Rabu, April 21, 2021

Muhammad AL-Fatih - Anak Muda, Pemimpin Budiman

dari ChangkatNingkeBTP


Sebahagian initipati dari tazkirah Zuhur  Ramadhan yang saya sampaikan di Masjid Unisel pada 20 April 2021.

1.             Rujukan utama ringkasan ini adalah hasil perguruan saya dengan Prof. Dr. Mehmet Maksudoglu (1994) dengan menggunakan sumber-sumber sejarah dari Osmanli.

2.             Kerajaan Islam Uthmanyyaah atau dikenali dengan nama Osmanli Devlet berdiri selama 634 tahun iaitu antara tahun 1289M hingga 1923M. Merupakan empayar terbesar dunia dan sewaktu kemuncak menjadi lambang kegemilangan Islam.

3.             Mehemmed II menjadi khalifah ke-7 empayar Uthmaniyyah dan memerintah selama 30 tahun iaitu dari 18 Februari 1452M hingga mangkat pada 3 Mei 1481M (49 tahun). Kejayaan terbesar baginda hingga mendapat gelaran Al-Fatih adalah kerana kejayaan memimpin tentera Uthmaniyyah membuka Constantinople pada 28 Mei 1453. Kejayaan berkenaan ditempa pada usia muda iaitu 21 tahun.

  

PAS pasca Pemilihan 2025 : Dari Pondok ke Putrajaya?

dari ChangkatNingkeBTP Muktamar PAS di Kedah baru-baru ini memberi isyarat jelas bahawa parti Islam terbesar di Malaysia ini sedang melalu...