Langkau ke kandungan utama

PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK 2016 : SATU ANALISIS RINGKAS

dari ChangkatNingkeBTP

Abstrak
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11 telah dijalankan pada 7 hb Mei 2016.  Ia melibatkan pemilih biasa sejumlah 1,113,552, 25,022 pemilih awal serta 106 pemilih tidak hadir luar  negara. Sejumlah 82 kerusi Dewan Negeri telah dipertandingkan iaitu penambahan 11 kerusi berbanding PRN kali ke-10, 2011. Politik Sarawak sememangnya berbeza dari segi budaya dan komposisi etnik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat dan khususnya penganalisis politik tempatan mula mengkaji dan ingin mengenali lebih mendalam budaya politik Sarawak. Dari aspek geografi, Sarawak terletak di Kepulauan Borneo bersama Sabah, Brunei dan Indonesia (Kalimantan). Penulisan ini menganalisis secara ringkas keputusan PRN Sarawak 2016 dengan memberi penekanan kepada prestasi parti-parti politik utama yang bertanding.


PENDAHULUAN
         Sejak Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963, Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri sebanyak sepuluh kali bermula pada tahun 1969/70, 1974, 1979, 1983, 1987,1991, 1996, 2001, 2006 dan 2011. Pada kebiasaannya, Pilihan Raya Umum Malaysia akan disekalikan dengan Pilihan Raya Negeri sebagaimana terjadi di Semenanjung Malaysia. Namun keadaan ini berbeza untuk negeri Sabah dan Sarawak di mana kedua-dua negeri ini mengadakan pilihan raya negeri berasingan.  Cuma pada PRU ke 11,2004, buat pertama kalinya Sabah telah membubarkan DUN Sabah serentak dengan pembubaran Parlimen Malaysia. Sekaligus PRN Sabah dilakukan serentak bersama Pilihan Raya Umum Malaysia akan datang. Tetapi Sarawak mengambil pendekatan yang berbeza dengan Sabah iaitu tidak membubarkan DUN Sarawak pada tahun 2004. Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11 pula telah dijalankan pada 7 hb Mei 2016.  Sejumlah 82 kerusi telah dipertandingkan pada PRN kali ini akibat persempadanan semula kawasan (Shaharuddin bin Badaruddin, 2010).
Latarbelakang Keputusan
Secara keseluruhan dengan jumlah keluar mengundi sebanyak 61%, BN telah memenangi 72 dari keseluruhan 82 kerusi yang dipertandingkan. Jumlah ini adalah penambahan 17 kerusi dari PRN sebelum ini. BN memperoleh 61.96% undi popular iaitu peningkatan 6.6%. Di pihak Oposisi, KEADILAN mengekalkan ketiga-tiga kerusi yang dimemenangi sebelum ini. Namun, jumlah undi popular 17.41% adalah jauh lebih rendah dari yang diperolehi sebelum ini. Ia merupakan penurunan 7.3% undi popular. DAP pula kehilangan 5 kerusi dengan hanya berjaya mengekalkan 7 kerusi.
Secara ringkas jumlah calon dan kerusi yang dimenangi berdasarkan parti adalah seperti berikut:

Parti Politik
Calon Bertanding
Menang
BN
82
72
DAP
31
7
KEADILAN
40
3
PAS
11
0
AMANAH
13
0
STAR
10
1
PBDS (B)
5
0
Bebas
36
0
Sumber :      SPR, 2016
Analisis BN


Berdasarkan undi popular, BN di bawah pimpinan Tan Sri Adenan Satem meningkatkan peratus sokongan sebanyak 6.6%. Ini merupakan satu mandat peribadi yang besar untuk Ketua Menteri yang sebelum ini hanya menggantikan Ketua Menteri yang lama. PBB yang memenangi kesemua 39 kerusi yang dipertandingkan memperoleh 48 jumlah kerusi keseluruhan. Ini merupakan peningkatan 4% berbanding PRN 2011.
Dua parti utama Pakatan Harapan (PH) agak merosot undi popularnya. Walaupun DAP kehilangan 5 kerusi , undi popularnya hanya merosot 0.7%. Ini berbeza dengan KEADILAN. Walaupun berjaya mempertahankan kesemua 3 kerusinya, undi popular KEADILAN merosot 7.3%. AMANAH sebagai parti baru berjaya memperolehi 1.13% undi popular dari 13 kerusi yang ditandinginya.  Agak menarik walaupun dengan kehadiran AMANAH yang merupakan serpihannya, PAS telah meningkatkan 0.3% undi popularnya. Seperti dijangka, STAR, PBDS (Baru) dan calon-calon Bebas tidak memberi impak di dalam PRN ini dengan hanya memperolehi sekitar 5% undi popular.

