Selasa, Mei 21, 2019

LIverpool 2019 ...YNWA Era Klopp Fasa 1

dari ChangkatNingkeBTP

1. Saat artikel ini ditulis, Liverpool FC (LFC) telahpun menamatkan kejuaraan Liga Inggeris di tangga ke-2 di belakang Man City dengan beza 1 mata sahaja. Jumlah mata 97 yang dikumpul menerusi 30 kemenangan dengan hanya satu kekalahan dan tujuh seri merupakan pencapaian terbaik mana-mana naib juara EPL. Bukan itu sahaja, Mohamad Salah & Sadio Mane turut dianugerahkan kasut emas dengan mencetak 21 gol bersama Aubameyang dari Arsenal. Allison Becker turut di puncal carta penjaga gol terbaik dan tentunya Virgil Van Dijk dianugerah PFA. Selain itu Trent Alexander Arnold serta Andrew Robertson mengungguli carta assist Liga dengan 13 dan 11 asssist.


2. Secara peribadi, tentunya penantian 30 tahun nampaknya berterusan. near misses seperti seolah ulangan era Rafa Benitez dan kemudiannya Brendan Rodgers. Tentunya kecewa namun Liverpool ternyata seperti kata-kata keramat YNWA pasti akan bangkit. Pencapaian LFC kali ini dihormati kawan dan lawan. Dengan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Spurs di Madrid menanti pada 1 Jun 2019 ini, masih ada ruang untuk meraikan kejayaan musim ini. 

3. Secara positifnya revolusi GEGENPRESSING yang dibawa oleh Jurgen Klopp sejak menerajui pasukan ini pada 2015 mula menampakkan hasil. Ia satu peningkatan besar walaupun sememangnya Liga adalah impian. Musim sebelum ketibaan Klopp, Liverpool berada di tangga ke-8, sebelum itu di tangga ke-6 apabila Klopp menggantikan Brendan Rodger di pertengahan musim. Klopp juga berjaya membawa Liverpool ke Final Piala Europa dan tewas 1-3 kepada Sevilla. Kelemahan ketara LFC musim ini adalah masalah mencetak jaringan (hanya 50 dalam Liga berbanding 101 gol musim sebelum) serta pertahanan yang kekal bolos (48 pada musim berkenaan dan 50 musim sebelum itu).

4.  Musim 2016/17 menyaksikan Filosofi Klopp mula terserlah apabila melakukan perubahan asas kepada barisan pemain waktu itu, Klopp telah menjual 4 pemain utama iaitu Ibe, Allen, Benteke dan Luis Alberto. Bagi membawa taktik Gegenpressing yang menekankan taktik 4-3-3, Klopp membawa masuk Mane, Grujic Matip, Karius, Klavan dan Wijnaldun. Musim penuh pertama Klopp berjaya membawa Liverpool ke tangga ke-4 dan sekaligus layak ke Liga Juara. Lioga juga menampakkan peningkatan apabila mencetak 78 jaringan dan sedikit isu pertahanan dapat diselesaikan apabila gol bolos berkurangan kepada 42. 

5. Musim berikutnya menyaksikan Klopp meneruskan usaha membentuk pasukan idamannya. Klopp menjual Wisdom, Sakho dan Stewart. Paling menarik musim berkenaan apabila Klopp membeli antara lain dua bintang yang bakal memberi impak besar iaitu Mohamad Salah dan Andy Robertson. Selain itu Solanke dan Oxlade-Chamberlain turut dibawa masuk. Penjualan Januari menyaksikan satu lagi tindakan besar iaitu pembelian Van Dijk bagi mengukuhkan pertahanan dan menjual Coutinho kepada Barcelona. Hasilnya Musim 2017/18 Liverpool kekal di tangga ke-4 dan layak ke akhir Piala Juara-Juara.  namun muncul bintang baru Mohamed Salah dan Van Dijk. Klopp menukar peranan Salah dari posisi pemain sayap kepada pemain forward. Kudos buat Fenway pemilik LFC yang bersabar dan cukup faham dengan perubahan yang memakan masa yang cuba dibawa oleh Klopp. Asas yang digunakan oleh Klopp adalah mengukuhkan semua posisi tentunya memberi impak besar kali ini. Namun ia dibina berpaksikan gabungan pemain dari pelbagai latarbekang dan bukan hanya bergantung kepada pembelian segera berharga mahal. Impak besar turut dilihat dalam mengukuhkan pertahanan. 

6. Musim 2018/19 bermula dengan munculnya Allison, Keita, Fabinho, Shaqiri dan bintang-bintang tenmpatan bagi mengukuhkan lagi pasukan ini. Kemasukkan mereka ternyata memberi kesan cukup besar kepada perancangan Klopp. Hasilnya cukup ketara apabila LFC mendapat pengumpulan mata tertinggi walaupun ditangga ke-2 liga serta layak ke akhir sekali lagi untuk Liga Juara-Juara. Pasukan ini cukup mantap bukan sahaja dari sudut taktikal, tapi mantap juga dari sudut psikologi. Ini jelas apabila LFC berjaya menumbangkan gergasi Eropah Bayern Munich & Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara.

4. Jika dilihat usaha mengukuhkan LFC, ternyata kesan positif sudah mula diperolehi. Gabungan bintang sedia ada seperti Henderson, Firmino, Milner, Matip, Mignolet, Lovren, Llalana, Sturridge, Oxlade-Chamberlain dan tentunya Mane diperkukuhkan dengan pembelian bintang seperti Salah, Allisson, Keita, Fabinho dan tentunya Van Dijk. Skuad ini diperkuat pula dengan pemain yang dibeli dari kelab pertengahan atau yang diturunkan ke liga ke-2 iaitu Robertson, Wijnaldum serta Shaqiri yang akhirnya menjadi nadi kepada pasukan. Paling menarik LFC turut memberi ruang seluasnya kepada pemain muda/tempatan seperti Alexander-Arnold, Gomez, Origi, Brewster, Woodburn, Kelleher dan yang lain. Strategi ini nyata mengukuhkan pasukan secara total. Namun untuk musim depan, sangat perlu LFC mengukuhkan barisan Attacking Midfielder yang ternyata perlu suntikan tambahan. Posisi ini lah sebenarnya membezakan LFC dan Man City yang punya sekurangnya 4 pemain hebat di posisi ini.

5. Tahun 2015-2019 merupakan detik fasa pertama pengukuhan Revolusi Klopp ini. Setelah tewas di dua final (Europa & Piala Liga) serta Naib Juara Liga kali ini, sudah sampai detik dan ketikanya LFC mula menuai piala. Piala Liga Juara 2019 pasti akan menjadi manifestasi bermulanya era kedua iaitu era kecemerlangan LFC untuk memasuki musim baru 2019/20. Musim depan LFC akan memulakan musim dengan perlawanan Charity Shield menentang Man City. Tentunya fokus perlu diberi juga kepada Piala FA atau Piala Liga terutama memberi ruang seluasnya kepada pemain-pemain lapisan kedua untuk menyerlah. 

6. Harapan besar tentunya bagi merampas takhta liga. Bukan satu yang mudah namun atas semangat yang disuntik oleh Fenway Group, Klopp dan penyokong; pastinya LFC sekali lagi akan menjadi pesaing terhebat di kancah liga. 

YNWA

Tiada ulasan:

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...