang tidak bersetuju dengan pandangan responden kami yang menyatakan mereka rata-rata tidak mahukan berlakunya penukaran Menteri Besar Selangor yang baru. Perlu saya tegaskan di sini bahawa ia adalah kajian yang adil dan tidak dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor. Ia adalah kajian menyeluruh yang mengandungi banyak lagi isu besar. Umpamanya, tidak ramai pula yang peduli bahawa dalam kajian yang sama didapati hanya 50% merasakan kerajaan negeri Selangor berjaya dalam dasar OKUnya. Ironinya, YB Exco Kebajikan turut bertanding  pada Pemilihan KEADILAN 2014 ini. Tidak ada pula pimpinan parti tersebut menyanggah hasilan kajian berkenaan isu OKU itu.







Sidang Akhbar Pembentangan Hasilan Kajian Pola Pengundian PRK Kajang

Pemilihan kali ini tentunya lebih menarik berbanding sewaktu 2010. Jadinya tentu lebih menarik untuk dianalisa. Ini juga penentu untuk KEADILAN menuju ke fasa baru, iaitu fasa beralih kepimpinan generasi lama serta persediaan kepimpinannya selepas Anwar Ibrahim. Ia juga akan jadi penentu sama ada KEADILAN akan mara ke Putrajaya ataupun kekal menjadi parti Oposisi di Federal dan cuba mempertahankan Selangor. Krisis dalaman yang saya lihat berpanjangan terutama di Selangor juga dijangka akan memberi kesan bukan sahaja kepada KEADILAN, malah kepada PR dan rakyat secara keseluruhan. UMNO terutama di Selangor juga tertaunggu-tunggu impak pasca Pemilihan 2014 ini. Jadinya, ia sangat menarik dan ulasan-ulasan saya selepas ini adalah satu ulasan yang berterus-terang dan berterang terus.

Atas sebab itulah, mengapa saya ungkapkan kata-kata di bawah sewaktu sidang akhbar tempohari:

Apa yang pasti KEADILAN adalah satu contoh entiti kepartiaan yang di dalamnya penuh dengan seni kemustahilan atau "arts of impossibilities".

Tiada ulasan:

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...