Analisis Team Adenan (Calon Langsung)
Antara cabaran utama Tan Sri Adenan Satem dalam menghadapi PRN 2016 adalah konflik dalaman BN. Komponen BN ternyata waktu itu berpecah dengan kemunculan UPP dan Teras yang merupakan serpihan kepada 2 parti komponen BN yang lain. Cabaran utama tentunya untuk memuaskan hati SUPP dan dalam masa yang sama terpaksa menerima kewujudan UPP. Agihan kerusi dalam konflik yang sebegini merupakan dilemma terbesar Tan Sri Adenan Satem hingga ada yang menjangka akan berlaku boikot dalaman dan perpecahan (Free Malaysia Today, 20 Mei 2014).
Beliau telah memperkenalkan calon langsung di 13 kerusi yang bermasalah. Ini turut dilaksanakan di Semenanjung Malaysia oleh BN sewaktu PRU ke-13 (Contohnya meletakkan Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam) dengan hasil yang amat mengecewakan. PH dan parti-parti oposisi lain yang menjangkakan akan berlaku protes dalaman BN telah meletakkan calon masing-masing di 12 dari 13 kerusi langung berkenaan. Manifesto BN Sarawak juga dilancarkan lebih awal bagi memberi impak langsung kepada para pengundi (Free Malaysia Today, 20 Mei 2014).
Untuk menangani isu protes dalaman, Tan Sri Adenan Satem telah melancarkan “Team Adenan” bagi 13 kerusi berkenaan. Ini satu startegi yang bijak dan sangat menarik. Strategi ini juga unik dalam menangani konflik berkenaan terutama di tiga kerusi panas iaitu N47 Pakan, N52 Dudong dan N53 Bawang Assan.

DUN
Oposisi
Majoriti 2016
Majoriti 2011
N1 Opar
KEADILAN / PBDS (B) / BEBAS
2,082
2,006
N18 Serembu
KEADILAN / STAR
1,397
Kerusi Baru
N19 Mambong (UPP)
KEADILAN/DAP
3,333
3,646
N23 Bukit Semunja
DAP/ PBDS (B)/ Star/ BEBAS
3,144
Kerusi Baru
N33 Engkilili (UPP)
KEADILAN / 2 BEBAS
3,857
3,807
N47 Pakan (Teras)
DAP / BEBAS
426
1,197
N52 Dudong (UPP)
DAP/Star/ 2 BEBAS
2,146
DAP 317
N53 Bawang Assan (UPP)
STAR / DAP/ 2 BEBAS
4,131
1,808
N54 Pelawan
DAP / STAR
DAP 4,314

N71 Bekenu
KEADILAN / 2 BEBAS
4,789
3,714
N74 Pujut
PAS/DAP/BEBAS
DAP 1,759

N78 Mulu
KEADILAN/DAP/BEBAS
1,708
8,600
N80 Batu Danau (Teras)
BEBAS
2,939
2,319
Sumber : SPR, 2016

 Ternyata keputusan melancarkan kempen “Team Adenan” membuahkan hasil yang amat memberangsangkan buat BN. Calon “Team Adenan” berjaya memenangi 11 dari 13 kerusi dengan sebahagian besarnya dengan peningkatan majoriti. Bukan itu sahaja, Kerusi N52 Dudong berjaya dirampas dari DAP dengan majoriti besariaitu 45.88% undi popular. Ternyata juga protes dalaman yang dijangka berlaku di N53 Bawang Assan tidak menjadi kenyataan. Calon langsung Datuk Sri Wong Soon Koh telah memenangi kerusi berkenaan dengan undi popular sebanyak 60%. Majoriti juga meningkat dari 1,808 sewaktu PRN Sarawak 2011 kepada 4,131 pada kali ini. Dari segi sokongan kaum, 3 terdapat peningkatan ketara ketiga-tiga kaum utama Sarawak menyokong BN termasuk peningkatan 10% kaum Cina beralih sokongan kepada BN (Dah Ikhwan, 2016).

