Sabtu, September 05, 2009

Pilihanraya Kecil ke-8 , DUN Bagan Pinang : Satu Analisa Pra PRK

dari Changkat Ning

Terlebih dahulu, takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan keampunan Allah jua lebih-lebih lagi beliau meningal dunia dalam bulan Ramadhan yang penuh Berkah ini.


Nampaknya demam PRK belum berakhir. Minggu lepas menyaksikan negara menghadapi PRK DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang. Satu lagi PRK akan berlaku dalam jangkamasa terdekat apabila ADUN Bagan Pinang Negeri Sembilan, YB Azman Mohd Noor dari UMNO meninggal dunia pada 4 September kerana masalah jantung.

Dalam pada itu, PRK ini akan menyaksikan persaingan yang amat sengit kerana beberapa perkara :
1. Senario politik masa kini menyaksikan tsunami politik pasca pRU-12 belum menampakkan perubahan trend pengundiaan teruta di Semenanjung dimana PR memenangi kesemua 7 PRK.
2. DUN Bagan Pinang merpakan kubu kuat UMNO. Jika dibandingkan dengan 7 PRK sebelum ini, 6 berlaku ddi kerusi milik PR (3 darinya di kubu kuat DSAI , Permatang Pauh). Hanya di PRK parlimen Kuala Terengganu sahaja PR menang dan merampas kerusi dari BN. Jika BN menang, ia akan membuktikan BN masih kuat di kerusi-kerusi tradisional mereka. Jika PR menang, ia merupakan pukulan hebat kepada BN terutama UMNO dan akan mengurangkan majoriti BN di DUN Negeri Sembelian kepada 5 kerusi. Sudah tentu BN akan berhabisan mempertahankan kerusi tersebut.
3. Keunikkan Parlimen Teluk Kemang sendiri amat menarik perhatian. Komposisi pelbagai parti yang menguasai kerusi-kerusi di kawasan tersebut adalah sesuatu yang luar biasa. Parlimen Teluk Kemang dikuasai KEADILAN. Dari 5 DUN dibawah Parlimen Teluk Kemang, 2 milik UMNO, 2 milik KEADILAN dan 1 milik DAP. Ini akan menyaksikan satu persaingan hebat dalam PRK tersebut.
4. Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum. Ini amat menarik. Adakah undi Melayu sudah kembali ke BN? Bagaimana undi kaum India yang besar jumlahnya di DUN tersebut? Mungkinkan uni kaum Cina kekal kepada PR. Jika dilihat dari PRU 12, calon PAS yang bertanding berjaya mengurangkan hampir separuh majoriti jika dibandnkan dengan apa yang diperolehi oleh BN-UMNO pada PRU 11 .
5. Selain isu-isu lokal, isu-isu nasional kebelakangan ini menampakkan terdapat kemungknan perubahan pola pengundi Melayu dan India. Isu peminahan kuil di Selangor dijangka antara isu utama yang menjadi bahan kempen. Begitu juga isu Kampung Buah Pala. Respon pengundi Melayu dan India akan menentukan kejayaan parti yang bertanding. dalam pada itu, kematian Beng Hock masih boleh dijadikan isu yang menarik untuk perhatian pengundi Cina. Pepecahan MCA, PPP dan MIC sendiri juga akan menjejaskan BN. PR juga menghadapai masalah dalamnya sendiri. Hubungan PAS-DAP walaupun nampak sudah kembali utuh selepas PRK Permatang Pasir, masih boleh dijadikan isu oleh BN terutama di kawasan pengundi Melayu. Persoalan parti manakah akan menjadi wakil PR dalam PRK ini juga akan menjadi tanda tanya. Sudah tentu KEADILAN yang menguasai 1 Parlimen dan 2 DUN di kawasan tersebut ingin meletak calon mereka. Walau bagaimanapun, mengikut konsensus PR, calon PAS akan diletakkan kerana PAS yang bertanding pada PRU 12 di situ.

Apa yang pasti, PRK kali ini lebih menarik jika dibandingkan 7 PRK sebelum ini. Ini kerana majoriti keputusan sebelum ini hanyalah mengekalkan status quo parti yang memegang kerusi pada PRU-12 kecuali di Parlimen Kuala Terengganu. Apakan respon pengundi di kerusi milik BN-UMNO kali ini? Pengundilah yang akan menentukan. Selaras dengan semangat demokrasi, selamat bertanding diucapkan kepada BN dan PR.


Hamdan Mohd Salleh


Tiada ulasan:

Ringkasan Perkongsian -Siri Forum Demokrasi: MEMERANGI BUDAYA TAKUT DALAM PRU 14

dari ChangkatNingkeBTP Berikut merupakan ringkasan pandangan saya pada forum berkenaan yang diadakan pada 1 Mac 2018 di Institut Darul Ehs...