Langkau ke kandungan utama

Inspirasi Za'ba

dari ChangkatNingkeBTP

Saya acapkali menggunakan istilah "orang patut-patut" setiap kali ingin merujuk kepada golongan elitis.

Istilah itu sebenarnya lahir dari ungkapan Pendita Za'ba. Tokoh besar negara yang namanya gah diabadikan terutama dalam sejarah pendidikan dan bahasa negara ini. Sebenarnya saya mula diperkenalkan secara mendalam berkaitan pemikiran Za'ba sewaktu menyambung pengajian Sarjana di Universiti Malaya pada tahun 2000. Kebetulan saya mengambil subjek Sejarah Malaysia yang dibimbing oleh Profesor Dr Adnan Haji Nawang. Beliau seorang ahli akademik yang cukup gah dan fokus tesis PhD beliau adalah berkaitan Za'ba dan Melayu. Prof Adnan Nawang juga merupakan pakar rujuk berkaitan Pendita Za'ba.

Alhamdulillah, saya berkesempatan dijemput ke Sambutan Hari Muzium Antarabangsa pada 18 November 2017. Tuan rumah bagi sambutan tahun ini adalah Muzium Pendidikan Nasional yang bertempat di UPSI. Sambutan yang diadakan cukup meriah dan penuh dengan ilmu serta turut disertai oleh sebahagian besar IPTA di Malaysia. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada JK Penganjur yang melaksankannya dengan cukup hebat.

Dalam kesempatan itu, ssaya tidak melepaskan peluang untuk turut melawat dan meninjau pameran di dalam Muzium Pendidikan Nasional berkenaan. Tentunya kesempatan bergambar di meja asal serta berlatarbelakangkan tempat kerja Za'ba adalah satu peluang yang cukup bermakna. Satu peluang yang cukup bermakna kerana pemikiran dan penulisan Za'ba banyak memberi inspirasi kepada saya bukan sahaja sebagai ahli akademik, malah sebagai panduan sepanjang saya memimpin sebuah fakulti. 

Saya akan menyambung penulisan berkaitan pemikiran dan perjuangan Za'ba di penulisan akan datang. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

RAJA BERPELEMBAGAAN

dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN * Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. * Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu * Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. Latar Belakang Sejarah * Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. * Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi,politik dan sosial. * Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. * Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. * Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan s...