Analisis Prestasi Oposisi Utama / Pakatan Harapan

PARTI
Calon
>80%
79-60%
59-50%
49-30%
29-10%
<10 o:p="">
DAP
31

3
4
10
8
4
KEADILAN
40

1
2
4
24
9
AMANAH
13




5
8
PAS
11



2
4
5
Sumber: Analisis penulis
Berdasarkan jadual di atas, ternyata prestasi parti-parti oposisi tidaklah memberangsangkan. Selain dari kekuatan BN terutama dari segi kewangan dan jentera, kegagalan parti-parti ini bersatu mengakibatkan kejatuhan sokongan pengundi kepada calon-calon PH dan oposisi seperti PAS.
DAP walaupun kehilangan 3 kerusi masih mengekalkan sokongan agak besar di tujuh kerusi. Tiga darinya dipertahankan dengan undi popular lebih 60%. DAP juga memperolehi undi agak memberangsangkan di 10 kerusi yang lain. Namun kesilapan utama DAP adalah bertanding di kawasan Iban dan bersaing sesame sendiri dengan KEADILAN. DAP kalah teruk di 12 kerusi dengan 4 darinya di bawah undi popular 10%.
KEADILAN Berjaya mengekalkan ketiga-tiga kerusinya. Namun kesemuanya menyaksikan sedikit kemerosotan sokongan atau swing vote yang negatif. Kerusi-kerusi berkenaan iaitu N11 Batu Lintang (-0.77%), N39 Krian (-1.56%) dan N81 Ba’kelalan (-0.39%) dipertahankan atas kapasiti karisma calon-calon KEADILAN di kawasan berkenaan. Selain dari 7 kerusi, KEADILAN juga masih gagal memberi impak bermakna di 33 kerusi lain terutama di kawasan Iban dan Melayu/Melanau.
AMANAH sebagai komponen terbaru PH ternyata gagal memberi impak bermakna kali ini. Tambah parah, calon-calon AMANAH kalah teruk dalam 5 kerusi persaingannya dengan PAS. Ini memberi satu “bragging right” kepada PAS. PAS dan AMANAH juga gagal meningkatkan undi yang diperolehi oleh KEADILAN di kerusi-kerusi yang mana KEADILAN bertanding sewaktu PRN 2011. Ringkasan pertembungan antara PAS dan AMANAH boleh dilihat berdasarkan jadual jumlah dan peratus undi popular di bawah:

Kerusi
PAS
AMANAH
PRN 2011
N7 Samariang
2,035 (16.51%)
386 (3.16%)
2,577 KEADILAN 24.35%
N16 Muara Tuang
1,508 (11.94%)
765 (6.06)
4,447 (30.72)
N24 Sadong Jaya
458 (9.44%)
157 (3.23%)
1,074 (19.27%)
N27 Sebuyau
1,789 (27.1%)
164 (2.48)
1,769 (29.64%)
N29 Beting Maro
3,051 (38.06%)
103 (1.28%)
2,678 (46.11%)
 Sumber : SPR, 2016

Boleh dirumuskan hanya sebilangan kecil ahli-ahli PAS di Sarawak beralih sokongan ke AMANAH. Lebih menarik di kerusi  N29 Beting Maro yang mana PAS sentiasa memberi tentangan sengit, AMANAH kalh teruk dengan hanya memperolehi 103 undi. Namun, PAS kehilangan sekitar 8% undi terutama dari pengundi atas pagar. Keadaan ini antara lain disebabkan protes dan bosan dengan persaingan antara PAS dan AMANAH dalam menentang calon BN.
Persaingan sesama sendiri DAP dan KEADILAN turut memberi impak kepada persepsi pengundi bukan sahaja di Sarawak. Malah ia akan memberi impak besar kepada persepsi pengundi di Semenanjung Malaysia selepas ini. DAP dan KEADILAN juga gagal menunjukkan solidariti oposisi yang diharapkan oleh pengundi atas pagar dan pengundi bandar. Persaingan dua parti utama oposisi di Sarawak ini boleh diringkaskan menerusi jadual berikut:

