Langkau ke kandungan utama

MPW: Kuliah 4 Hubungan Etnik Pra & Pasca Merdeka

dari ChangkatNingkeBTP
Sejarah Hubungan Etnik di Malaysia
Hubungan Etnik di Era Penjajahan
Hubungan Etnik di Ambang dan Pasca Merdeka
Objektif Pengajaran
1. Membincangkan Hubungan Etnik di zaman Penjajahan
2. Membincangkan Hubungan Etnik di ambang dan pasca kemerdekaan

Hubungan Etnik di Era Penjajahan
-Sekitar abad ke 17 ( tahun-tahun 1960 an), Tanah Melayu dijajah oleh kuasa barat.
-Setiap etnik membawa haluan masing-masing
-Penjajahan Portugis dan Belanda tidak banyak mempengaruhi hubungan etnik bagaimanapun agak renggang.  Perubahan ketara semasa penjajahan British
-Pendudukan Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), Melaka (1824), campur tangan di negeri-negeri Melayu (1874) bermula perubahan ketara.
-Pengenalan dasar-dasar pembangunan ekonomi, galakan kemasukan buruh asing terutama dari China dan India mengubah komposisi kaum di TM.
-Sehingga bermula Perang Dunia Ke-2, hubungan etnik terpisah dari segi budaya, ekonomi, politik, sosial dan tempat tinggal
-Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu
DEFINISI MASYARAKAT MAJMUK
J.S FURNIVAL, 1948
Terdiri daripada berbagai kaum/etnik yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama.’
KAMARUDDIN JAAFAR,
‘Kaum bercampur tetapi kehidupan berasingan, interaksi terbatas, penuh prasangka serta ‘bersama’ tetapi tidak bersatu.’
CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK
POLITIK;
1.Setiap etnik ada stail/tingkahlaku tersendiri dalam pendirian politik.
2.Parti politik dominan berasaskan kaum; politik perkauman.
3.Parti politik berasaskan agama kerana kepercayaan yang berbeza.
EKONOMI;
1.Setiap etnik mempunyai pekerjaan berbeza.
2.Pekerjaan berbeza menyebabkan kediaman juga berbeza; lokasi, kemudahan, mutu hidup, survival dll.
3.Pemilikan ekonomi juga berbeza; mutu dan taraf hidup berbeza.
SOSIAL;
1. Interaksi lebih dalam dunia sosial masing-masing.
2. Keadaan azam sosial atau ‘social will’ yang sama.
3. Kehidupan masyarakat penuh dengan prasangka, konflik dan pertentangan; dalaman dan luaran.

Hubungan Etnik di Pra Merdeka
-Semasa Perang Dunia ke-2, terdapat 2 bentuk hubungan ;
1.Hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA)
2.Hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi terhadap etnik Cina
-Semasa PKM memerintah, hubungan etnik tegang, etnik Cina pendokong PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam.
-Kedatangan Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.
Semasa Darurat, hubungan etnik bertambah baik mewujudkan kerjasama menentang komunis

Hubungan Etnik di Ambang dan Pasca Merdeka
-Menjelang kemerdekaan, kaum bekerjasama sehingga terbentuknya Perikatan, AMCJA dengan PUTERA.
-Kerjasama erat berlaku selepas merdeka sebelum dan selepas penubuhan Malaysia.
-Ancaman luar, konfrontasi Indonesia dengan slogan “Ganyang Malaysia” mengeratkan -perpaduan kaum.
-Beberapa dasar digubal oleh kerajaan digubal bagi merapatkan hubungan etnik
Cth. Akta Hasutan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.


RUMUSAN
-Perlaksanaan pelbagai dasar oleh penjajah semasa penjajahan memberi impak terhadap hubungan etnik selepasnya. “Umpama api dalam sekam”.
-Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan di awal kemerdekaan untuk meningkatkan perpaduan.
-Walaupun wujud kerjasama di peringkat kebangsaan namun wujud konflik di peringkat tempatan, Pulau Pinang (1956) dan Pulau Pangkor (1960).
-Wujud konflik dalam masyarakat kesan penjajahan

PELUANG & HARAPAN
-Menerusi pembentukan NEGARA BANGSA


Implikasi: Kehidupan masyarakat bersatu 
padu, berkongsi pegangan & ideologi politik 
serta memiliki keyakinan 
 terhadap pemerintahan.





APAKAH YANG DIPERLUKAN BAGI MENGGALAKKAN PERPADUAN?

LATIHAN PENGUKUHAN:


1. Adakah masyarakat Malaysia pada hari ini boleh dikategorikan sebagai masyarakat majmuk ? Bincangkan.

2. Apakah pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan kaum?







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...