Langkau ke kandungan utama

Muhammad AL-Fatih - Anak Muda, Pemimpin Budiman

dari ChangkatNingkeBTP


Sebahagian initipati dari tazkirah Zuhur  Ramadhan yang saya sampaikan di Masjid Unisel pada 20 April 2021.

1.             Rujukan utama ringkasan ini adalah hasil perguruan saya dengan Prof. Dr. Mehmet Maksudoglu (1994) dengan menggunakan sumber-sumber sejarah dari Osmanli.

2.             Kerajaan Islam Uthmanyyaah atau dikenali dengan nama Osmanli Devlet berdiri selama 634 tahun iaitu antara tahun 1289M hingga 1923M. Merupakan empayar terbesar dunia dan sewaktu kemuncak menjadi lambang kegemilangan Islam.

3.             Mehemmed II menjadi khalifah ke-7 empayar Uthmaniyyah dan memerintah selama 30 tahun iaitu dari 18 Februari 1452M hingga mangkat pada 3 Mei 1481M (49 tahun). Kejayaan terbesar baginda hingga mendapat gelaran Al-Fatih adalah kerana kejayaan memimpin tentera Uthmaniyyah membuka Constantinople pada 28 Mei 1453. Kejayaan berkenaan ditempa pada usia muda iaitu 21 tahun.

  

Janji Rasul berkaitan Constantinople

4.             Terdapat dua Hadith yang diriwayat oleh Ahmad ibn Hanbal :





5.             Hadith ini disabdakan oleh Rasulullah sewaktu penggalian parit ketika Perang Khandak pada 627M (5 H). Sejak itu, umat Islam berusaha untuk membebaskan Constantinople bagi mengejar janji Rasululullah berkenaan. Kesemuanya menemui kegagalan termasuk 5 kempen ketenteraan di zaman Umayyah, 1 kempen besar di zaman Abbasiyyah dan 2 serangan di zaman Uthmaniyyah sebelum kempen peperangan yang diketuai oleh Khalifah Muhammad II.

Hadith ini menjadi kenyataan 826 tahun kemudian apabila Muhammad II bersama 250,000 tenteranya berjaya membuka kota kebanggaan empayar Rom berkenaan.

Peribadi Mehemmed II


7.             Beliau diputerakan pada 29 Mac 1432 di Edirne / Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria). Merupakan anak kepada khalifah keeenam Uthmaniyyah iaitu Murad II.

8.             Dididik oleh guru hebat yang juga merupakan penasihat Murad II, Syeikh Aq Syamsuddin yang bersusur galur Saidana Abu Bakar Assidiq.

9.             Didedahkan dengan terutama ilmu berkaitan sejarah pahlawan Islam, geografi dan ilmu strategi. Belajar setiap kali selesai solat Subuh.

10.          Mahir dalam 6 bahasa iaitu Turki, Greek, Arab, Parsi, Hebrew dan Latin. Satu kelebihan dalam diplomasi.

11.          Terkenal sebagai abid yang kuat ibadahnya. Tidak pernah meninggalkan solat rawatib dan tahajjud sejak baligh.

Ringkasan Pembukaan Constantinople

12.          Khutbah Muhammad II:

         Jika penaklukan Kota Konstantinople berjaya, maka sabda rasulullah telah menjadi kenyataan dan salah satu dari mukjizatnya telah terbukti, maka kita akan mendapatkan bahagian dari apa yang telah menjadi janji dari Hadith ini yang berupa kemuliaan dan penghargaan. Oleh kerana itu, sampaikan kepada para pasukan satu persatu, bahawa kemenangan besar yang akan kita capai ini menambah ketinggian dan kemuliaan Islam. Untuk itu, wajib bagi setiap pasukan menjadikan syariat di depan matanya dan jangan sampai ada yang melanggar syariat yang mulia ini.

 

13.          Serangan bermula pada hari Jumaat 6 April 1453. Serangan tidak berjaya disebabkan dua lapis kubu yang cukup utuh.

14.          Serangan kedua diketuai anak muda Ulubadli Hasan dan 18 tentera memanjat kubu utama, kesemuanya syahid namun bendera Islam berjaya dikibar hingga membakar semangat tentera.

15.          Tanggal 21-22 April 1453, strategi luar jangka mengangkat 70 kapal menggunakan roda kayu ke arah belakang kubu besar.

16.          Kejayaan – Selasa 19 Mei 1453 / 20 Jamadilawal 857H)

17.          Inspirasi – memilih imam pertama untuk solat berjemaah. Sultan Muhammad II akhirnya memimpin sendiri solah berkenaan setelah sesi pemilihan yang cukup berinspirasi.

18.          Constantinople ditukar nama kepada Istanbul atau Islambol (Kota Islam) dan Muhammad II diberi gelaran Al-Fatih.

19.          Hagia Sophia Cathedral ditukar kepada Masjid.

20.          Gelaran rasmi Muhammad II – Sultanul Bereyn, Hakanul Bahreyn, Emirul Mu’minin, Qami’ul Fecereri vel Mushrikin as Sultan Mehemmed bin Murad Han. (Sultan 2 benua, ketua 2 laut)

Penutup



21.          Ternyata Muhammad II merupakan anak muda yang hebat yang akhirnya membuktikan janji Rasulullah bahawa Constantinople pasti akan dibuka.

22.          Elemen ini adalah sebahagian elemen Tahan Uji (juga lirik lagu Unisel) yang menjadi paksi utama Dasar Mahasiswa Budiman, Mahasiswa Idaman Unisel.

23.          Pakar motivasi barat, Napoleon Hill menerusi buku beliau “Think & Grow Rich” & “The Law of Success” dianggap bapa inspirasi dunia. Namun banyak idea kedua-dua buku ini disadur dari kejayaan Muhammad II yang paksinya dating dari tinggalan kepimpinan Rasulullah.

 

*Sebahagian penulisan ini disampaikan sewaktu Kuliah Zuhur, 20 April 2021 di Masjid Unisel.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...