Langkau ke kandungan utama

MPW: Dasar Sosial Negara

dari ChangkatNingkeBTP


Dasar lebih merupakan ‘asas’ atau ‘panduan’ kepada beberapa pelan tindakan yang telah dirancangkan untuk memenuhi tujuan-tujuan atau matlamat-matlamat bagi kepentingan sesuatu agensi atau organisasi. Dasar boleh dianggap sebagai pernyataan rasmi yang diterima dan dikeluarkan oleh badan-badan berkuasa seperti kerajaan, perundangan dan lembaga. Dasar termaktub dalam pekeliling perkhidmatan,peraturan jabatan dan sebagainya. Adanya dasar kepada asas panduan, urusan pentadbiran yang berkaitan dengan rancangan tindakan agensi / organisasi akan menjadi lebih teratur, licin dan cekap. Dasar sosial boleh dianggap sebagai satu jenis dasar yang memberi keutamaan atau prioriti kepada nilai-nilai sosial yang berlandaskan keadilan, kerohanian dan kemanusiaan. Dasar sosial diperlukan oleh sesebuah negara yang membangun untuk menangani berbagai-bagai masalah yang timbul, termasuk masalah. Dasar sosial menitikberatkan isu-isu seperti perpaduan negara, perhubungan kaum dalam masyarakat majmuk dan perhubungan kemasyarakatan. •Keperluan-keperluan ini dipenuhi melalui berbagai-bagai dasar seperti pendidikan, kebajikan masyarakat, sumber manusia, perumahan dan sebagainya.


Dasar Pendidikan Kebangasan 

Tujuan

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, seimbang dan harmonis.

Latar Belakang

#  Jawatankuasa Pendidikan telah ditubuhkan pada 1956.
#  Tugas-tugas utama jawatankuasa ini adalah untuk:

 i. Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam
 ii. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
 iii. Memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara.

#  Undang-Undang Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Penyata Razak atau Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956, dan ia diluluskan oleh Dewan Negara pada tahun 1957.

Penyata / Laporan Utama

•Laporan Razak 1956 •Laporan Rahman Talib 1960

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan Laporan Talib 1960.

 i. Menyediakan kurikulum (sukatan pelajaran) yang sama
 ii. Mewajibkan bahasa Malaysia
 iii. Menggunakan buku teks yang berlatarkan Malaysia
 iv. Memperluaskan vokasional dan teknikal
 v. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
 vi. Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Sistem Pendidikan Aneka Jurusan

•Sistem pendidikan aneka jurusan bagi sekolah menengah rendah dimulakan pada tahun 1965 berlandaskan Laporan Aminuddin Baki.
•Peperiksaan masuk sekolah menengah turut dimansuhkan.
•Tujuan utama dasar pendidikan ialah untuk menyediakan sistem pelajaran yang teratur supaya dapat melahirkan warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan bagi mencapai tahap hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak-kehendak negara yang sedang membangun.
•Dasar ini boleh dipinda dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan masyrakat dan negara.

Dasar Belia Negara
•Usaha untuk menggerakkan tenaga belia bermula dengan penubuhan Bahagian Perkhidmatan Belia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1953.
•Tujuan penubuhannya ialah untuk membimbing pergerakan belia negara dengan memberi perkhidmatan sosial dan riadah kepada golongan ini.
•Satu kementerian iaitu Kementerian Belia dan Sukan telah ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan dasar belia.

Prinsip Dasar

Prinsip-prinsip Dasar Belia Negara adalah seperti berikut:

 i. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
 ii. Mewujudkan semangat perpaduan, kesukarelaan dan autonomi
 iii. Mewujudkan sifat-sifat kepimpinan yang matang
 iv. Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara
 v. Membina moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan penjagaan kesihatan dan kecergasan diri
 vi. Mencapai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.

Dasar bertujuan untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi belia disamping mengukuhkan perpaduan dan keselamatan negara.

Program Belia
•Perniagaan        -Koperasi Belia
•Program Latihan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan 

Rasional
•Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan penting untuk memenuhi hasrat dan aspirasi negara membangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
•Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Asas Dasar

Sebagai latar belakang, Dasar Kebudayaan Kebangsaan berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip seperti yang berikut:

 i. Kebudayaan Rakyat Asal Rantau
 ii. Penerimaan Unsur-unsur Kebudayaan Lain
 iii. Islam Menjadi Unsur Utama dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Objektif

        Dasar Kebudayaan Kebangsaan bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan rakyat melalui satu payung kebudayaan kebangsaan yang memupuk, memperkayakan dan memelihara keperibadian kebangsaan, mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan membentuk kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.

Strategi

 i. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan
 ii. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan negara
 iii. Mewujudkan komunikasi yang berkesan
 iv. Memenuhi keperluan sosiobudaya
 v. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Dasar Kebajikan Masyarakat Negara (DKMN) 

Penggubalan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan rakyat serta kestabilan masyarakat, menuju ke arah mewujudkan keadilan sosial.Usaha membentuk masyarakat penyayang amatlah relevan kepada tujuan dan matlamat dasar ini.

Matlamat

Matlamat utama dasar ini ialah untuk mewujudkan ‘Masyarakat Sejahtera dan Teguh untuk Kemajuan Negara’.

Di samping itu, ia juga bertujuan mewujudkan masyarakat yang:
1. Bersemangat berdikari
2. Menikmati peluang yang sama
3. Mengamalkan budaya ikram

Strategi
1. Membangunkan potensi manusia ke tahap optimum
2. Mewujudkan berbagai-bagai kemudahan
3. Membina dan memupuk semangat tolong-menolong

Kesimpulan
Dasar sosial meliputi aspek kehidupan masyarakat. Dasar sosial merupakan panduan yang diikuti bagi mencapai sesuatu matlamat sosial. Sesungguhnya dasar sosial mencerminkan ‘social conscience’ masyarakat ke arah memperjuangkan keadilan sosial dalam erti kata yang sebenarnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...

Jürgen Klopp and Germany: The Leader Who Makes People Believe Again

A Reflection by Dr Dan.  German football has entered a new and exciting chapter. On 24 July 2026, Jürgen Klopp was officially presented as the new head coach of the German national team. He signed a four-year contract and will officially begin his duties on 15 August 2026. His mission will take Germany towards Euro 2028 and the 2030 FIFA World Cup.  For Germany, this appointment is more than a change of coach. It is an attempt to restore confidence, identity and pride. Klopp is not only a football manager. He is a leader who understands people. He knows how to enter a difficult situation, rebuild confidence and make everyone believe that improvement is possible. As a Liverpool supporter, I have always admired Klopp not only because of the trophies he won. I admire him because of the way he made people feel. He made football meaningful again. From an Ordinary Player to an Extraordinary Leader Klopp did not begin his journey as a famous football star. He spent most of his playin...