Jumaat, Jun 01, 2012

MPW: Badan Eksekutif

dari ChangkatNingkeBTP


      Dalam sistem demokrasi moden, kerajaan sesebuah negara lazimnya terdiri daripada tiga badan pemerintah, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Badan eksekutif, perundangan dan kehakiman saling mengimbangi antara satu sama lain. Dalam sistem berparlimen, anggota badan eksekutif dilantik dari kalangan anggota dwidewan Parlimen. Ini dilihat sebagai unsur ysng mengkompromikan kebebasan dan kedaulatan badan eksekutif dari badan perundangan.
     Di Malaysia, kerajaan persekutuan terdiri daripada tiga badan utama; badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Badan eksekutif yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri tetap menjadi sebuah institusi politik penting. Hal ini kerana kuasa seorang Perdana Menteri adalah nyata dan bertokok tambah sebagai ketua kerajaan(kabinet) dan ketua parti yang memegang majoriti di Parlimen.


YANG DI-PERTUAN AGONG 

        Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara atau Persekutuan, mempunyai beberapa peranan penting berhubung dengan badan eksekutif atau Jemaah Menteri. Berhubung badan eksekutif, Yang di-Pertuan Agong memainkan sekurang-kurangnya empat(4) peranan penting.
    Pertama, Perkara 39 Perlembgaan Persekutuan meletakkan kuasa eksekutif di tangan Yang di-Pertuan Agong.
    Kedua, sebagai ketua negara, Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 40(2[a]) memperuntukkan kuasa kepada baginda untuk melantik Perdana Menteri.
     Ketiga, Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong kuasa melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 43(2[a]) Perlembagaan Persekutuan.
    Keempat, Yang di-Pertuan Agong juga diperuntukan kuasa mempersetujui atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen melalui Perkara 40(2[b]).

JEMAAH MENTERI 
SEJARAH
        Sejarah pengenalan Jemaah Menteri ini bermula dengan penubuhan sebuah kabinet mini yang dinamakan Sistem Ahli (Member System) pada 1951. Dalam sistem ahli, seorang  yang dilantik itu adalah ibarat   seorangmenteri kerana beliau memainkan peranan yang sama.
        Apabila malaya diberikan kemerdekaaan pada 1957, Tunku Abdul rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri Persekutuan Malaya, dan kabinet yang dibentuk pada ketika itu merupakan kabinet pertama selepas Malaya merdeka dari penjajahan British. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengetuai kerajaan sehingga tahun 1970, merangkumi tempoh pembentukan tempoh pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963 dan  Singapura keluar daripada Persekutuan pada 1965.

Pelantikan Kabinet Kini

        Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalan menjalankan tugas-tugasnya. Bagi membantu menteri-menteri melaksanakan tugas masing-masing, Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa
Yang di-Pertuan Agong akan melantik timbalan-timbalan menteri atas nasihat Perdana Merteri (Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan). Setiausaha  parlimen dilantik oleh Perdana Menteri mengikut Perkara 43B(1) Perlembagaan Persekutuan. Seorang Perdana Menteri juga diberi kuasa politik oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melantik sebilangan setiausaha politik yang difikirkan  perlu (Perkara 43 [c].

Perdana Menteri

Perdana Menteri adalah satu jawapan yang paling penting dalam sebuah sistem politik bercorak demokrasi berparlimen. Kuasa sebenar pemerintahan terletak pada Perdana Menteri, iaitu Ketua Jemaah Menteri. Kuasa seorang Perdana Menteri tidak terhad kepada jawatan rasmi sebagai Perdaan Menteri sahaja.

Ketua Jemaah Menteri

 Beliau berkuas mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Ynag di-Pertuan agong untuk menyertai kabinetnya. Seseorang yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri biasanya orang0orang yang pada pendapat Perdana Menteri boleh bekerja sama dan menyokongnya.
Sebagai ketua, seorang Perdaan Menteri juga mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan sekali seminggu.
Walau apa sekalipun caar seseorang itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri, seseorang yang dilantik itu merupakan hak atau prerogatifnya. Oleh itu, kuasa dan pengaruh beliau akan bertambah dengan setiap perlantikan.

Ketua Pentadbir Utama

Seorang Perdana Menteri juga memainkan peranan sebagai ketua Pentadbir utama negara. Semua dasar yang diamalkan oleh kerajaan, termasuk kementerian-kementerian, diturunkan dari pemerintah yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri.
Sebagai Ketua pentadbir negara, seorang Perdana Menteri memainkan peranan sebagai juru jual penting dasar-dasar dan program-program.
Kejayaan dan penerimaan dasar an program itu menunjukkan kebijaksanaan, kualiti kepimpinan dan kewibawaan sseorang Perdana Menteri sebagai ketua pentadbir utama negara.

Ketua Parti Pemerintah

•Seorang Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti politik. •Memungut kerusi terbanyak dalam pilihanraya umum.
•Amalan biasa dimana ketua parti politik yang telah memenangi majoriti kerusi Parlimaen dijemput untuk menubuhkan sebuah kerajaan.
•Perlantikan seorang Perdanana Menteri berjalan dengan lancar kerana UMNO atau Parti Perikatan yang diketuai oleh UMNO telah berjaya memenangi pilihanraya umum parlien dengan majoriti yang jelas.
•Kepelbagaian parti yang menganggotai Barisan Nasional juga membawa batas-batas tertentu kepada seorang Perdana Menteri. Satu daripada batasan ini ialah seorang Perdana menteri. Satu daripada batasan ini ialah seorang Perdana Menteri perlu mengambil kira perwakilan dari semua parti anggota apabila membuat pencalonan untuk mengisi keanggotaan Jemaah Menteri.
•Berhubung dengan hal-hal politik dan parti pula, seorang ketua parti/ gabungan parti mempunyai kuasa yang luasx dan penting.
•Kedudukan sebagai ketau parti/gabungan parti juga membawa makna seseorang itu berkuasa dan berhak menentukan agihan kemudahan-kemudahan:

1. Mencalonkan seseorang itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ke Dewan Negara.
2. Melantik dan menentukan bilanagan jawaatn setiausaha politik;
3. Melantik seseorang kemana-mana badan (berkanun dan swasta)

Pegawai Diplomatik Utama

Seseorang Perdana Menteri juga merupakan seorang pegawai diplomatik utama negara. Sehubungan dengan ini, beliau memainkan pelbagai peranaan dan antaranya adalah seperti berikut:
•Hubungan dengan negara luar
•Peranan malaysia di arena antarabangsa
•Negarawan dan Jurucakap Dunia membangun

Kesimpulan 

        Badan eksekutif adalah satu daripada tiga cabang kerajaan. Kepentingan badan bergantung kepada penyandangnya. DDalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong adalah lambang perpaduan dan kedaulatan negara. Sesungguhnya Perlembagaan Persekutuan meletakkan baginda di tunggak pemerintahan negara, manakala kuasa kerajaan sebenar terletak pada tangan seorang Perdana Menteri yang merupakan Ketua Kerajaan.
        Seorang Perdana Menteri memainkan pelbagai peranan, sama ada didalam mahupun di luar kerajaan. Kesemua peranan itu, sekiranya diamainkan secara aktif akan dapat menambahkan kuasa yang sedia ada kepada seorang Perdaan Menteri.

Tiada ulasan:

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...