Catatan Dr Dan. Seorang introvert yang punya impian besar. Ahli akademik dan penyelidik yang membawa isu #MengupayaOKU. Sembang berkaitan akademik, OKU, bola, kisah inspirasi dan tentunya Liverpool.
Khamis, Januari 07, 2010
Siar Artikel Tentang Beng Hock dibunuh, Editor Suara Keadilan dipanggil polis
(Gambar: Dzulkarnain aka DT (tengah) bersama peguamnya selepas memberikan keterangan kepada polis di IPD Shah Alam)
Rakan baik Mendan, Dzulkarnain Taib atau DT telah dipanggil untuk siasatan oleh pihak POLIS berhubung dengan artikel beliau di dalam SK berkenaan kes Beng Hock dan laporan Dr. Pornthip.
Sebagai wartawan, harap DT dapat teruskan perjuangan kerana sudak memang menjadi tugas wartawan untuk memaklumkan kepada pembaca berkenaan apa-apa berita walaupun mungkin tidak sedap didengar oleh mereka yang terlibat.
Sebagai wartwan yang penuh pengalaman sejak di NST, Malay Mail, Business Times dsb, DT tidak perlu risau dengan cabaran ini demi untuk memartabatkan profesion kewartawanan.
SHAH ALAM, 6 Jan: Akibat melaporkan 'Pornthip sahkan Beck Hock dibunuh', Pengarang bagi akhbar Suara Keadilan (SK) Dzulkarnain Taib petang tadi disoalsiasat oleh polis di IPD Shah Alam.
Beliau yang ditemui kemudian, mengaku tidak bersalah ketika ditanya wartawan berhubung penulisannya itu.
Ekoran siasatan polis, beliau turut menjelaskan bahawa tulisannya itu tidak memberi sebarang kesulitan kepadanya.
Tambahnya lagi, tanggungjawab melaporkan berita sensitif berkaitan mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di depan Plaza Masalan yang menempatkan pejabat SPR merupakan tugasan asas wartawan demi kepentingan awam.
"Saya hanya buat kerja saya sebagai wartawan," jelas beliau menjawab soalan wartawan.
"Peranan media tidak boleh dipisahkan dari membincangkan apa-apa isu demi kepentingan awam secara umumnya."
Beliau juga enggan mengulas lanjut tentang artikel tersebut, kerana bimbang mengganggu siasatan polis.
"Seperti mana yang saudara bacalah, saya tidak mahu komen lanjut sebelum ini," jelasnya.
Bercakap pada sidang media yang sama, peguam bagi Dzulkarnain, Sanjit Singh berkata:
"Dia (Dzulkarnain) adalah seorang wartawan, dia menulis artikel (berita), ada satu laporan polis (berkaitannya) dan polis mengambil kenyataan (siasatan), itu semua prosedur biasa siasatan," jelas.
Beliau turut menegaskan bahawa tulisan anak guamannya tidak bermotifkan prasangka.
"Kalau kami (tulisan Dzulkarnain), tidaklah prasangka," jelasnya.
Tambahnya lagi, Pegawai Penyiasat (IO) yang menyiasat anak guamnya turut tidak menjelaskan motif siasatan sebenar.
"Kami pun tak tahu (dan) tidak diberitahu bahawa siasatan ini untuk apa," jelasnya.
Jumaat lalu, dua pegawai SPRM dilaporkan membuat aduan berhubung artikel Dzulkarnain yang dianggap berunsur subjudis.
Aduan tersebut merupakan pengalaman pertama bagi Dzulkarnain, sejak beliau bergiat sebagai wartawan SK.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Advocating for People with Disabilities (PWD) in Islam
dari ChangkatNingkeBTP This article explores the Islamic perspective on advocating for people with disabilities (PWD), highlighting the ...
-
dari ChangkatNingkeBTP Sumber: http://haziqinthehouse.blogspot.com/2010/11/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-di.html Setiap keluarga memp...
-
dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti lazimnya dalam sebu...
-
dari ChangkatNingkeBTP BADAN KEHAKIMAN PENGENALAN Undang-undang merupakan pengaruh yang paling menyerap dalam kehidupan kita, melibatkan dal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan