Sabtu, Januari 05, 2019

Perkongsian Pandangan Ustaz Siddiq Fadzil - Pendidikan Al-Hikmah & R 4.0

dari ChangkatNingkeBTP

Saya berkesempatan bersama pengurusan Unisel dalam satu majlis ilmu bersama Tokoh Maal Hijrah, Prof Ustaz Dato' Siddiq Fadzil sekitar awal bulan Disember 2018.

Antara perkongsian beliau yang sempat saya catatkan adalah seperti butiran berikut:


1. Dalam dunia Sains & Teknologi, apa pun yang terjadi yang dibawa oleh IR 4.0 , instutusi pendidikan tidak boleh lupa bahawa kita sedang membina MANUSIA/ ANAK BANGSA.
2. Membina manusia adalah misi besar universiti, tidak cukup hanya dengan ilmu. Perlu ada keperluan lain yang lebih tinggi dari ilmu biasa. Ini disebit AL-HIKMAH. Higher form of knowledge - Ilmu tingkat tinggi kurnia Tuhan. Untuk membina manusia, perlu ilmu tingkat tinggi. Tidak cukuo dengan ilmu biasa.


3. Pesan-pesan pendidikan dalam al-Quran disampai sangat unik. Tidak sama dengan cara Allah sampaikan hukum-hukum lain yang dibuat secara direct. Pesan pendidikan diguna cara pesan BAPA. Menerusi Surah Luqman, pesan Luqman menerusi HIKMAH. Pesan dari Luqman adalah pesan yang dibuat berdasar HIKMAH, Surah Luqman 12-19.Pesan Luqman dalam bentuk nasihat ayah kepada anak.
4. Dalamilah mesej dalam surah berkenaan. Untuk dapatkan hikmah, pergi ke sumbernya. Di barat pun orang sedang bicara soal wISDOM. Hikmah menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. 
5. Seorang pendidik dan pentadbir berkaitan pelajar perlu bertindak sebagai seorang ayah. Pendidik dalam konteks apa pun, bentuk nasihat. Setiap ibubapa perlu kuasai ilmu pendidikan jika inginkan anak menjadi manusia.
6. Buku FINNISH EDUCATION oleh Pasi Sahlberg menceritakan sistem yang dikatakan paling berjaya di dunia. Setiap ibubapa di Finland menguasai ilmu pendidikan. Profesion paling popular dan dihormati adalah GURU. Malah gaji guru paling tinggi di Finland.
7. Tauhid tidak boleh dikompromi, Implikasi Tauhid yang perlu didalami, bukan sahaja ucapan di bibir tanpa implikasi apa-apa. Perlu jadi paksi dalam kehidupan, ilmu dan worldview.
8. Pendidikan Islam kini kini terlalu berorientasikan hukum, kurang fokus kepada NILAI. Nilai yang perlu direalisasikan adalah KEADILAN, yang difokus hukum. Mereka ini produk Islam yang tidak berorientasikan Maqasid/ Nilai. Hanya fokus kepada hukum dan menghukum. Dalam masa yang sama perlu elemen AKHLAQ dapat tangani moral deficit.

REVOLUSI 4.0

9. Terdapat GAP bagi komponen aqidah, shari'ah dan akhlak yang perlu membentuk watak manusia. Disini peranan pendidikan karekter.
10. Di Barat & Indonesia mula lantang membawa isu pendidikan karekter. Fokus adlaah karekter insan.
11. Ini harus terhasil dari ketiga-tiga komponen. Selama ini membina OTAK tapi tidak MEMBINA WATAK. Slogan tidak lagi knowledge is power tetapi Character is Power. Kesedaran tentang nilai harus disemarak. Sumber nilai dalam Islam menerusi Asmaul Husna.
12. Buku "JEWISH WISDOM FOR BUSINESS SUCCESS" - Kalau lembut jangan sampai disudu orang, kalau keras jangan sampai dilempar orang.
13. Dalam berhadapan industri 4.0, perlu difikirkan persoalan DIMANA MANUSIA?, BAGAIMANA MANUSIA? ADAKAH PRODUK MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK? PRODUK INDUSTRI 4.0 DIKENDALI UNTUK MASLAHAH MANUSIA?
14. HIKMAH perlu mendasari segala proses yang berlaku dalam IR 4.0. APa yang ada tidak menjadikan manusia yang lebih baik dan tidak membawa maslahah kepada manusia. IR 4.0 = UNFINISHED REVOLUTION.
15. Sebagai contoh, jangan sampai alat komunikasi menggantikan peranan seorang guru yang boleh membantu pengajaran.

RUMUSAN SAYA

Kembali kepada pesan USF pada 2016, jangan jadikan universiti bagai Monkey Training Centre semata. Jenama pelajar UNISEL perlu difokus ke arah HIKMAH INSANI, berpaksi BUDI & DAYA. Ini akan membezakan pelajar UNISEL dengan pelajar lain. 

rujuk juga posting saya sebelum ini :



Tiada ulasan:

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...