Langkau ke kandungan utama

Hamdan@Media: Jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada OKU

dari ChangkatNingkeBTP

Pandangan saya mengenai isu disebalik Adik Firdaus yang dibiar oleh ibunya tempohari. Wawancara tersiar di Free Malaysia Today pada 2 Julai 2014. (http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/07/02/jangan-terlalu-mudah-menyalahkan-ibu-bapa-kepada-oku/)

Jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada OKU
 | July 2, 2014
Tidak mudah menjaga dan merawat anak-anak OKU kerana biaya perawatan yang sangat tinggi
firdausPETALING JAYA: Advokasi Cerebral Palsy (CP), Dr. Hamdan Datuk Mohd Salleh berkata rakyat Malaysia jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada Orang Kurang Upaya (OKU) apabila timbul kes-kes yang melibatkan golongan ini; terutama apabila mereka diterlantarkan.
Beliau menyatakan pandangannya berikutan kes baru-baru ini di mana seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui dikurung di dalam keadaan yang amat menyedihkan.
“Mengenai kes adik Firdaus ini, saya percaya ibunya juga mempunyai alasan sendiri dan mungkin juga beliau sudah berputus asa.
“Menjaga anak-anak OKU juga tidak semudah yang disangka kerana seperti kes ibu Firdaus, beliau berhadapan dengan situasi yang sukar kerana terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi,” katanya di Wacana ‘We Care For OKU’ anjuran Unisel Selangor.
Tambahnya lagi, ibu mangsa juga menghadapi kesukaran untuk menjaga adik Firdaus kerana memerlukan perhatian sepanjang masa di samping beliau juga perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya.
“Melihat senario masa ini, rakyat kita sering menyalahkan pihak ibu bapa sahaja tanpa memikirkan masalah yang mereka hadapi.
“Terdapat juga pihak yang ingin berlagak seperti hero, namun tidak langsung membantu golongan OKU kerana kurangnya tahap kesedaran dan keprihatinan terhadap golongan ini,” jelasnya.
Kata Hamdan lagi, ada juga ibu bapa yang tidak mengetahui ke mana anak OKU ini seharusnya dihantar jika mereka mempunyai masalah untuk menjaga mereka.
“Untuk menghantar anak OKU ke pusat penjagaan memerlukan kos yang tinggi, iaitu antara RM700 hingga RM1300 sebulan bagi kos penjagaan dan juga kos rawatan.
“Sememangnya kesedaran di dalam diri kita harus dipertingkatkan, terutama golongan mahasiswa di universiti. Golongan ini boleh membantu melalui aktiviti sukarelawan untuk menyedarkan rakyat di negara ini supaya sentiasa prihatin dan tidak menyalahkan pihak ibu bapa sahaja,” ujarnya.
Bulan Ramadan mengajar erti keinsafan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Yaakop Sapari yang turut hadir di wacana tersebut berkata rakyat Malaysia, seperti golongan mahasiswa di universiti perlu meningkatkan kesedaran dan keprihatinan terhadap golongan OKU.
“Jangan sesekali memandang rendah terhadap golongan OKU kerana mereka juga mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh digilap,” katanya.
Tegas beliau lagi, di bulan Ramadan ini memberi kita peluang untuk mengajar kita erti kesusahan dan keinsafan.
“Kita seharusnya sentiasa memikir bahawa ada golongan yang lebih memerlukan bantuan dan jika kita mempunyai wang yang lebih bolehlah membantu golongan ini. Mahasiswa juga boleh menyertai aktiviti sukarela yang mendekatkan diri mereka dan menyelami sendiri kehidupan golongan OKU ini agar mereka tidak terpinggir,” ujarnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...