Langkau ke kandungan utama

Ucapan Sempena Hari Cerebral Palsy Peringkat Sarawak

dari ChangkatNingkeBTP
Ucapan saya sewaktu Sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Negeri Sarawak yang dianjurkan oleh MyCP Zon Sarawak. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) , Y.Bhg. Tuan Lawrence Lai.
Ucapan Pengerusi MyCP
Sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Negeri Sarawak  2013
Serta Pelancaran Tabung MyCP Zon Sarawak
Ahad, 8 Disember 2013, Kelab Rekreasi Petroleum Lutong, Miri, Sarawak

Assalamualaikum wbt. & Selamat Pagi serta Salam Inspirasi dari kami di Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP). Yang Berbahagia Tuan Lawrence Lai, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) selaku tetamu kehormat majlis pada hari ini. Yang Berbahgia En Maring Anak Kajop, wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Yang Berusaha Puan Magdaline Puyang, selaku Wakil MyCP Zon Sarawak dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Hari Cerebral Palsy MyCP Peringkat Negeri Sarawak Yang Dihormati Saudara Christopher Alvin selaku salah antara seorang ikon OKU Sarawak, Dif-dif jemputan, pimpinan komuniti setempat, pimpinan parti politik tempatan, rakan-rakan media, , ibubapa, para sukarelawan dan anak-anak Cerebral Palsy yang diraikan sekalian. Terlebih dahulu, syabas dan setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Jawatankuasa pelaksana MyCP Zon Sarawak, para sukarelawan, para penyumbang, ibubapa dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Jasa anda semua dalam membantu demi anak-anak Cerebral Palsy sangat tinggi nilainya. Terima kasih setingginya saya ucapkan buat YBhg Datuk Bandar atas kesudian hadir ke majlis ini. Tentunya kehadiran YB adalah lambang keprihatinan Bandaraya Miri dan kerajaan negeri Sarawak terhadap fasilitasi dan kebajikan golongan yang memerlukan fasilitasi di negeri yang bertuah ini.
Hadirin, hadirat yang dihormati sekalian, Untuk pengetahuan semua, MyCP merupakan sebuah persatuan berdaftar peringkat nasional yang ditubuhkan secara rasmi pada Disember 2012. Ia dianggotai oleh semua golongan yang terdiri daripada ibubapa anak CP, golongan profesional yang mempunyai pelbagai kepakaran serta para sukarelawan. Selain itu, MyCP turut mempunyai pelbagai rangkaian kerjasama dengan NGO-NGO lain serta organisasi kerajaan dan korporat. Setakat November 2012, MyCP yang bermula sebagi kumpulan sokongan di Facebook mempunyai seramai 710 ahli di talian dan 210 ahli berdaftar. Matlamat utama MyCP ditubuhkan adalah sebagai kumpulan sokongan yang memperjuangkan secara holistik fasilitasi anak-anak CP iaitu meliputi perkongsiaan pelbagai maklumat, rawatan, rehabilitasi, latihan, hak dan inspirasi. Dalam usaha mencapai matlamatnya, MyCP menerusi Zon Sarawak menganjurkan Sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Negeri Sarawak pada hari ini atas kesinambungan Sambutan Cerebral Palsy Sedunia yang disambut buat kali kedua pada 4 September 2013. Sambuatan di peringkat kebangsaan telah disambut oleh MyCP pada 8 September 2013 di Bangi, Selangor. MyCP selaku persatuan bertaraf kebangsaan percaya bahawa sambutan Hari CP Sedunia ini adalah pemangkin ke arah matlamat utama mewujudkan satu suasana fasilitasi OKU CP yang sebenar di Malaysia. Salah satu kaedahnya adalah mewujudkan satu kempen kesedaran kepada masyarakat terhadap apa itu Cerebral Palsy. Selaras dengan itu, kami di MyCP telah melancarkan kempen kesedaran bermula pertengahan 2013 dengan tema “Kenali CP, Sayang Kami”. Pelbagai aktiviti dijalankan dan kami bersyukur kerana turut mendapat liputan media eletronik seperti TV3, TV8, TV Al-Hijrah serta rakan media cetak seperti Malay Mail, News Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia dan Borneo Post. Kami juga sangat bernasib baik kerana mendapat sokongan dari pihak-pihak seperti JKM, UKM , Politeknik Shah Alam, USM dan beberapa organisasi lain. Mereka ini membantu dari segi kepakaran, sukarelawan dan tajaan pelbagai. Namun demikian,. Hadirin Hadirat yang budiman, Usaha-usaha yang sedang dijalankan ini adalah hanya satu permulaan. Ia merupakan satu perjuangan yang panjang yang penuh liku. Namun, semangat dari anak-anak CP ini membuatkan MyCP akan terus berusaha untuk mencapai semua matlamat perjuangannya. Sudah semestinya usaha ini memerlukan sokongan dari semua pihak terutama dari segi material dan sumbangn tajaan pelbagai bentuk. Justeru itu, sokongan semua pihak baik dari sector kerajaan, swasta dan media sangat-sangat diperlukan. Atas hasrat itu jugalah Tabung MyCP Sarawak turut dilancarkan pada hari yang bertuah ini. Zon Sarawak yang diterajui oleh Puan Magdaline Puyang sedang berusaha untuk memperbanyakkan aktiviti pelbagai bentuk dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran khalayak awam tentang kepentingan fasilitasi OKU Cerebral Palsy yang holisitik. Sehubungan dengan itu, besar harapan kami agar semua pihak dapat membantu kami dalam usaha kami ini. Kami juga sangat mengalu serta memerlukan bantuan dan penglibatan berterusan dari pihak kerajaan negeri. Kami di MyCP memang sedia maklum berkenaan pelbagai program dan bantuan kebajikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Sarawak menerusi pelbagai organisasinya. Saya juga ingin mencadangkan NGO seperti MyCP ini dilibatkan sebagai salah satu “stakeholders” dalam pembuatan dasar berkaitan fasilitasi OKU. Ini kerana kami boleh berkongsi sedikit sebanyak kepakaran dan maklumat berhubung dengan dasar-dasar yang berkaiatan fasilitasi OKU. Tambahan pula, [erbelanjaan keluarga yang punya anak CP sangat tinggi dari sudut rawatan rehabilitasi, peralatan serta keperluan-keperluan asas. Di samping itu juga, saya bagi pihak MyCP turut ingin memohon penglibatan pihak kerajaan dan agensinya dalam beberapa program yang dirancang untuk Zon Sarawak seperti program dokumentari khas inspirasi CP, pelaksanaan program-program latihan, ceramah-ceramah motivasi khusus, kajian database OKU CP Sarawak, projek kerusi roda mampu milik dan banyak lagi. Bantuan kerajaan dalam pelaksanaan program-program ini sangat-sangat diperlukan. Saya percaya dengan adanya bantuan dari kerajaan negeri Sarawak yang sangat prihatin, segala usaha bersama ini pasti tercapai. Akhir kata, sekalilagi saya bagi pihak MyCP ingin menyampaikan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan berterusan semua pihak. Moga inspirasi dari anak-anak CP yang hebat ini akan terus menjadi pemangkin kepada usaha kiata melahirkan Negara Malaysia yang maju dari sudut fasilitiasi OKU yang holistik. Moga sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Zon Sarawak ini akan menjadi pemangkin kepada usaha-usaha berterusan kita semua. Sebagai penutup izinkan saya akhiri dengan serangkap pantun: SELASEH BERI BERMINYAK-MINYAK BUNGA TONGKENG TENGAH JERAME’ TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK SUDI MENOLONG MYCP KAME’ Sekian terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...