Langkau ke kandungan utama

MPW: Undang-Undang Malaysia

dari ChangkatNingkeBTP


Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan common law, sebagai hasil langsung penjajahan Tanah Melayu, Sarawak, dan Borneo Utara oleh Britain sejak awal 1800-an hingga 1960-an. Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia, menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia. Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan dengan seluruh negara. Terdapat juga undang-undang negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berkaitan dengan negeri berkenaan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem perundangan ini agak rumit dan pernah menimbulkan ketidaktentuan.


 Sejarah
Sebelum tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, kebanyakan undang-undang United Kingdom diimport lalu sama ada disesuaikan menjadi perundangan tempatan atau digunakan sebagai undang. Undang-undang Malaysia juga berasaskan bidang kuasa lain seperti Australia dan India. Undang-undang jenayah di Malaysia, iaitu Kanun Prosedur Jenayah, berasaskan kanun jenayah India. Begitu juha, Akta Kontrak juga berdasarkan model India. Undang-undang hartanah Malaysia pula berasaskan sistem Torrens Australia.

Perlembagaan
Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan, ialah undang-undang tertinggi seluruh negara yang menyediakan rangka perundangan untuk undang-undang, perundangan, mahkamah, dan aspek-aspek lain pentadbiran undang-undang. Perlembagaan juga mentakkrifkan kerajaan, raja, dan kuasa-kuasanya, serta hak-hak rakyat.

Sistem kehakiman berganda
Sistem berganda perundangan ini ditetapkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Malaysia. Artikel 3 juga menetapkan bahawa undang-undang Islam adalah hal-hal undang-undang negeri kecuali di Wilayah Persekutuan Malaysia.Undang-undang Islam ini memaksudkan undang-undang syariah. Mahkamah yang berkenaan bergelar Mahkamah Syariah.
Memandang keseluruhan sistem perundangan Malaysia, undang-undang Syariah agak sedikit peranannyadalam menentukan undang-undang negara. Pertama sekali, undang-undang syariah hanya berkaitan dengan umat Islam. Berhubung dengan undang-undang sivil, mahkamah Syariah memegang bidang kuasa dalam hal-hal undang-undang peribadi, seperti pernikahan, pewarisan, dan murtad. Di sesetengah negeri, terdapat juga undang-undang jenayah syariah, contohnya, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993. Bagaimanapun, bidang kuasanya terhad kepada mengenakan denda tidak lebih RM 3000, dan penjara tidak melebihi 6 bulan.Pada bulan Ogos 2007, Ketua Hakim Malaysia ketika itu mengusul agar hukum adat di Malaysia diganti undang-undang syariah.

Kerumitan
Timbulnya kerumitan berhubung dengan sistem kehakiman berganda ini. Contohnya, dalam konteks kebebasan beragama. Perkara 11 Perlembagaan menentukan bahawa "setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya". Namun, dalam kes Lina Joy, seorang Melayu yang memeluk agama Kristian, Mahkamah Persekutuan Malaysia enggan membenarkan beliau bertukar agama seperti yang ditetapkan dalam kad identiti (MyKad). Para hakim juga menetapkan bahawa mereka tiada bidang kuasa dalam hal ini, sebaliknya adalah hal Mahkamah Syariah seperti yang ditetapkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan.
Undang-undang persekutuan dan negeri
Undang-undang persekutuan digubal oleh penggubal (ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negara) yang bersidang di Parlimen Malaysia dan berkaitan dengan seluruh negara. Undang-undang negeri digubal oleh ahli dewan yang bersidang di Dewan Undangan Negeri dan hanya berkaitan dengan negeri berkenaan. Perkara 75 Perlembagaan menyatakan bahawa undang-undang persekutuan mengatasi mana-mana undang-undang negeri yang bercanggahan, termasuk undang-undang syariah.

Malaysia Timur
Negeri-negeri Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963, dan terdapat undang-undang khas yang hanya tertakluk pada kedua-dua negeri ini. Satu perkara penting berhubungan ini ialah undang-undang imigresen. Perkara perhubungan lain yang khusus kepada kedua-dua negeri ini ialah kanun tanah. Secara amnya, hal tanah dan pengurusan sumber alam ialah hal undang-undang persekutuan. Bagaimanapun, terdapat peruntukan khas dalam Perlembagaan yang membenarkan negeri-negeri Sabah dan Sarawak mendirikan perundangan yang berbeza. Contohnya, di semenanjung, Kanun Tanah Negara mentadbir kebanyakan undang-undang berkenaan tanah. Di Sabah, perundangan utamanya ialah Ordinan Tanah Sabah; manakala di Sarawak, Kanun Tanah Sarawak.

