Ahad, April 17, 2011

Sedikit Komen PRN Sarawak ke-10 2011

dari ChangkatNingkeBTP

Setelah hampir sebulan tidak dapat kemaskini blok Dunia Mendan dek kerana kekangan tugas dan PRN Sarawak, disertakan beberapa statistik ringkas yang dikemaskini dari Saudara Ibrahim Harun.

Seperti dijangka, BN memenangi lebih dari 2/3 kerusi DUN Sarawak. Saya sendiri meramalkan Pakatan Rakyat serta parti-parti Oposisi yang lain akan menang sekitar 15 kerusi DUN. Ini sebenarnya mengambil kira pelbagai aspek luaran dan dalaman sewaktu PRN Sarawak 2011. 
Keseluruhan Keputusan Secara Ringkas :

BN                  55 Kerusi (372379)
KEADILAN         3  Kerusi  (117100)
DAP                12  Kerusi (134847)
PAS                 0  Kerusi   (9719)
SNAP               0  (15663)
PCM                 0  (2895)
Bebas              1  (20064)

BN memperolehi 372379 undi manakala parti-parti Oposisi memperolehi 3000288. Ini bermakna BN hanya mendapat 56 % undi manakala Oposisi memperolehi 44 %. Ini satu jumlah yang mengejutkan jika diambil kira keadaan kewangan, logistik, media yang nyata amat mencabar kepada Oposisi.

Walaubagaimanapun 44 % undi popular buat Oposisi itu hanya diterjemahkan kepada 21.4 % kerus DUN (16 kerusi). Penggunaan sistem pilihanraya berasaskan First-Past-The-Post ternyata tidak menggambarkan sokongan secara keseluruhannya kerana jika kita menggunakan kadah pilihanraya secara Propositional Representative, Oposisi akan memperoleh 31 kerusi DUN.

Raikanlah demokrasi. Tahniah bagi yang menang, jangan lupa janji yang ditabur dan amanah yang bakal dipikul. Ingatlah Hadith Rasullullah yang mafhumnya "Tidak akan merasa bau syurga seseorang pemimpin yang ketika matinya dalam keadaan menipu mereka yang dipimpinnya". Jawatan sebagai ADUN bukan satu nikmat, tetapi satu amanah yang amat berat.

Tiada ulasan:

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...