Sabtu, Disember 12, 2020

Maradona...


Koleksi Dr Dan

Sebaik mendapat berita bahawa Maradona meninggal dunia pada 25 Nov 2020, saya terkenang kembali aksi bintang hebat ini, Malah selain Liverpool, antara sebab saya meminati bola apabila terbaca di dinding sebuah rumah di Taiping satu keratan akhbar berkaitan pemindahan Maradona ke Barcelona pada tahun 1982. Waktu itu saya baru berusia 8 tahun, dan menyangka dia seorang penjaga gol kerana berjersi lengan panjang. Maklumlah dunia waktu itu informasinya terbatas.

 Tahun 1986 pula, sewaktu dalam perjalanan berjalan kaki ke sekolah pagi jam 630, saya terpaku melihat aksi Maradona dalam Piala Dunia. Waktu itu ditayang di TV sebuah kedai mamak di jalan Puchong. TV3 pula selepas itu akan menyiarkan sedutan Liga Itali. Maradona di Napoli akan jadi perhatian. Berganding bersama Careca pada tahun 1987 dan Alemao kemudiannya pada 1988. Taklupa Zola yang menjadi mentee Maradona. Walaupun kuasa besar Seria A dikuasai tentunya AC Milan, Inter Milan, Juventus, Sampdoria, Roma dll, saya tetap memilih Napoli. Tatkala rata-rata peminat membandingkan kuasa Belanda di AC Milan (Gullit, Van Basten dan Rijkaard) dengan kuasa Jerman di Inter Milan (Mathaus, Klinsmann & Brehme), saya sangat mengikuti Napoli dengan trio under dognya. Tak lupa jug adi padang bola, rata2 budak masa itu menyarung jersi No 10 kerana Maradona. Malah ketika saya di Kolej Inpens, pasukan kami menggunakan jersi Argentina walaupun hampir semua tahap skil nak banding dengan Madonna pun jauh.

Mengapa Maradona? Ya. Disebalik pelbagai kontroversi yag dibawa beliau, Maradona seorang personaliti yang kejayaan beliau adalah kerana usaha keras dan penuh jerih. Dua gol menentang England dalam Piala Dunia 1986 di Mexico melambangkan personaliti beliau. Gol solo menggelecek 7 pemain England adalah manifestasi usaha beliau yang kadang-kadang berseorangan. Mungkin ramai terlupa assist Maradona kepada Claudio Caniggia sewaktu Piala Dunia 1990. Disebalik menentang pasukan hebat dan favorit, Maradona yang pada tahun tiu terpaksa hampir berseorangan memngangkat pasukan yang average, mencipta peluang gol dalam keadaan Brazil menguasai hampir 80 minit perlawanan berkenaan. Pasukan yang dianggap average seperti Argentina 2 kali layak ke perlawanan akhir dan menang salah satu darinya. 

Napoli. Sebuah pasukan yang dikenali atas faktor Maradona. Sebuah pasukan biasa-boasa, nun jauh dari kelompok elitis namun akhirnya mengejutkan dunia bolasepak sewaktu zaman kegemilangan Maradona. Napoli dua kali menang juara liga. Hanya dua kejuaraan liga itulah yang pernah dimenangai oleh kelab berkenaan sepanjang sejarang panjang kelab berkenaan. Napoli juga turut menang Piala UEFA dan Copa Italia bersama Maradona. Kejayaan itu bukan calang-calang kerana Maradona seperti Argentina, dikelilingi rata-rata oleh para pemain yang dianggap average. 

Maradona datang bersama seni kreatif, disulami usaha dan tekad untuk berjaya. Usaha hasil dari keinginan untuk keluar dari kepayahan. Sewaktu kecil, azam Maradona hanya dua - bermain di Piala Dunia dan menang piala. Kepayahan hidup juga menjadi paksi kepada usaha tanpa jemu di padang. Betapa banyak tackle keras yang dialami. Betapa banyak rempuhan yang mampu melumpuhkan beliau setiap kali pemain lawan cuba menghalang. Manifestasi di padang itulah cerminan kepayahan beliau untuk sukses. 

Atas sebab itu, tidak hairanlah jutaan berduka pada 25 Nov 2020. Bukan sahaja jutaan di Argentina dan Napoli. Malah seluruh dunia.

Gracias Diego.



 

Tiada ulasan:

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...