Common law
Undang-undang Malaysia boleh dibahagi kepada dua jenis undang-undang—undang-undang bertulis dan adat kebiasaan. Adat kebiasaan ialah undang-undang yang digubal dalam perlembagaan atau dalam perundangan. Adat kebiasaan adalah undang-undang yang tidak terkandung dalam mana-mana statut serta boleh didapati dalam keputusan kes. Ini dikenali sebagai common law atau undang case law. Dalam situasi-situasi di mana tiada undang-undang yang menentukan keadaan tertentu, maka undang Malaysia boleh digunakan. Jika tiada undang Malaysia, maka digunakan undang Inggeris. Ada juga kes-kes Australia, India, dan Singapura yang digunakan sebagai kuasa yang meyakinkan.
Gunaan undang-undang Inggeris atau common law ditentukan dalam statut-statut ini. Seksyen 5 Kanun Prosedur Jenayah menyatakan bahawa undang-undang Inggeris boleh digunakan dalam kes-kes di mana tiada perundangan tertentu yang digubal. Begitu juga, dalam konteks undang-undang sivil, Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil membenarkan penggunaan common law Inggeris, peraturan-peraturan ekuiti, dan statut-statut dalam kes-kes sivil Malaysia yang mana tiada undang-undang tertentu pernah digubal. Pada tahun 2007, Ahmad Fairuz Abdul Halim, Ketua Hakim Malaysia ketika itu, mempersoal perlunya mengambil jalan keluar dengan common law Inggeris padahal Malaysia sudah setengah abad merdeka dan mencadangkan agar undang-undang tersebut diganti oleh perundangan Islam atau syariah. Namun begitu, Majlis Peguam Malaysia membalas dengan menyatakan bahawa common law adalah sebahagian sistem perundangan Malaysia dan tiadanya asas untuk menggantikannya. Rayuan mahkamah ke Majlis Rahsia di England telah dimansuhkan pada tahun 1985.

Prinsip stare decisis juga dikenakan dalam undang-undang Malaysia. Ini bermakna mana-mana keputusan oleh mahkamah yang lebih tinggi dalam hierarki akan mengikat mahkamah lebih rendah.

Hukum adat
Satu lagi sumber adat kebiasaan adalah undang-undang adat. Kebanyakan kelompok etnik di Malaysia mempunyai undang-undang adat sendiri untuk diikuti. Ada yang masih berkuatkuasa, sementara ada yang kehilangan kuasa setelah diatasi perundangan Parlimen. Kaum Melayu di Semenanjung patuh kepada Adat yang berurusan terutamanya dengan tempoh pegangan tanah dan pewarisan. Dua bentuk utama adat ini ialah Adat Perpatih dan Adat Temenggong. Adat Perpatih bersifat nasab ibu sementara Adat Temenggong pula nasab bapa.
Di Malaysia Timur terdapat juga undang-undang adat yang masih berkuatkuasa. Undang-undang ini digunakan terutamanya di kawasan luar bandar, dan dikuatkuasa oleh Mahkamah Asli. Di Sabah, suatu bentuk hukuman ganjil yang boleh dikenakan Mahkamah Asli ialah sogit, iaitu sebentuk ganti rugi yang mana pesalah diarah membayar dalam bentuk ternakan atau tanaman. Mahkamah Asli ditabdbirkan oleh Enakmen Mahkamah Asli, dan keputusan mahkamah ini boleh dirayu di mahkamah-mahkamah utama Malaysia. Di Peninsular, Mahkamah Penghulu juga serupa peranannya. Terdapat juga undang-undang adat Cina dan Hindu terutaman berkenaan hal undang-undang keluarga. Namun begitu, berikutan satu enakmen pada tahun 1976 undang-undang ini sudah hilang kuasanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

Jürgen Klopp and Germany: The Leader Who Makes People Believe Again

A Reflection by Dr Dan.  German football has entered a new and exciting chapter. On 24 July 2026, Jürgen Klopp was officially presented as the new head coach of the German national team. He signed a four-year contract and will officially begin his duties on 15 August 2026. His mission will take Germany towards Euro 2028 and the 2030 FIFA World Cup.  For Germany, this appointment is more than a change of coach. It is an attempt to restore confidence, identity and pride. Klopp is not only a football manager. He is a leader who understands people. He knows how to enter a difficult situation, rebuild confidence and make everyone believe that improvement is possible. As a Liverpool supporter, I have always admired Klopp not only because of the trophies he won. I admire him because of the way he made people feel. He made football meaningful again. From an Ordinary Player to an Extraordinary Leader Klopp did not begin his journey as a famous football star. He spent most of his playin...