Rabu, September 30, 2009

PRK Bagan Pinang : Tan Sri Isa Samad (BN-UMNO) VS Zulkefly Mohamad Omar (PAS-PR)

dari ChangkatNingkeBTP

Berdasarkan pengumuman pada hari Selasa 29 September 2009, ternyata desas-desus berkenaan calon-calon yang akan bertanding bagi PRK Bagan Pinang menepati ramalan para pengkaji politik tanahair.

Walaunpun negara telah melalui 8 PRK sejak PRU ke-12, PRK kali ini lebih menarik dan akan menjadi medan pertempuran politik yang hebat. kedua-dua BN dan PR mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri dalam menghadapi PRK kali ini. Tambahan pula , ini hanya kali ke 2 selepas di PRK Parlimen Kuala Terengganu di Semenanjung BN dan UMNO akan mempertahankan kerusi mereka. PRK yang lain menyaksikan PR berjaya untuk mengekalkan staus quo dengan mempertahankan kerusi mereka di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Bukit Gantang, DUN Penanti, DUN Bukit Selambau serta yang terakhir DUN Permatang Pasir. Menariknya di Terengganu adalah PR yang diwakili oleh PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dari tangan UMNO/BN.

Persoalan yang menarik perhatian umum ialah mampukah PAS mengulangi kejayaan PR di Kuala Terengganu? Adakah pencalonan Tan Sri Isa Samad, bekas MB NS selama 21 tahun satu strategi yang baik buat UMNO? Adakah calon PAS yang merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan tetapi bukan orang Teluk Kemang satu pilihan yang tepat? Apakah isu-isu tempatan yang akan dibawa oleh BN dan PR di Bagan Pinang? Mampukah isu-isu nasional memberi impak kepada pengundi? Apakah masalah dalaman PR terutama di Selangor memberi kesan kepada para pegundi di Bagan Pinang? Adakah undi pos lebih 5,000 akan memberi kelebihan kepada BN dan UMNO? Banyak persoalan yang akan terjawab sebaik sahaja perngumuman keputusan PRK tersebut pada minggu depan. Sama-sama kita tunggu. Apa yang penting, proses demokrasi ini perlu dilaksanakan seadil-adilnya kerana rakyatlah yang perlu diutamakan.

Tiada ulasan:

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...