Langkau ke kandungan utama

Sekitar Penamaan Calon PRK Bukit Gantang 29 Mac 2009






dari Changkat Ning

Seawal jam 0600 pagi bandar warisan Taiping telah dibelah kesunyian dengan siren polis. Warna di awal pagi di simbah dengan lampu siren kenderaan polis.
Menyusuri laluan untuk ke kawasan penamaan calun lebih kurang jam 0730 pagi, melalui kawasan BN, dan di dapati hanya dalam lingkungan 200 orang sudah berhimpun di jalan Taming Sari berhampiran dengan Balai Polis Taiping. Itupun mereka yang dah sakit lutut tak boleh nak berjalan jauh..........itu sebab polis beri mereka tempat yang dekat dengan padang perbandaran yang telah di siapkan oleh polis sebagai tempat berhimpun para penyokong sementara menunggu pencalonan selesai.
Bila melalui jalan kota di dapati hampir 3 km lautan manusia - Menghijau di sepanjang jalan Kota...........luar biasa.
Bersama berjalan dengan di iringi tasbih, takbir serta kata-kata dari "anchor" bagi menaikkan semangat untuk pejuang-pejuang.
Tuhan maha kaya telah mengatur urusan mendahului siasah manusia. Tempat yang di sediakan oleh pihak berkuasa adalah sebelah bukit di pinggir Taman Tasik Taiping. Pihak Pembangkang/Umno di kawasan tepi jalan besar - berhadapan dengan kem askar renjer (509).
Dalam tak seberapa minit sahaja bukit yang menempatkan rumah DO di penuhi dengan penyokong PR. Bukit dan sebahagian padang bandaran Taiping di penuhi dengan lautan manusia dengan bendera Hijau, Roket dan juga Keadilan.
Sorakan demi sorakan telah menyebabkan pihak lawan BN tak berani memasuki padang bandaran. Mereka memasuki padang bandaran setelah di arahkan oleh polis agar tidak menyesakkan jalan raya.
Mereka memasuki padang diringi dengan "Boo" sebagaimana yang di terima oleh KJ sewaktu pemilihan hari itu. Nampak mereka kian kecil dan gerun dengan lautan yang menghijau.

Takhbirrrrrrrrrrrr!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...