Selasa, Mei 15, 2012

MPW: Kuliah 2 Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

dari ChangkatNingkeBTP

Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah: Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan
Masyarakat
  -  Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat -   sebagai “satu kumpulan manusia” yang   berhubung   secara tetap dan tersusun dalam menjalankan   aktiviti secara kolektif dan   merasakan bahawa   mereka adalah hidup bersama. Terdapat   perhubungan terus menerus di kalangan mereka   yang masih hidup dan kekal selama berabad-  abad.
  - Satu kumpulan / kelompok manusia yang   hidup   saling   berorganisasi, berbincang,   bekerjasama dalam  mengatur kerja    secara kolektif, mampu menyatukan buah   fikiran dan tindakan sehingga terjalin   hubungan antara satu sama lain   serta lahir   satu sistem yang dinamakan sebagai   kebudayaan. 

  
Ciri-ciri utama masyarakat:
a)  berkelompok;
b)  berbudaya;
c)  mengalami perubahan;
d)  berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)
e)  mempunyai kepimpinan; dan
f)  mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas,   status dan kasta)

Konsep Etnik / Kaum

-Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.
-Konsep ‘kelompok etnik’ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.
-Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.

Konsep Suku
   -  kelompok masyarakat yg membentuk rumpun   bangsa (cth: dalam rumpun Kadazandusun   terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud,   Kimaragang, dll)


Konsep Bangsa / Nasion
  -  Mempunyai maksud yg lebih luas dan terbentuk   berasaskan gagasan ras atau etnik yg sedia ada
  -  Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun   manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama &   lebih rela bekerjasama sesama mereka,   berbanding   dengan rumpun bangsa yg lain.   Lazimnya   terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah,   budaya, sejarah & agama.
  -  Bangsa Malaysia sbg “bangsa idaman” yg kita   kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia   berteraskan hubungan etnik yg harmonis.
Konsep Masyarakat Majmuk.
Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yg tersendiri.  Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem politik yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras.
- Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah   campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi   politik pula masyarakat majmuk timbul akibat   dominasi penjajah.
-  Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan /   kelemahan azam sosial bersama (common social   will) yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui   anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi   panduan kepada tingkah laku sosial.
Konsep Kelas Sosial
-Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, segolongan individu yg mempunyai kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.
Cth:  Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua   golongan:
1.Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran.
2.Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya tenaga kerja sahaja


Konsep Institusi Sosial

Sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yg mempunyai suatu matlamat sosial yg tertentu.

  Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi   keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dll.


Konsep Jarak Sosial

Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg benar-benar wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.  Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau di antara kelompok.
-Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persefahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial di antara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persefahaman antara kedua-duanya.


Konsep Mobiliti Sosial

-Merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.  Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. 
-Dalam sistem yg lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka.  Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yg bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku.
-  Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme

Etnisiti : 
merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yg jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yg sama.
  Etnosenterisme:
-  Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain.
-Sesuatu kelompok dikatakan ‘etnosentrik’ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg lebih rendah.
-Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yg lain.
-Selagi manusia menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)

-  Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti – dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat.

Konsep Ras dan Rasisme
Ras:  Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari   segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal   tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari   generasi ke generasi cth: Mongoloid, Negroid dan   Austroloid.
Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri yg paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
-  Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan dgn sifat2 atau kebolehan moral  & intelek mereka.

Rasisme
-  Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan. 
-  Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya.
-  Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg paling unggul.
-  Rasisme wujud pd 2 tahap:
  1.  Tahap Individu – kepercayaan & sikap individu
  2.  Tahap Institusi – melibatkan dasar & pelaksanaanyg bersifat diskriminasi




Konsep Prejudis dan Stereotaip
Prejudis
-  Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yg jelas, tepat atau mencukupi.
-  Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kpd generasi yg lain. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yg terhad sama ada dlm aspek politik, ekonomi atau sosial.
-  Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip

-  merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti “semua orang X bersifat kasar” dsbnya.
-  Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yg lain. Hal ini terhasil drp pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.
Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg negatif dlm kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yg lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yg menebal.

Konsep Diskriminasi

-  Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif.
-  Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis & stereotaip dlm sesebuah masyarakat.
-  Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Konsep Perpaduan & Integrasi

Perpaduan


sbg satu proses yg menyatupadukan seluruh   masyarakat & negara supaya setiap anggota   masyarakat dapat membentuk satu identiti &   nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan   tanah air.


Integrasi
-  Satu proses penyesuaian bersama pelbagai   kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh   semua kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak   & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak   dihapuskan tetapi disuburkan.

Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan   satu proses bagi mewujudkan satu identiti   nasional dlm kalangan kumpulan yg terpisah dari   segi kebudayaan, sosial & lokasi dlm sesebuah   unit politik.
Unsur-unsur integrasi:
1.  Integrasi wilayah – mengurangkan jurang   perbezaan pembangunan ekonomi & sosial   antara wilayah
2.  Integrasi ekonomi – mengurangkan jurang   perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik
3.  Integrasi kebudayaan – pembentukan satu   kebudayaan kebangsaan
4. Integrasi sosial – usaha menyatupadukan rakyat   melalui program sosial (sukan, pendidikan,   perumahan, kesihatan dll)
5.  Integrasi pendidikan – mewujudkan sistem   pendidikan yg bercorak kebangsaan dan   sempurna dari segi intelek, rohani, emosi,   jasmani & sosial
6.  Integrasi politik – kerjasama & pembahagian   kuasa politik
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yg mudah dan integrasi ialah satu proses yg amat kompleks.

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati iaitu amalgamasi
Konsep Segregasi
-  merupakan pemisahan & pengasingan antara   satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain   dlm sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm   beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan   tempat tinggal, sistem persekolahan,   pengangkutan & kemudahan awam. Segregasi   wujud sama ada didasari oleh undang-undang   atau sebaliknya.

Konsep Akomodasi
merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
  Formula: A + B + C = A + B + C
  A, B & C merujuk kepada budaya
-  Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan.
-Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi & pendidikan & mereka saling bergantung.
-Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).
-
Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.
-Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

Konsep Asimilasi


-Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain.
-Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti
  Formula: A + B + C = A
  A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan etnik minoriti.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama.
-  Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting:
  1.  Kesanggupan golongan minoriti untuk   menghilangkan identiti mereka.
  2.  Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima   golongan lain.
  3.  Terdapat banyak persamaan budaya antara   kumpulan etnik.

-Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.




-Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.
-Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai.
-  Di Malaysia – proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba & Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Konsep Amalgamasi
-Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
-Formula: A + B + C = D.   A,B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili  kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan C.
-Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

•Kehadiran sifat-sifat Nasion itu boleh melahirkan Nasionalisme.
-Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu  keadaan fikiran yg  menyerap masuk ke dlm jiwa sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah idea yg bertenaga yg berpunca drp perasaan cintakan tempat asal, adat resam dan merupakan fahaman yg matang serta berupaya mengiktiraf kedaulatan rakyat yg melihat negara bangsa sebagai organisasi politik yg unggul & sah.
• Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya usaha atau kegiatan yg tersusun utk mewujudkan negara berdaulat.

  

Tiada ulasan:

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...