Sabtu, Jun 27, 2015

Pembangkang jangan hanya tahu kritik sahaja - Sinar Harian

dari ChangkatNingkeBTP
 Isu Pembangkang
SHAH ALAM – Pembangkang yang baik akan mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu dan bukannya hanya memperbesarkan isu yang diperkatakan.

Demikian menurut Ketua Program PhD Institut Kajian Sosial Unisel, Dr Hamdan Mohd Salleh yang menyifatkan pembangkang di negara ini sepatutnya sudah menginjak ke tahap baharu di mana mereka dapat mencari solusi dalam sesuatu perkara.


“Kita boleh mengkritik, tetapi bagaimana pula dengan pelaksanaan yang dilakukan oleh sesebuah parti jika benar-benar ingin memerintah?

“… memang mengkritik lebih mudah sebenarnya, tetapi kita sudah mencapai satu tahap di mana pembangkang bukan sahaja hanya mengkritik tetapi perlu mencari penyelesaian. Ia merupakan salah satu elemen pembangkang yang baik,” katanya menerusi ucapannya dalam  Siri Dialog Darul Ehsan 1/2015 "PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Negara" di sini, hari ini.

Katanya lagi, rakyat juga kini semakin bijak menilai setiap gerak geri dan langkah pihak pembangkang.

“Pembangkang sepatutnya memanfaatkan negeri yang dikuasai mereka dengan memaju dan membangunkan kesejahteraan kehidupan rakyat di bawah pemerintahan mereka.

“Kedua-dua (pembangkang dan BN) sudah mempunyai kerajaan masing-masing dan rakyat sekarang sudah semakin bijak menilai dan menganalisis segala gerak kerja yang dilakukan oleh kedua belah pihak,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Ringkasan Perkongsian -Siri Forum Demokrasi: MEMERANGI BUDAYA TAKUT DALAM PRU 14

dari ChangkatNingkeBTP Berikut merupakan ringkasan pandangan saya pada forum berkenaan yang diadakan pada 1 Mac 2018 di Institut Darul Ehs...