dari ChangkatNingkeBTP
Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 12, 2019 10:38 MYT
PRK Rantau akan menjadi platform untuk Pakatan Harapan menguji sokongan pengundi bukan Melayu di kawasan campuran.
KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri Rantau boleh dianggap sebagai kubu kuat bagi Barisan Nasional, namun Pakatan Harapan masih mempunyai harapan untuk mencipta kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau pada 13 April ini.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UNISEL, Profesor Madya Dr Hamdan Md Salleh terdapat beberapa faktor utama bagi PH untuk mengecap kemenangan di situ.
Keputusan kerusi Parlimen di Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang memihak kepada PH merupakan faktor utama yang mampu menjadi ukuran bagi PH merampas kerusi DUN.
Dr Hamdan ketika ditemu bual dalam program 'Komen Pagi' pada Selasa antara lain menggariskan faktor Pas yang tidak mempunyai sokongan kuat di kawasan ini.
Tambahnya, PRK Rantau ini juga akan menjadi platform PH menguji sokongan pengundi bukan Melayu di kawasan campuran.
Walaupun isu Melayu Islam dijangka mendapat perhatian yang dominan dalam pilihan raya kecil ini, Dr Hamdan berpendapat yang PH seharusnya bijak memberikan fokus dalam isu lokal, serta prestasi Menteri Besar dalam menguruskan persepsi rakyat.
Beliau berkata demikian dalam program 'Komen Pagi' pada Selasa.
PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lalu menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau, terbatal dan tidak sah.
Pada 29 November tahun lalu, Mohamad memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Calon PKR bagi DUN Rantau pada PRU14, Dr S Streram merangkap Naib Ketua PKR Cabang Rembau, memfailkan petisyen pada 23 Mei tahun lalu untuk membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad memenangi kerusi DUN Rantau.
PKR pada Isnin telah menamakan Dr Streram sekali lagi sebagai calon bagi PRK Rantau yang akan diadakan pada Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau.
Catatan Dr Dan. Seorang introvert yang punya impian besar. Ahli akademik dan penyelidik yang membawa isu #MengupayaOKU. Sembang berkaitan akademik, OKU, bola, kisah inspirasi dan tentunya Liverpool.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Advocating for People with Disabilities (PWD) in Islam
dari ChangkatNingkeBTP This article explores the Islamic perspective on advocating for people with disabilities (PWD), highlighting the ...
-
dari ChangkatNingkeBTP Sumber: http://haziqinthehouse.blogspot.com/2010/11/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-di.html Setiap keluarga memp...
-
dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti lazimnya dalam sebu...
-
dari ChangkatNingkeBTP BADAN KEHAKIMAN PENGENALAN Undang-undang merupakan pengaruh yang paling menyerap dalam kehidupan kita, melibatkan dal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan