Langkau ke kandungan utama

Selangor pusat pertarungan PRU 13

dari ChangkatNingkeBTP
Harakahdaily   
Sekiranya ada satu perkara terbesar yang mampu memberi kesan dramatik kepada Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka ramai pada suku pertama tahun depan, isu itu ialah negeri Selangor.
Kaitan beberapa peristiwa kebelakangan ini menunjukkan hal ini, seperti demonstrasi kumpulan Umno dan penyokongnya di Istana Kayangan, di Shah Alam, Selangor Jumaat lalu, dakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan pelbagai isu dimainkan untuk memburukkan kerajaan Pakatan di Selangor.


Satu perkembangan terbaharu ialah usaha mengalihkan isu kenaikan harga minyak dan gula kepada dakwaan terhadap Khir, yang secara efektifnya ialah mengalih tumpuan daripada satu isu yang tidak menyenangkan kepada satu harapan.
Ramai yang melihat dakwaan ke atas Khir sebagai satu perkembangan positif, apabila akhirnya pemimpin yang dilihat paling korup di Selangor di bawa ke muka pengadilan.
Walau bagaimanapun, tidak kurang juga yang membaca permainan drama politik untuk membersihkan imej Umno daripada bagasi masalah pemerintahan sebelum pilihan raya 2008.
Khir dikaitkan dengan pemerintahan Umno yang korup, dan dakwaan ke atas beliau boleh memainkan sentimen Umno mahu membuka lembaran baharu.
Kerajaan PR pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berdepan serangan demi serangan daripada Umno dan penyokong-penyokong mereka, sebagai satu usaha yang dilihat sebagai mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan Pakatan.
Pada masa sama, Umno dijangka menurunkan ramai muka baharu untuk pilihan raya akan datang, untuk memperlihatkan bahawa mereka bersedia berubah dan memisahkan diri daripada persepsi negatif kerajaan negeri dikuasai Umno sebelum ini.
Untuk mewujudkan wajah prihatin, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), mewujudkan Tabung Budi yang didakwa untuk membantu mereka yang tidak mampu walaupun pada masa yang sama menaikkan caj air.
Pada masa yang sama, kerajaan negeri dipersalahkan atas masalah yang didakwa berlaku di negeri itu, sehingga mendorong kerajaan negeri menuntut hak pengurusan air diberikan kepada negeri.
Tidak ada negeri Pakatan lain yang lebih banyak menyaksikan kemunculan kumpulan-kumpulan antikerajaan negeri, yang aktif dan agresif menjaja dan memperbesarkan pelbagai isu secara terpilih untuk menyerang kerajaan negeri.
Sebagai negeri tumpuan pelabur luar dan pusat aktiviti rakyat paling rancak di negara kita, menjadikan Umno terasa kehilangan yang sangat besar apabila tewas pada 2008.
Segala yang dilaksanakan oleh Umno terutamanya sejak beberapa bulan lalu ialah usaha untuk menawan kembali negeri Selangor, dan ini menuntut tindakan yang bijak daripada pihak Pakatan.
Selain isu-isu di atas, pengunduran Datuk Seri Samy Vellu yang telah memimpin MIC selama 31 tahun juga menyumbang kepada usaha pembersihan imej itu.
Imej Samy terikat kuat dengan imej politik lama, diktator, dan pelbagai persepsi negatif lain. Pengunduran beliau boleh dimanipulasi Barisan Nasional sebagai satu perubahan positif, lebih-lebih lagi apabila perubahan berlaku sekitar masa yang sama konvensyen BN.
BN kini menyerahkan misi mengumpul sokongan kaum India kepada presiden baharu MIC, Datuk G Palanivel.
Selangor mempunyai pengundi Inda yang besar, dan terdedah kepada permainan politik arus perdana hasil daripada kedudukan negeri ini di tengah-tengah pentas politik nasional.
Pada masa ini juga, kes PKFZ menjadi tumpuan sekali lagi, isu yang boleh mewujudkan persepsi keseriusan BN memerangi korupsi dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya.
Pakatan bakal berkonvensyen buat kali kedua hujung minggu hadapan. Dalam keadaan yang semakin memerlukan kesatuan dan kerjasama sesama parti Pakatan, konvensyen itu nanti wajar memberi tumpuan khusus kepada menangani kempen-kempen Umno dan BN itu.
Media setiap parti dalam Pakatan perlu bergerak dengan lebih tersusun dan berkesan untuk menyekat dan mematahkan ofensif media BN yang semakin bercambah.
Selepas lebih dua tahun tertubuh, Pakatan perlu mencapai persetujuan yang lebih konkrit tetapi realistik untuk memperkemaskan jentera dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...