Langkau ke kandungan utama

Manifesto PR 2013 Dari Sudutpandang Fasilitasi OKU

dari ChangkatNingkeBTP

Kali ini saya menulis bukan sebagai ahli akademik yang mengkhusus di dalam bidang sains politik. Bukan juga sebagai saintis politik. Jauh sekali sebagai pengamal politik. Nukilan ini dihasilan atas kapasiti sebagai seorang bapa yang punya anak OKU dan sebagai penyokong Fasilitasi OKU.

Pada hari Isnin lepas saya berkesempatan menelaah Manifesto PR untuk PRU ke-13. Cukup teliti dan ia cuba merangkumi aspek-aspek kehidupan rakyat Malaysia. Muka hadapannya juga hebat. Isinya juga boleh dikatakan menawarkan solusi-solusi untuk menunjukkan PR bersedia untuk menjadi kerajaan. Itu satu persepsi awal. 

Namun, bila saya amati dan kaji berpaksikan perjuangan kami yang berteraskan advokasi OKU, ternyata agak mengecewakan manifesto ini. Mengapa? Langsung tiada fokus khusus berkenaan fasilitasi OKU. Bukan itu sahaja, muka hadapannya ada 41 logo, tiada satupun logo OKU disertakan. Tidak penting barangkali dari kacamata pimpinan PR. Tambah mengecewakan, tiada apa pun janji untuk OKU disertakan. Hanya ada kebajikan secara umum sahaja. 

Maka, saya ambil keputusan untuk meluahkan rasa tidak puas hati ini di media sosial terutama FB & Twitter. Nyata ramai juga yang punya pandangan yang sama. Paling mengesankan adalah posting seorang sahabat OKU saya "PR sudah hilang senjata sulitnya, Doa OKU". Saya amat faham rintihan beliau. Saya sendiri punya anak OKU. Bersama rakan-rakan lain terutama ibubapa yang punya dianugerah anak OKU acapkali membawa isu ini. Malah OKU Bangkit 2012 yang diilhamkan oleh peguam OKU penglihatan dari PAS sudah cukup hebat aktivitinya. Malangnya, pemimpin ramai yang tidak sudi mendengar. Tidak penting agaknya dari sudutpandang politikus.
OKU ini istimewa di sisi ALLAH. OKU dan anak-anak bekeperluan khas ini satu anugerah ALLAH dan mereka ini membawa rahmat kepada kita. Tuan Guru Dato' Nik Aziz sendiri pernah menyatakan bahawa antara sebab ALLAH tidak atau lambatkan penurunan bala' adalah kerana adanya warga OKU. Lebih hebat lagi Rasulullah sendiri pernah ditegur oleh ALLAH hingga turun Surah Abasa (1-9) akibat baginda terlepas pandang sahabat baginda bernama Abdullah (juga sepupu Saidatina Khadijah isteri Rasul) yang buta. Semenjak teguran ALLAH itu, Rasullullah setiap kali berjumpa dengan Abdullah pasti menyatakan  "Inilah Abdullah, sepupu isteriku dan kerana dialah aku ditegur oleh ALLAH". 
Kembali ke keluhan saya di laman sosial. Ada respon pemimpin politik yang minta saya rujuk kepada Dokumen Belanjawan PR 2013 untuk melihat apa yang PR janjikan. Itu telah saya telaah dan cuba hadham. Di dalamnya menyatakan janji untuk menaikkan elau kebajikan. Itu bersifat umum walaupun ada diwawarkan bahawa golongan OKU akan memperolehinya. Cuma yang benar-benar fokus tentang fasilitasi OKU adalah pengangkutan awam percuma. Turut disebut, ia melibatkan peruntukkan sekitar Rm20 juta. Sebagai tambahan, Buku Jingga juga telah lama saya cuba fahami.Namun,  tiada apa yang istimewanya untuk golongan yang istimewa ini melainkan elaun dan diskaun pengangkutan awam sahaja. 
Sebenarnya di Malaysia terdapat sekitar 400,000 juta OKU berdaftar. Menurut UN pula terdapat sekurang-kurangnya 15% dari total populasi negara merupakan dari kalangan OKU.Ini tentunya menaikkan jumlah OKU kepada 4.35 juta.  Jika diambilkira ibubapa & penjaga mereka serta komuniti sekeliling mereka pasti jumlahnya cukup tinggi. Harus diingat ibubapa dan penjaga serta komuniti ini juga pengundi. Mereka memerhati dan mereka pasti menghakimi. mereka juga menilai apakah yang bakal dijanji oleh parti-parti politik yang akan bertanding di PRU ke-13 nanti. 
Golongan OKU bukanlah minta dikasihani. Mereka hanya perlukan Fasilitasi. 
Dunia sendiri telah menyaksikan tokoh-tokoh yang mencorak dunia abad ke-20 & 21 adalah mereka yang dikategorikan sebagai OKU. Mereka ini berjaya kerana difasilitasi dengan cukup holistik. Tokoh-tokoh Barat seperti Helen Keller, Temple Grandin, Albert Einstein, Thomas Edison,Walt Disney, Alexander Graham Bell dan ramai lagi merupakan tokoh-tokoh ulung peradaban abad ke-20 yang sebenarnya bekerluan khas. Artis seperti Tom Cruise, Julia Roberts, Michael Bolton dan Robin Williams adalah antara artis poplular yang kelainan upaya namun tetap sukses. Tonton sahaja cerita The King's Speech, kisah benar Raja England yang difasilitasikan oleh ahli terapi beliau.Mereka semua ini OKU yang telah difasilitasikan. hasilnya, mereka menjadi lebih hebat dari manusia normal. 
Sebenarnya jika politikus sudi mendengar, banyak sekali kumpulan yang memperjuangkan OKU termasuk ibubapa yang punya anak-anak bekeperluan khas telah diwujudkan untuk berkongsi inspirasi, ilham, idea dan kekuatan. Umpamanhya seperti OKU Bangkit 2012 itu. Terdapat juga grup yang penuh informasi seperti Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP), Super Moms Super Dads dan Helping Hands. Itu hanya tiga. Blog-blog pun cukup banyak. Cuma mungkin para politikus tidak sudi mendengar. Mungkin juga mereka tidak merasa apa yang warga OKU dan keluarga mereka alami dan perlukan. Idea-idea yang pernah dibangkitkan sejak 5 tahun ini bukannya sedikit, tapi nampaknya PR paling sukar untuk mendengarnya. Nampaknya, ketidaksudian untuk mendengar dan memahami itu nampaknya telah diterjemah menerusi Buku Jingga, Belanjawan PR 2013 dan terkini Manifesto Pakatan Harapan Rakyat.

Maaflah jika isu ini tidak besar. 

"Ke Arah Mengakar Fasilitasi OKU"

Wallahua'lam.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...