Kerusi
DAP
KEADILAN
PRN 2011
N13 Batu Kitang
4,626 (37.84%)
883 (7.22%)
Kerusi Baru
N19 Mambong
2,828 (23.9%)
2,645 (22.35%)
KEADILAN 4,447 (30%)
N32 Simanggang
695 (8.52%)
580 (7.11%)
DAP 2,331 (32.2%)
N49 Ngemah
243 (3.81%)
396 (6.21%)
KEADILAN 650 (12.42%)
N66 Murum
687 (11.08%)
1,065 (17.18%)
Kerusi Baru
N78 Mulu
309 (5.78%)
1,490 (27.87%)
Kerusi Baru
 Kesemua 6 kerusi yang menyaksikan pertandingan antara satu sama lain dengan BN telah mengakibatkan kedua-dua parti merosot teruk dari segi sokongan. Kersi N19 Mambong merupakan satu contoh bahawa persaingan di situ tidak menguntungkan kedua-dua parti dalam menghadapi calon BN. Kerusi-kerusi lain juga menampakkan usaha sia-sia dan menghabiskan sumber kerana salah satu parti berkenaan kalah teruk dan hilang wang deposit.

Analisis Keseluruhan
Secara ringkas, terdapat dua faktor utama kemenangan besar BN pimpinan Tan Sri Adenan Satem. Faktor utama adalah kepimpinan Tan Sri Adenan dan keupayaan beliau memberi keyakinan kepada pengundi Sarawak bukan sahaja dalam aspek pembangunan. Beliau dilihat sebagai pemimpin negeri yang sangat tegas mempertahankan hak negeri Sarawak apabila berhadapan dengan Putrajaya. Faktor “feel good” imej beliau juga memberi impak sangat positif kepada BN. Keupayaan beliau menyatukan parti-parti kompenan BN yang berkonflik terutama menerusi “Team Adenan” juga memperlihatkan kebolehan beliau membawa mesej BN yang bersatu. Jentera kempen yang kukuh dan mantap dari segi kewangan tentunya memberi kelebihan kepada BN Sarawak.
Faktor kedua membawa kemenangan BN adalah kegagalan parti-parti Oposisi bersatu sebagai satu alternative kepada BN. DAP dan KEADILAN Sarawak gagal mencapai kata putus untuk membawa satu suara yang utuh menentang dominasi BN. Cubaan DAP bertanding di kawasan majoriti Iban juga gagal membawa hasil dan menyebabkan parti tersebut agak hilang fokus di kawasan urban. PAS Sarawak pula yang selama ini gagal bersaing dengan PBB di kerusi Melanau/Melayu semakin lemah dengan kemunculan AMANAH yang merupakan parti yang mucul disebalik konflik PAS. Sebagai parti baru yang baru ditubuhkan, AMANAH seperti diramal gagal memberi impak kepada pengundi Sarawak. Kegagalan parti-parti ini bersatu dalam satu pakatan membuatkan para pengundi menolak hingga membawa kepada ‘political fatigue” (Hamdan Mohd Salleh, 2016). Parti-parti lokal seperti dijangka tewas teruk di kesemua kerusi yang dipertandingkan. Isu-isu yang dibawa oleh PH seperti 1MDB, rasuah, derma dan sebagainya tidak mendapat tempat di Sarawak. Fokus utama di Sarawak sebenarnya masih politik pembangunan (Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Novel Lyndon, 2012). Ini tentunya menyukarkan lagi kempen parti politik Oposisi dan ini terbukti dengan keputusan PRN berkenaan.

