Jumaat, April 04, 2014

Program We Care For OKU UNISEL - MyCP

dari ChangkatNingkeBTP

Pada 27 April yang lalu saya telah mewakili Persatuan Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) dalam program "We Care Fort OKU". Program ini dianjurkan oleh para pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri Universiti Selangor (UNISEL) yang mengambil subjek Management Skils. Ia telah diadakan di Kampus UNISEL Bestari Jaya.
Sekalung tahniah dan terima kasih atas usaha kalian. Didoakan anda semua terus menjadi agen perubahan dalam usaha mencipta satu dunia Malaysia yang menghargai Fasilitasi OKU. Berikut adalah berita berkenaan dari laman web MyCP

(Foto: Pengerusi MyCP menerangkan mengenai Cerebral Palsy & Peranan MyCP ... turut serta Saudara Syahir Azhar, pelajar CP UNISEL yang berkongsi pengalaman beliau)

Bersempena dengan usaha berterusan MyCP untuk memperjuangkan advokasi kesedaran terhadap Cerebral Palsy, satu program berjudul "We Care FOr OKU" telah diadakan bersama para pelajar Psikologi Industri UNISEL . Program ini dilaksanakan pada 27 Mac 2014 di Kampus UNISEL Bestari Jaya. Program ini adalah satu usaha mereka untuk memberi pencerahan kepada warga UNISEL mengenai mereka yang berkeperluan khas.  Pameran turut diadakan yang melibatkan pencerahan mengenai CP, dyslexia, autism dan sebagainya. MyCP turut membuka kaunter jualan produk-produk MyCP. 

Program sehari penuh ini telah sempurnakan dengan kehadiran Encik Francis Siva, tokoh OKU Kebangsaan 2007 yang juga merupakan Presiden, Independent Living & Training Centre (ILTC) Malaysia dan isteri. Beliau telah berkongsi pengalaman dalam memperjuangkan fasilitasi OKU sejak belasan tahun yang lalu. Apa yang menarik, beliau mula menggunakan kerusi roda hanya pada usia 27 tahun iaitu selepas mengalami kemalangan. Pengerusi MyCP turut berkongsi usaha dan peranan MyCP dalam memperjuangkan hak-hak mereka yang mengalami CP. Dua klip MyCP turut ditayangkan kepada lebih 250 hadirin pada program tersebut. Pelajar CP UNISEL, Syahir Azahar turut berkongsi pengalaman dan kekuatan beliau sebagai anak CP yang gigih dan tabah. 
Tambah menarik lagi adalah sesi forum yang sangat mengharukan yang mana ahli forum adalah dari warga UNISEL yang berkeperluan khas. Pensyarah UNISEL, Tn Hj Othman (OKU Fizikal), pelajar Mastura (Saraf) dan Khairul Anwar (Dyslexia) berkongsi semangat dan cabaran mereka kepada hadirin. Ini sangat membuka mata pada hadirin yang diharapkan menjadi pemangkin memperjuangkan Fasilitasi OKU bukan sahaja di UNISEL, malah di dalam komuniti mereka. 


Sumber Foto : http://kuhanyaseorangwanita.blogspot.com/ (Blog Pelajar Psikologi Industri UNISEL)


Persediaan Program

Pengerusi MyCP Menandatangani Proster Sokongan We Care For OKU

Pengerusi MyCP

Pemangku Ketua Program ISM Psikologi Industri UNISEL
Pengarah Program & Tetamu Istimewa
Barisan Tetamu VVIP Program
Cenderahati Sumbangan MyCP


Dialog & Forum
Sesi Forum yang amat menginsafkan
Persembahan AJK bersama Tetamu Istimewa
AJK Program Bersama VVIP
Tahniah kepada semua yang menjayakan. Anda semua adalah pemangkin kepada perjuangan Fasilitasi OKU. Terima Kasih dari MyCP.

Tiada ulasan:

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...