Kesimpulan
Kemenangan besar BN Sarawak semamangnya tidak mengejutkan. Politik pembangunan yang menjadi fokus kempen BN Sarawak ternyata menarik hati pengundi Sarawak. Populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem juga memberi impak positif dan ditambah dengan jentera kempen yang kukuh sumbernya. Parti-parti Oposisi juga perlu belajar dari beberapa kelemahan ketara dalam PRN ini seandainya Malaysia benar-benar ingin mengamalkan sistem dua parti dalam demokrasi yang matang.

Rujukan
Dah Ikhwan (2016), Keputusan PRN Sarawak 2016, Analisis dan Ulasan”.  https://dahalmi.wordpress.com/2016/05/08/keputusan-prn-sarawak-2016-analisis-dan-ulasan/
Hamdan Mohd Salleh (2016). “Analyst: Pakatan risk losing support due to infighting”, Malay Mail 24/May/2016.
Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Novel Lyndon (2012). Pengaruh Populariti Calon, sentimen nasional dan politik pembangunan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) P185 Batu Sapi, Sabah. MJSS, Isu 8, hlm. 23-34.

Shaharuddin bin Badaruddin & Mazlan Bin Che Soh (2010). Kesan Limpahan Pengaruh Pilihan Raya Negeri Sarawak Terhadap Pilihanraya Umum. FSPPP, UiTM.

Shaharuddin bin Badaruddin. Transformasi Politik Hasil Dari Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya Dalam Pilihanraya Sarawak 2006 Ahmad Nidzam Sulaiman (ed.)Prosiding Pilihanraya dan Pembangunan Politik SarawakUniversiti Kebangsaan Malaysia, Halaman  251-266 

Shaharuddin bin Badaruddin. Kesan Polisi Awam Pra dan Pasca Pilihanraya DUN Sarawak 2006 Terhadap Tren Pengundian Orang-Orang Cina Sarawak Borneo-Kalimantan 2007: Transformasi Sosial Kebijakan/Dasar Pembangunan di Borneo-Kalimantan Institut Pengajian Asia Timar, UNIMAS, Sarawak Halaman 449-461.

Shaharuddin Badaruddin, Asiyah Kasim, Zurina Md Nen, Mazlan Che Soh, Nadrawina Isnin dan Sarina Othman. 2012. Ethnic Politics, Social Media and Locality in the 10th Sarawak State Election, 11th Borneo Research Council Conference. Borneo Research Council and University Brunei Darussalam. 25-27 Jun 2012.

Shaharuddin Badaruddin dan Suekadiana Affendi. 2008. Kecemerlangan Politik Peribumi Melayu/Melanau Muslim Dalam Pilihanraya Sarawak. Dalam Masyarakat Peribumi Cemerlang oleh Jiram Jamit et. Al. Akademi Pengajian  Brunei. Universiti Brunei Darussalam. Halaman 117-131.

Shaharuddin Badaruddin, Mazlan Che Soh, Mohd Yadman dan Badron Abdul Manaf. 2011. Islam dan Politik Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011. Antara Aspirasi dan Realiti. Konferensi Antarauniversiti Se Borneo Kalimantan ke-6 (KABOKA 6). Universitas Palangka Raya, Kalimantan Tengah dan UNIMAS, Sarawak. Universitas Palangka Raya, Palangka Raya, Kalimantan Tengah, Indonesia. 23-24 Mei 2011.

Suffian Mansor, Rosmadi Fauzi, Mohammad Redzuan Othman, Amer Saifudi Ghazali & Zulkanain Abdul Rahman (2013). Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak 2010. KL: UMCEDEL, FSSS, UM.

Rujukan Tambahan

Astro Awani. (2016, April 26). Pilihan Raya Sarawak: PKR lancar Lima Janji Demi Sarawak. Diambil dari http://www.astroawani.com/berita-politik/pilihan-raya-sarawak-pkr-lancar-lima-janji-demi-sarawak-103740

Astro Awani. (2016, April 27). Pilihan Raya Sarawak: DAP lancar manifesto 10 perkara, mahu fokus menentang BN. Diambil dari http://www.astroawani.com/berita-politik/pilihan-raya-sarawak-dap-lancar-manifesto-10-perkara-mahu-fokus-menentang-bn-103819

Berita Harian. (2016, Mac 13). PRN Sarawak: PAS Umum Manifesto. Diambil dari http://www.bharian.com.my/node/133270

Free Malaysia Today, 20 Mei 2014

 “Sarawak CM comes up with slogan for state election”, Borneo Post, 15 Mac 2015.

"Tiada sekatan (kepada pemimpin Pas) memasuki Sarawak”. 22 Mac 2016, Sinar Harian


Laman-laman berita yang dirujuk:

AstroAwani 25 April 2016

Borneo Post Online, 22 April 2016, 28 April 2016

KLXpress.com.my  9 Oktober 2015

Free Malaysia Today 19 Disember 2016

Malaysia Dateline 29 April 2016

Malaysiakini 22 Februari 2016, 25 Mac 2016, 16 April 2016, 27 April 2016, 6 Mei 2016

Sarawakiana.net pada 20 April 2016

SarawakVoice.com , 9 April 2016, 28 April 2016

Sin Chew Daily, 13 Mac 2016

Sinar Harian 29 April 2016,

The Malay Mail Online 30 April 2016

The Borneo Post, 11 Mac 2016, 12 Mac 2016,

The Sunday Post, 13 Mac 2016

Latarbelakang Penulis

Hamdan Mohd Salleh merupakan Fellow Kanan Institut Kajian Pilihanraya dan pemajuan Demokrasi (IESAD) UNISEL. Mengkhusus dalam Pengurusan Politik. PhD beliau mengfokus kepada politik Oposisi di Malaysia. Bagi PRN Sarawak 2016, beliau telah terlibat secara langsung sebagai penyelidik dalam kajian lapangan di beberapa kawasan lapangan serta mengendalikan kajian kualitatif serta temuramah berkumpulan di 18 lokasi seluruh Sarawak.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM SEMAKIN MERUNCING

dari ChangkatNingkeBTP Sumber: http://haziqinthehouse.blogspot.com/2010/11/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-di.html Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang , sikap hormat – menghormati dan bertanggungjawab.  Oleh itu institusi kekeluargaan  adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang permasalahan dan isu seperti  keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pebuangan anak luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan hidup

Kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara merupakan satu respon terhadap Kolonialisme Barat

dari Changkat Ning Pengenalan Apabila kita membincangkan tajuk ini agak begitu mendalam untuk dihuraikan. Pertamanya, ia akan melihat betapa sifat-sifat nasionalisme itu mempunyai peranan terhadap kemerdekaan sesebuah negara di Asia Tenggara dan membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Selain itu, kesan atau impak yang dibawa oleh nasionalisme moden ini. Sekiranya difikirkan makna nasionalisme itu pastinya ia membawa pelbagai makna antara satunya ialah; “Ia pada umumnya membawa maksud faham kebangsaan. Biasanya nasionalisme merujuk bangsa dan negara. Dalam konteks penjajahan di Asia Tenggara, nasionalisme secara khusus membawa pengertian kepada satu kesedaran yang membangkitkan semangat bertujuan untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan” . Semangat kebangsaan atau nasionalime juga selalu ditafsirkan sebagai rasa taat dan kasih kepada negara sendiri. Maka nasionalisme ini berkaitan dengan negara dan bangsa yang boleh diertikan sebagai fahaman kebangsaan. Secara umumnya nasi

Nota Kuliah : FEDERALISME: KERAJAAN PUSAT & NEGERI

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti lazimnya dalam sebuah sistem persekutuan, mempunyai kuasa yang sama. Pada dasarnya, kelonggaran yang diberikan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan syarat terbentuknya Persekutuan Malaysia. Hubungan kerajaan pusat kadangkala baik dan kadangkala dingin. Federalisme Mengikut K.C.Wheare (1953), sistem federalisme merupakan satu kaedah untuk membahagikan kuasa antara 2 peringkat kerajaan. Ciri/sifat federalisme:  Terdapat pembahagian kuasa  Sebuah kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya  Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat. Pada dasarnaya, pembahagian kuasa, kebebasan dan kedaulatan sebuah kerajaan dalam sistem persekutuan adalah jelas. Latar Belakang Sistem Federalisme Sebelum Negeri-negeri Melayu Bersekutu, semua negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat, merupakan identiti